Skip to main content

strive to be happy

selamat pagi semua

lama aku x mencarut eh menulis di blog aku nieh, makin lama makin malas aku ni macam mana nak jadi macam redmummy...kehkeh. income 30k sebulan. 10 tahun lagi pun x pasti dapat ke x, adeihh

ok, topik kita malam ni (ahhh sudah kalau dah skema memang xboleh nak elak) agak serius sebab ianya agak personal. melibatkan hati, perasaan, keluarga dan pendirian.

korang pernah berdepan dengan situasi yang memaksa korang pillih antara keluarga dan kekasih? korang pernah berdepan dengan situasi yang mana korang terpaksa pilih hidup sendiri kesedihan atau hidup berdua kerunsingan. apalah ko merepek ni shida...haha

one of my close friend ada masalah. dan di sini aku nak mintak pendapat korang semua, kalau sudi sharelah pendapat di ruang komen. kawan aku ni dia couple cuuuuuukkkkkuuuuup lama, so korang boleh agak lah dengan kepanjangan ayat cukup tu, lebih dari 10 tahun. yelah dari sek men hingga sekarang dan kawan aku tu umur dah 30 tahun.

lelaki tu setia dengan dia sampai sekarang. tapi masalahnya bagi pihak dia mak kawan aku (perempuan) x suka atau dengan kata mudah benci gila yang amat pada keluarga (read ibu) lelaki tu disebabkan ada masalah pribadi. menyebabkan dia membenci lelaki itu

dulunya kawan aku ni sembunyikan je perhubungan diorang, setiap kali ditanya, dia cakap dah putus tapi sebenarnya tidak. sehinggalah sekarang keadaan makin meruncing yang membuatkan mak kawan aku memaksa kawan aku balik ke kampung dan berhenti kerja.

jadi kawan aku berterus terang yang dia nak kahwin dengan lelaki itu dan lelaki itu juga dah pergi berjumpa dengan mak kawan aku tetapi mak kawan aku tetap berkeras dengan alasan (yang memang bagi aku x munasabah). mak kawan aku suruh pilih antara dia atau bf dia. kalau pilih bf dia sila keluar dari rumah ini dan jangan sesekali jejakkan kaki ke rumah dan juga kalau aku mati jangan sentuh mayat aku.

drama sangat kan mak dia. aku pun x paham kenapa ada orang yang boleh benci orang macam tu seolah-olah macam lelaki tu pernah buat kesilapan yang sangat besar yang x mampu dimaafkan. aku tau kenapa mak kawan aku benci lelaki itu tapi xlehla cerita kat sini sebab too personal. 

aku cuma nak pendapat saja. x salah kan kita berusaha untuk gembira.

nasi tambah: kalau dulu kat sekolah kita hidup "stive to be excellent" sebab fokus kita hanyalah exam. tapi dah tua ni fokus aku hanyalah gembira








Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot