Skip to main content

Posts

Showing posts with the label clothing and trending

LAST POSTAGE ESOK YE DARLING SEMUA 29 JUN 2016

Assalamualaikum semua, Harini dah 23 Ramadhan. Harapnya kita mengambil kesempatan untuk melipatgandakan amalan ibadat. Aku jugak berdoa agar kita dapat bertemu lailatul qadar. Harini tak nak berceloteh panjang cuma nak share pasal testimoni cust untuk dokoh patch dan diamond patch. Alhamdulillah, permintaan memang tak putus-putus samada online atau offline. Sayangnya esok ialah last postage ye iait 29 Jun 2016. So, siapa nak sempat lagi buat bayaran harini dan item akan di pos esok harinya. Kalau tak, beraya dengan baju kosonglah korang *nangis bucu katil* Cepat whatsapp aku sekarang untuk tengok patch yang available. Diamond patch takder lagi orang share. Nanti ada, aku share pulak ye. 0139729066 0139729066 patch 8 gold antara patch paling famous sebab dia besar dan panjang (UPDATED : ada color silver  and black sahaja) patch 18 gold  mula-mula patch ni tak popular sangat tapi lepas tampal nampak macam cantik jugak. ada 2 pcs saja lagi patch 14 sil...

dokoh patch yang laku keras bak ang - third batch

Assalamualaikum semua, Harini ada sikit masa terluang since separuh office aku tak ada sebab ada kejohanan sukan di sabah untuk seluruh perbadanan. aku tak join mana-mana sukan walau dijemput sebab malas...hahaha. start tahun depan, aku nak aktiflah dengan satu sukan. sebab kebanyakan sukan kat opis aku, pemainnya semua dah nak pencen and  ada a few yang dah pencen pun tapi tetap pergi. banyak benda sebenarnya nak share tapi selalu simpan dan simpan dan simpan, last-last tak tertaip pun. ok, mula-mula kita cerita pasal dokoh patch. yee, aku tak sangka dia punya respond memang power. hari-hari ye, hari-hari ada orang whatsapp aku tanya pasal dokoh patch. sampai satu tahap aku stress sebab kemain ramai nak beli tapi stok tak ada. mula-mula, aku beli almost 300 pcs, masa ni nak beli banyak tapi duit tak cukup (-__-). masa ni beli stok kat kl, sanggup tu naik lrt, then naik cab semata-mata nak pergi kedai supplier ni. kebetulan pulak, masa ni aku ada hal di kl. aku ni pulak ...

BAJU RAYA 2016 - PART 1

Assalamualaikum semua Aku harap semua pembaca aku di bawah rahmat Allah sentiasa. InsyaAllah, kat opis aku ramai tengah bercuti panjang, ada yang pergi umrah, pergi London, balik kampung atau cuti-cuti Malaysia. Aku hanya mampu tengok sambil telan liur, jelesnyaa. Bulan 11 haritu je, aku sempat ke kl tapi tupun tak puas hati dan ada benda agak buruk terjadi. Malas lah nak fikir dan ingat balik. sekarang ni aku bukan nak cerita pasal cuti tau tapi aku nak cerita pasal raya punya outfit. jangan tak tau, kejap je lagi tahun baru tau, dah boleh beli kain dan tempah. dan fikir nak design macam mana, nak letak apa. meh sini aku bagi cadangan since aku ni suka benauuu scroll ig yang jual pakaian so aku dapatlah ilham sedikit sebanyak. kalau aku jual baju-baju macam ni agak-agak korang nak beli tak? so, ni cadangan bagi aku, kalau korang nak follow, dipersilakan. aku punya cadangan ialah seperti di bawah: 1) kain plain - u will never go wrong with plain sebab korang boleh pilih ...