Skip to main content

kematangan seiring usia, memang bukan milik semua orang

cakkk, selamat pagi semua

gile kan aku update pukul 10 pagi as u know im not a morning person. but today i manage to wake up before 7am to jog.....waaaaaaaaa sangat banggan dengan diri sendiri. 

so, dengan gigihnya aku bersiap dan pegi jogging di taman jaya (taman paling dekat dengan rumah). buat satu pusingan lepas tu aerobik session. balik makan roti canai telur sekeping dan roti kosong sekeping dengan teh tarik, terbaik kannn (-_________-).

mood aku memang happy sambil hati berkira-kira nak buat lagi minggu depan. sebab memang sangat susah untuk aku bangun pagi dan jogging sebab tuntutan kerja yang x menentu 

TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
















balik balik je ada orang buat taik kat aku. semua tau kan aku ada kedai kat bazaria pantai. so depan kedai tu kompemla parking aku dan aku siap letak kon kot kalau aku keluar dari parking sebab aku x nak orang parking depan kedai aku.

kalau korang nak tau semua kedai pun buat macam tu, aku ni cuma ambil 1 parking je, kalau kedai makan dia siap letak meja kat parking, bukan 1 tapi 3,4 parking tapi semua buat dek kan asal x ganggu bisnes sudeh. kompemla peniaga nak 1 parking depan kedai dia kan sebab alang-alang kita bukak kedai.

depan kedai aku ni, kedai makan. satu barisan semua kedai makan tapi x semua bukak pun. jadinya banyak lagi la parking kosong same goes dengan barisan aku x semua kedai bukak. nak dijadikan cerita, last week PM (Perdana Menteri) kita datang nak bagi duit RM500 jadinya tempat aku sibuk, sebab ramai orang.

so, pakcik bangang (maaflah sebab dia memang kurang ajar) ni letak kereta dia depan kedai aku. so, aku punya share partner bagitaula yang nati ada kereta nak masuk pukul 5 petang (aku balik keje) dan dia x tau pun itu adalah anak owner tu sebab x kenal. pakcik tu berniaga pagi dan tutup kul 2 petang.

manakala kita orang kedai bukak kul 3 sampai malam. jadinya memang x bertembung cumanya hari tu semua kedai makan bukak kedai pagi sampai malam. kalau kita orang tau memang x akan tegur, tapi my share partner tegur anak dia cara baik. tapi mungkin anak dia yang perempuan ni pegi buat cerita bukan-bukan.

nak tau apa jadi lepas tu. pakcik bangang ni 2, 3 hari dok parking depan kedai aku walhal depan kedai dia berderet parking kosong. itu x per lagi depan kedai aku kan letak kon manakala kedai sebelah (kedai gunting rambut) dia letak kerusi. sanggup pak cik bangan ni pergi parking tengah2 antara kedai aku dan kedai sebelah. kan ke gila busuk hati.

tapi kitaorang senyap je malas nak bergaduh. cumanya harini lepas jogging dan makan roti canai, aku pun nak parking depan kedai tapi dah ada satu kereta sewa parking. kitaorang pelikla since dah letak kon tapi still lagi ada orang nak parking. cari punya cari kon x ada. lagi berganda pelik.

korang nak tau apa jadi, pak cik bangang ni pergi sembunyikan kon kat kedai makan sebelah. terbaik kan dia punya perangai, memang macam haram. lepas tu my share partner tanyalah sape pemilik kereta sewa kuning, dia bagitau owner dia dah pergi tidur. lepas tu pakcik bangang ni sambil buat muka berlagak bagitau, parking tu untuk semua orang dan untuk sesiapa saja.

dahle ambik kitaorang punya kon lepas tu nak sound lagi. apa lagi aku yang x pernah panas jadi panas. lepas tu owner taxi yang sama jugak bangang (tua rambut pun penuh uban) datang kat teksi dan boleh sound kitaorang yang parking ni untuk semua orang. kitaorang pun menjwab kalau betul2 x puas hati ambik semua kon yang diletak di depan kedai. 

nak tau dia jawab apa? itu diorang punya pasal, kitaorang pun jawab, laaa dah ni kedai kitaorang, kitaorang punya pasallah nak letak kon ke apa. lepas tu buat muka kerek, masuk dalam teksi. korang nak tau aku cakap apa sebab aku memang panas hati "kalau dah tua, buatlah cara tua, beradablah sikit kalau x baik pegi mampus". hahaha. punyalah marah owner teksi bangang tuh.

nak tau kenapa pakcik teksi tu jadi kurang ajar, sebab pakcik kedai bangang tu lah. eh, dua-dualah bangang. bukan setakat bangang, busuk hati dan langsung x matured. itulah, kan orang kata sepatutnya kematangan, kecerdikan dan ketenangan akan bertambah seiring usia yang bertambah.

TIDAK YE. SAMA SEKALI TIDAK. DIA UNTUK SESETENGAH ORANG SAJA.

tapi lepas ni kalau pakcik ni buat hal, malas dah aku nak layan sebab kalau layan aku pun jadi sama-sama bodoh jugak.  


Comments

Popular posts from this blog

siapa suka jam casio?

this is sticky post, new post please read below :) hi u olls siapa suka jam atau suka kumpul jam. aku suka, hubby aku lagii suka. aku nak jual jam casio dulu untuk permulaan dulu, lepas ni aku nak jual jam vintage. aku ada beli jam vintage guess (aku buat sebagai hantaran ye). nati kahwin, aku tunjuk.  so, untuk permulaan, aku nak jual jam casio. jenama ni kalau korang penggemar jam (yang harganya mampu milik) korang memang kena ada satu sebab ianya memang trendy dan in sekarang. korang boleh tengok yuna, lisa surihani, hazama dan ramai lagilah (bagi kategori artislah) bagi kategori famous blogger like shea rasol, ami , maria elena dan ramai lagilah yang memang pakai jam ini. pendek kata, kalau korang perasan jenis perempuan yang stylo mylo ni memang akan ada koleksi jam casio *jenama lain pun diorang ada* tapi casio wajib ada satu.  so, mari kita cuci mata nak. tapi jangan tanya aku model apa ye. yang aku tau model data bank dan original :) berkenan email m...

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha