Skip to main content

badan korang berbau tak?

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, kita dah sampai 10 ramadhan terakhir. cepat korang, grab the opportunity untuk buat ibadat sebanyak mungkin, tapi selalunya yg berlaku 10 malam terakhirlah kita makin malas kan. makin malas nak sahur, makin malas nak terawikh dan bla bla. aku tak boleh buat semua tu sebab masih lagi tak suci. harap tahun depan aku boleh puasa penuh.

harini aku nak cerita bukan pasal pantang, ada je cerita terbaru iaitu aku dah makin menghampiri due date...hehehe. aku sekarang tengah berurut, best jugak berurut ni kan. yelah, jakun katanya sebab aku x pernh berurut sebelum ni...sakit tapi syok wooo....hahaha.

aku bet ramai antara korang pakai deodorant and perfume kan. ada yg pakai deodorant saja, ada pakai dua2. ada ke yg pakai perfume saja tapi x pakai deodorant.  kalau korang nak tau, aku antara manusia yang xpernah pakai deodorant dan x pakai perfume dan jugak any bedak or any pewangi.

pelik? kawan aku pernah terkejut besar sebab tau aku x pakai benda-benda tu semua. bagi aku, biasa je sebab aku dilahirkan dengan family yang x pakai semua tu. tapi antara adik-beradik aku, hanya aku sorang je ye yang x pakai semua tu. yang lain pakai at least deodorant atau sekali ngan perfume.

aku memang bertuah sebab dilahirkan dengan badan x berbau, serius aku x tipu. adik-beradik aku agak berbau sebab kenapa aku tau, kalau diorang pinjam baju aku (kami memang normal, ko pakai baju aku, aku pakai baju ko, aku curi baju ko, ko sentap...hahaha) memang aku dapat detect sebab berbau dan bau dia lain.

aku ni kira resemble mak aku sebab badan mama aku memang x berbau dan mama aku punya adik beradik pun sama. badan x berbau, dan allergy dengan bauan. pening

husband aku pun sama dilahirkan dengan badan yang tidak berbau tapi dia suka pakai bedak. sebab tu aku suka peluk hubby aku lepas dia mandi dan pakai bedak, wangiii...teruja i....hahaha. alamak, aku dah rindu dia sebab dah sebulan x jumpa...ohoiiii

tapi best wooo tak pakai semua nieh sebab boleh jimat duit. semua org dok sibuk tayang perfume kegemaran, aku senyum jee. tapiii aku suka bau orang pakai perfume, maksudnya kalau kita lalu tepi dia, bercakap dengan dia kita boleh bau perfume dia tapi make sure yg bau best lah.

cumanya aku suka pakai toiletteries dari body shop yang lengkap semua tuh, dari shower, scrub, lotion. haaa...semua ni penting bagi aku. oklah, pakai ke x, x penting ye, yang penting badan x berbau dan sentiasa bersih. peace  yo




Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot