Skip to main content

Posts

Showing posts with the label shida menulis

dugaan 2014

Assalamualaikum... fuhhh...bersawang aku punya blog. banyak benar story nak cerita lebih-lebih lagi confession part two. satu demi satu aku cerita nanti eh. awal tahun 2014 baru je setengah bulan tapi dah banyak cerita pahit dan manis aku hadapi. tapi untuk dugaan tu, aku memang redha, aku ni jenis orang yg tak suka nak membebankan diri pasal masalah untuk tempoh yang lama. kalau boleh settle, aku settle cepat-cepat. mula-mula bb aku rosak (yes, i know im lame since still using bb) tupun pemberian adik yee. tiba-tiba dia padam terus. tak tau silap kat mana, mula-mula ingat bateri tapi bateri tu memang baru je aku beli. dalam sebulan kot. so, aku suruh kawan aku check tapi dia kata hardware. aku pun malas dah nak pk terus beli hp baru. aku beli sony xperia z (memang tak plan pun nak beli phone tu tapi aku suka camera dia and aku pun memang sony user which is i have nex-5 and alpha) so, aku beli jelah. so far, im satisfied with the function. sebab aku memang cari hp be...

confession of me part 1

Assalamualaikum u olls, sempena tahun baru ni, aku nak berubah. nak berubah dari segi segalanya. nak berubah 1000% 1) ROHANI/AGAMA 2) KEWANGAN/ INCOME 3) KESIHATAN 4) SAVING/ASET 5) KURANGKAN HUTANG 6) HUBUNGAN banyak aku nak cerita. tak tau nak cerita dari mana. tapi aku nak mulakan dari segi kesihatan dulu boleh. sebab kenapa? sebab ianya PALING PENTING. macam mana ko nak bekerja kalau tak sihat? macam mana nak sembahyang kalau nak bangun pun susah? macam mana nak jaga anak kalau asyik terbatuk batuk. korang pernah dengar tak satu ayat *orang yang tak sakit tak semestinya orang yang sihat*. akulah salah seorang tu, kalau korang nak tau, aku susah gila nak sakit. instead aku dah bertahun tak demam, rasanya lebih 5 tahun (-__-). tapi sejak aku mengandungkan hadif, my immunity tak sekebal dulu. aku masih lagi pantang beberapa makanan like laksa, labu, cempedak and so on. cuma aku tak boleh tinggalkan ais. gila woo, aku pantang 44 hari je ais, lepas tu aku mi...

small act but BIG means

happy weekend everyone, cuti ialah masa untuk menggomol suami eh anak. cutilah time aku nak menggomol hadif puas-puas tapi kenkadang tak sempat gomol, dia nangis nak susu. bagi susu, kenyang dan dia tdo. mommy apa lagi, berfblah dan kalau ada masa berblog. sekarang kan i is penat sangat-sangat, kalau balik kerja mesti rasa nak tidur terus, kadang tak makan dan mandi pun takper sebab rasa nak tidur terus. patutlah dulu aku selalu tengok mama aku balik je keje dia akan tidur kejap dan bangun sebelum pukul 7. ada anak sorang je, aku dah flat, macam mana plan nak tambah anak nieh...hahaha. sebenarnya takder apa nak citer, harini nak membebel je. korang baca apa yg aku share kat atas. berapa ramai dari korang terfikir benda kecik macam tu tapi kesannya amat besar pada certain orang.  kawan aku, rohaiza  tp kitaorang panggil mc ja pun sama pernah bagitau. ada beberapa tahun lepas dia naik flight air asia dari kl balik ke kelantan. flight dia pulak last flight dan...

badan korang berbau tak?

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah, kita dah sampai 10 ramadhan terakhir. cepat korang, grab the opportunity untuk buat ibadat sebanyak mungkin, tapi selalunya yg berlaku 10 malam terakhirlah kita makin malas kan. makin malas nak sahur, makin malas nak terawikh dan bla bla. aku tak boleh buat semua tu sebab masih lagi tak suci. harap tahun depan aku boleh puasa penuh. harini aku nak cerita bukan pasal pantang, ada je cerita terbaru iaitu aku dah makin menghampiri due date...hehehe. aku sekarang tengah berurut, best jugak berurut ni kan. yelah, jakun katanya sebab aku x pernh berurut sebelum ni...sakit tapi syok wooo....hahaha. aku bet ramai antara korang pakai deodorant and perfume kan. ada yg pakai deodorant saja, ada pakai dua2. ada ke yg pakai perfume saja tapi x pakai deodorant.  kalau korang nak tau, aku antara manusia yang xpernah pakai deodorant dan x pakai perfume dan jugak any bedak or any pewangi. pelik? kawan aku pernah terkejut besar sebab tau aku x pak...

JUNKO FURUTA

48 Share Aku x tau pun pasal pembunuhan junko furuta. serius, aku kadang-kadang noob sikit, so apabila baca kisah dia kat blog cik epal. i was like blank, bukan apa sebab benda ni langsung tak terjangkau di minda sebab ianya terlalu kejam. banyak kali aku istighfar sebab x percaya ada kisah sebegini dalam kehidupan manusia dan yang peliknya penyiksa atau mereka yang terlibat hanya di hukum penjara beberapa tahun. so, bayangkan kisah ni pada 1988, yang menyeksa mesti dah bebas dari penjara.  hanya kerana  mengreject salah seorang penyiksa, junko furuta di seksa sebegini rupa. dan aku x tau jugak kenapa dia boleh tahan sehingga 44 hari, kalau aku 4 jam pun dah mati kot. Ini penyeksaan yang dia pernah dapat: HARI PERTAMA:  November 22, 1988: Diculik Diculik. Dirogol (lebih daripada 400 kali) Kebuluran dan kekurangan nutrisi Diberi lipas untuk makanan dan diberi air kencing sendiri untuk minuman Dipaksa onani Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya Dicuc...

mekap-mekap bersama mua wannabe jamnah abdul halim

selamat malam semua harini kita lupakan pasal kahwin je walau aku rasa dan macam x bernafas dah nak membayar itu ini untuk kahwin. okeh, aku ada satu kawan ni memang suka sangat mekap. mula-mula aku ingat dia main-main je tapi lama-lama aku tengok dia makin serius nak belajar mekap. dia siap pegi bejar ngan tukang mekap yang dah berpengalaman, pegi beli itu ini dan banyaklah untuk peralatan mekap. kadang-kadang tu dia saja bawak mekap dan mekapkan semua orang. mula-mula aku rasa dia mekap x cantik since yelah baru lagi kan, so skill dia x berapa cantik lagi. lama-lama aku rasa oklah since dia pun ada passion and berminat untuk belajar dan terus belajar. memang dia kena belajar banyak benda lagi sebab dia kena polish lagi skill dan juga kena tambahkan lagi peralatan. saper-saper yang nak dimekap dengan kadar yang memang murah (anda memang akan terkejut dengan harganya) untuk dinner, photoshoot, tunang, convo dan sebagainya bolehlah contact dia. untuk kahwin pun boleh, kal...

aku dan makan atau makanan

assalamualaikum dan selamat pagi semua esok aku akan balik kampung. wuuhuuu teruja gila. yelah, saper x seronok kan, balik kampung. jumpa mama ngan abah, jumpa mak (nenek) dan ayah(datuk), jumpa sedara mara dan paling teruja sekali. nak jumpa anak sedara. nama dia adam harith. siap ko adam, jumpa aku kenyet2 budak kecik ni, hehe. ni pertama kali jumpa tau.  nampak sangat xder idea kan, so nak citer pasal diri sendiri. nyampah kan. tapi sebab ni blog aku, mestilah citer pasal diri sendiri kan, kalau citer pasal orang lain, itu mengumpat namanya...haha. ok x lawak. banyak benda pasal makan dan makanan ni yang boleh aku citer so supaya pembaca (kalau adala) tau serba sedikit tentang aku. cewaahhh, bajet retis (-___-) 1) aku makan apa saja asalkan halal. xder dalam kamus aku, ini x makan, ini allergy, ini x boleh, itu x pernah rasa.  2)  tekak aku tekak 1 malaysia. eh bukan tekak dunia kot. aku boleh makan kedai cina (asalkan guarantee halal, tukang masak isla...

strive to be happy

selamat pagi semua lama aku x mencarut eh menulis di blog aku nieh, makin lama makin malas aku ni macam mana nak jadi macam redmummy...kehkeh. income 30k sebulan. 10 tahun lagi pun x pasti dapat ke x, adeihh ok, topik kita malam ni (ahhh sudah kalau dah skema memang xboleh nak elak) agak serius sebab ianya agak personal. melibatkan hati, perasaan, keluarga dan pendirian. korang pernah berdepan dengan situasi yang memaksa korang pillih antara keluarga dan kekasih? korang pernah berdepan dengan situasi yang mana korang terpaksa pilih hidup sendiri kesedihan atau hidup berdua kerunsingan. apalah ko merepek ni shida...haha one of my close friend ada masalah. dan di sini aku nak mintak pendapat korang semua, kalau sudi sharelah pendapat di ruang komen. kawan aku ni dia couple cuuuuuukkkkkuuuuup lama, so korang boleh agak lah dengan kepanjangan ayat cukup tu, lebih dari 10 tahun. yelah dari sek men hingga sekarang dan kawan aku tu umur dah 30 tahun. lelaki tu setia denga...

2011 vs 2012

selamat pagi semua mata dah mengantuk, tapi tu la hati badan x bergerak-gerak lagi dari lappy. nak tdo dah sebab esok ingat lepas subuh nak pergi jogging.....ffuhhh gile ah, kalu aku berjaya bangun esok dan pegi jogging memang boleh masuk paper front page. hahaha. doakan aku ye semoga tercapai niat murniku itu. aku x nak cerita panjang-panjang apa yang berlaku sebab ianya ibarat membuka pekung di dada. orang-orang tua selalu pesan "jangan buka pekung di dada, lainlah kalau dada anda tu six pack" eh. sebab ianya macam bercerita keburukan sendiri yang mana diri sendiri akan malu kannnn. apa yang berlaku kat aku sekarang sama macam tahun lepas. awal tahun lepas, berlaku satu perkara yang snagat mengejutkan dan menyedihkan bagi aku. berhari hari aku menangis dan perkara buruk berlaku lagi pada awal tahun ni. betul2 awal tahun. aku tau ALLAH x akan menguji umatnya dengan ujian yang x mampu umatnya terima. aku redha dengan ujian tersebut tapi aku x tau samada aku i...

the best gift for 2011

hello everyone faces 2011. semua koleksi ini ialah tudung yang aku jual, sempat lagi promote...ahaks dan juga most of the pics come from my phone, nampak sanga gila camwhore this 2011 already come to the end. macam dalam blog izdiyani, jangan masuk fitting room pada pukul 11.59pm esok hari (31/12/2011) sebab kamu hanya akan keluar tahun depan....haha. serius kelakar banyak yang berlaku sepanjang tahun ni tapi seingat aku semuanya manis belaka, pahit langsung x ada. kalau masam tu adalah sikit-sikit., well itu kan common in our life. walau pun hidup aku ni ok untuk tahun tapi dia punya movement agak perlahan which is i dun like it. want to move faster. but still i love this year due to i get something that i really want. first of all , i already open a my kedai tudung and second one will be revealed soon until it already confirm. so whatever happen in our life 2011, let us forget n learn  it if its something bad or unexpected but cherish it if its something we wan...

hormati masa orang bekerja atau dengan bahasa mudah, tiada sense ka?

assalamualaikum semua dan semalamat malam u olls aku ni kadang-kadang malas betul nak update, bukan xder idea tapi malas nak tulis (macam kan ada orang baca sangat ye dop). okeh, harini aku nak citer pasal satu benda ni yang dah lama aku peratikan.  aku suka perati orang, serius kalau kat opis aku akan tau samada orang tu pakai baju/kasut/handbag baru atau x (eleh x nak mengaku yang dia tu kepoh padahal...haha) korang mesti x paham tajuk di atas kan. sebenarnya macam ni, kalau korang merayap kat shopping mall, aku bagi contoh shopping mall dulu sebab senang nak paham. shopping mall tutup pukul 10 kan, so katakan masa tu dalam 9.30pm, anda tiba-tiba berasa lapar dan pegila makan kat kenny rogers. anda rasa diorang amik x order anda?  ambil memang ambiillll tapi dalam hati menyumpah-nyumpah. yelah sebab diorang dahla penat, x sabar nak balik, lepas tu sebelum balik mesti nak kemaskan dapur dulu, bukan boleh terus balik je. sebab inilah berlakunya menyalut tepung d...

busy is a good problem

hello, how's everyone rindu mama, rindu adikku kat belfast. rindu semualah lama kan aku x update, ishh macamla ada orang kisah aku update ke tidak. serius busy with my life now. banyak keje kena buat dan less rest. i really need rest and holiday but buat masa sekarang x boleh kerana aku dah berjanji tahun ni dan tahun depan aku kena keje kuat. keje sangat kuat, sebab aku nak kumpul duit banyak-banyak untuk ehemmm...ehemmm. haha. movie pun dah lama dah x tengok, aku belum tengok lagi breaking dawn......argghhh, rob (panggilan manja robert pattinson) wait for me ah. but orang pernah cakap busy is a good problem so walau letih tetap happy....hiks

peringatan untuk lelaki (yang ingin berkahwin lebih dari satu)

salam sayang semua, ceeewaahhh. kemain lagi okeh, hari ni topik yang aku nak bincangkan agak berat. iaitu tentang kahwin 2 atau poligami. korang ada x family members atau kenalan yang mempunyai isteri lebih dari dua? aku ada. x perlula aku bgtau sapa tapi saudara terdekat jugaklah. aku bukan nak cerita tentang sifat lelaki yang gatal yang asal ada peluang je, mesti nak tambah cawangan. *cough saleh yaacob cough*. cumanya aku nak cerita tentang pengalaman aku sendiri yang melihat kehidupan sebenar lelaki berpoligami ni. aku nak cerita ni kot-kotla korang sekarang ada affair ngan suami orang dan dalam dilema samada nak teruskan hubungan atau x. aku sebenarnya menentang poligami, who doesnt rite, perempuan mana yang sanggup berpoligami. cumanya x derlah sampai menentang gile punya hebat. 2 saudara aku tu, perempuan. sorang bermadu, seorang lagi dimadukan. terbaik kan. sorang x tau pun yang suami dia dah kahwin lain bertahun-tahun until dia terima call yang mengatakan suami ...

boleh x jangan jadi keyboard/keypad warrior?

hi perempuan yang perasan comel aau lelaki yang perasan hensem entry ni dah lama aku nak buat tapi x terbuat disebabkan asyik tertangguh je so malam ni aku nak tulis jugak. ni berkenaan orang yang suka sangat bagi nasihat walau x kena tempat dan orang x mintak pun. aku tengok dalam dunia blogging/internet ni ramai betul suka bagi ceramah percuma padahal entry atau tajuk xder kaitan maksudnya suka betul out of topik sebab nak tunjuk bagus padahal perasan bagus senang cerita baik aku terus terang: antara contohnya: hanis zalikha ada up entry  ( http://inibelogsaya.blogspot.com/2011/10/two-girls-in-jakarta-city.html  ) pasal percutian ke jakarta. cuba korang baca komen yang ditulis. banyak kan komen tentang hanis pakai short. yeeeeeeeeeeee, aku tau niat korang baik tapi perlu ke bagi ceramah agama macam tu. hanis memang x akan reply komen korang tu sebab yelah korang kan lagi bagus dari dia. boleh x jangan bagi nasihat tentang aurat/ agama dan sebagainya. da...

tudung style mana yang paling anda sukai?

selamat petang semua aku ni nak kata fashion victim ye jugak sebab aku senang sangat terpengaruh ngan fashion semasa. contohnye tudung tapi x lah sampai nak pakai yang pelik-pelik (sebab sedar diri dah tua). kalau korang suka tengok aku pakai tudung yang mana eh. ke semua aku pakai cantik....kahkah sebab kenapa aku tanya, sebab kebanyakan lelaki suka tengok tudung yang simple je cuma perempuan yang selalu nak pakai pelik-pelik sebab rasa macam cantik. aku pun sama. tapi still lagi aku akan pilih yang simple sebab aku memang jenis simple. sekarang orang tengah gila balil tudung 4 segi esprecially dari tie rack. kalau korang nak tau, aku memang x suka beli tudung yang mahal. bagi aku 50rggt ke bawah is the best price. aku memang x akan beli tudung yang 50rggt ke atas walau hati teringin atau berkenan sangat-sangat sebab jenis aku,walau aku beli tudung mahal pun, xkan aku nak pakai satu tu je. lainla kalau memang berduit, harga bukan masalah. tapi terpulang pada kemampuan...

kenapa kita suka tanya soalan yang sama?

assalamualaikum semua pembaca tersayang...ecceh eh korang tau kan makna redundant, kalau x tau pegi blog maria elena, mesti korang paham sebab dia siap buat video lagi tentang perkataan ni. die sangat awesome ye.  jadinya, dalam hidup kita ni kita akan selalu tanya benda yang sama, korang x caya cuba korang perhatikan orang sekeliling anda. mesti adala, satu jawapan tu nak kepastian lebih dari sekali kadang-kadang dah terangkan 3 kali pun masih lagi tanya.  korang hangin tak kalau korang explain tapi orang masih lagi bertanya soalan yang sama walhal dia dah paham. contoh ye: 1) aku selalu experience benda ni pemanggil = , bil saya berapa bulan ni? aku  =  aku pun jawab RM30.90 (aku sebut macam ni tiga puluh ringgit sembilan puluh sen). pemanggil = berapa cik, aku mudahkan kot-kot dia x dengar (tiga kosong sembilan kosong). selalunya orang normal n cepat pikap akan kata ok, then next question atau itu saja yang dia nak tanya. tapi orang lambat p...

aidilfitri 2011

assalamualaikum u olls, cepatkan masa berlalu, rasanya baru je feel x sabar nak balik kg nak sambut raya, sekarang dah kat kl back to normal life. semalam tengok cerita spy kids (langsung x best so disarankan jangan tengok) tapi apa yang best cerita tu bagi pengajaran. ianya berkenaan seorang yang jahat nama timekeeper, dia ni ada kuasa untuk mempercepatkan masa so setiap hari masa akan jadi semakin cepat dan cepat. jadi, semua orang kena kejar masa dan x boleh berlengah-lengah. kadang-kadang kita suka buang masakan :( nak cerita pasal raya tapi jadi pasal masa, maksud aku semasa raya korang buat apa. aku banyak tidur, haih. raya hanyalah bersama ngan family terdekat je, nak jalan-jalan pegi umah kawan atau sedara memang aku x buat x taula kenapa since 2,3 tahun ni cukup malas.  our new cookies jar, comel x? mama ngan anak perempuan yang comel...hukhuk  pilihan kami stripy  ayahnda dan ibunda tercinta..ececeh  kadang-kadang buda...

sembahyang sunat aidilfitri

assalamualaikum semua, korang semua sembahyang sunat raya x? apa makna raya bagi anda semua ye? semua orang bagitau kanak-kanakla orang yang paling gembira time raya sebab dapat collect duit raya. orang tua x gembira ke? aku tau umur kita makin meningkat tahun demi tahun tapi kemeriahan raya tu kita kena cipta sendiri supaya raya kita jadi meriah dan meomorable setiap tahun. walau tua, muda, kanak-kanak semua orang kena menyambut ngan riang. tapi sembahyang raya jangan lupa ye sebab ianya setahun sekali dan sangatla bererti. bila lagi nak jumpa jiran sekampung yang dah lama x berjumpa, bila lagi nak salam ngan ramai orang, bila lagi nak tengok orang pakai baju raya cantik (perempuan) dan lelaki lengkap baju melayu bersampin dan bersongkok, bila lagi nak usha lelaki hensem. eh eh so, di kesempatan ni juga aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada sesiapa yang mengenali diri ini, kalau aku ada buat salah aku minta maaf banyak-banyak. semoga korang semua bahagia di hari mulia...

saya sangat bahagia sekarang

kb mall muka penat gile bayangkan dalam flight yg cuma 50minit, aku tdo sampai kapal terbang berenti baru mata ku bukak...haha lcct sekarang saya berada di kampung, mana lagi kalau bukan pasir mas,, tanah airku....hehe. selamat landing pukul 12 tengah gari, staright away ke kb mall, biasala shopping sikit. lepas tu, balik rumah tdo. sekarang masa menaip ni, baru lepas kemas bilik dan bilik air. rumah dan dapur x kemas lagi, banyak sungguh nak buat kerja. ni belum campur nak buat kek dan biskut. larat kah? kita tengok jelah...haha bye korang, semoga ceria di samping keluarga tersayang

kalau nak berniaga,servis terbaik memang sangatla pnting dan paling utama

huh, aku mengigau ke apa, 1 hari update 2 entry, xper, tengah banyak idea, kita layankan jelah ye ko rasa dalam bisnes apa yang paling utama, x yah cakapla kualiti produk, marketing, network. aku tau itu semua memang penting tapi apa yang buat pelanggan lekat dan setia ngan anda. kualiti/servis yang anda offer samada terbaik atau terhampeh. ni makanan wajib aku gi mamak, maggi goreng, x tau kenapa aku memang minat berniaga, x yah tipulah, berniaga ni cita-cita aku paling ulung sebab aku memang x suka kerja ngan orang, aku x suka peraturan, aku x suka hipokrasi, aku x suka politik. aku cuma suka duit saja. walau aku hanya berbisnes kecik-kecik saja dekat internet, aku memang plan nak besarkan bisnes aku lepas raya (baru dapat modal so doa-doakan ye plan aku menjadi). dah, aku membebel lain entry la pasal ni sebab panjang sangat. korang suka pegi mamak x? kalau korang dok kl memang mamak ni orang kata ibarat gula dan manusia. eh apa kaitan, maksud aku manusia makan kat mamak, m...