Apabila anak jaundis. Pengalaman keempat empat anak saya prolonged jaundice (dekat 2 bulan) membuatkan saya mahu mencari ilmu sebenar di sebalik isu ini. Berm ula kisah Fathi (2009) apabila hari kedua dimasukkan ke Nicu. Semasa itu saya masih naif tidak tahu betapa susahnya menyusukan anak di saat badan masih lagi sengal sengal belum dapat balik ke rumah lagi. Bersalin di sebuah hospital kerajaan, tidur di Nicu dengan kerusi lipat jadi katil, barang keperluan yg tidak cukup, sejuk aircond malam, toilet yg jauh, makanan bungkus polisterin dan paling menyentapkan apabila staf nurse shift malam yg mengejutkan kami bangun setiap 2 jam dengan perkataan yg menghiris jantung ibu dalam pantang yg kepenatan ini. "Bangun bangun! Susukan anak! Mesti habis 2oz ni. Jangan ngelat! Saya tahu siapa ngelat. Kita dah penat penat buatkan susu dia buang pulak!" "Siapa tak susukan anak habis 2oz ni nak anak mati ke? Tak payahlah susu badan kalau takde susu." "Awak ni ...
biar badan kecik tapi hati kena besar