Skip to main content

Posts

now, everyone must bekam

Assalamualaikum semua Aku doakan semua pembaca aku dirahmati oleh Allah SWT dan kita semua akan masuk syurga tanpa dihisab.  since aku terima banyak respon positif berkenaan bekam, meh aku cerita sikit pasal bekam. sebenarnya dah lama abah aku buat bekam ni tapi biasalah sebab aku tak berapa rapat dengan abah aku, so aku tengok jelah awal-awal. abah aku memang dah banyak kali suruh aku pergi kelas bekam. in fact abah aku pun dah beberapa kali pergi kursus bekam. boleh dikatakan kalau kursus bekam tu macam dip, degree, master and phd, abah aku ni tahap phd dah. bukan setakat bekam, abah aku boleh ajar orang untuk berbekam. jadinya, aku pernah cuba sekali dulu masa belum kahwin. aku try 4 cup di belakang. masa try nieh, darah yang keluar cair. so, maksudnya aku ni sihat. since hari tu sampailah yang aku buat terbaru iaitu beberapa hari lepas, aku dok ingat aku sihatlah sebab tak pernah sakit teruk, tak pernah demam cuma sakit lite-lite macam pening, batuk dan selesema. ...

tips berjaya di dunia dan akhirat

Assalamualaikum semua, Aku doakan semua pembaca blog aku kaya dan berjaya di dunia dan akhirat, insyaAllah. harini aku nak share tips yang aku rasa korang dah dengar, dah baca banyak kali tapi tak pernah nak buat. buat tapi tak semualah. tips ni kalau buat kompem korang terpaksa kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. kompem tips dia mudah je sebenarnya tapi tak ramai yang boleh buat. ni ada orang share kat fb, so aku copy paste jelah. Kelab 4 pagi 1 . Saya tidur sebelum jam 11.30 malam - start tahun ni mmg azam aku tidur sebelum pukul 11. kalau boleh sebelum pukul 10 (tapi ni masih tak berjaya). 2. Saya bangun awal pagi seawal 4.00 pagi - ni aku memang fail. dah kunci jam, setiap kali bunyi, aku tutup. aku sangat jeles dengan seorang kawan aku yg without fail mesti bangun 4.30 pagi setiap hari even hari cuti. doakan aku 3. Saya mandi sebelum Subuh - aku bangun pukul 6 setiap hari so dah lepas subuh (sebab sekarang dah awal). target aku nak bangun pukul 5 4....

nak comel, nak cantik, nak meletop atau nak sedondon...semua pun bolehhhh

Assalamualaikum semua, Aku doakan pembaca blog aku dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan yang terbaik. Walau aku dah bekerja tapi aku tetap nak berniaga, tak tau kenapa tapi berniaga berikan aku kepuasan dan aku rasa happy dapat earn side income. So, sekarang fokus aku pada kain soft cotton. kemain lama tunggu kain ni sampai sebab supplier out of stok je memanjang. Memang kain ni famous dan meletop-letop sekarang. aku sebenarnya beli untuk pakai sendiri saja tapi kawan aku tolong suruh jual. so, aku jual jelah sebab aku suka kain ni dan corak dia. nampak simple tapi stylooo gituu. corak ni memang tak ada di malaysia, ianya memang diimport dari indonesia. so, kalau korang tak grab sekarang tak tau bila pulak batch terbaru kain ni akan siap.serius, aku tak tipu. ni bukan ayat iklan suruh beli sekarang tapi aku pun agak fedup menunggu sebab lambat. banyak dah kaler yang sold out. baru sekarang aku nak bagitau kan (-__-). tapi jangan risau ada lagi, so korang kena be...

tips pekerja jutawan

Assalamualaikum u olls, Aku doakan semua pembaca blog aku diberikan rezeki yang melimpah-limpah ruah dan diberikan kesihatan yang terbaik. Kelmarin baru aku share tips beli stroller, ni aku nak share lagi tips menjadi pekerja jutawan. Hamboihhh...ayat. serious ni bukan ayat menjual. ni solely untuk orang yang makan gaji dan tak suka/minat/ciri-ciri menjadi business people. Haritu aku ada pergi seminar pelaburan di husm. Penceramah seorang yang sangat muda, baru 29 tahun tetapi dah ada 4 biji rumah. Bukan anak orang kaya dan bukan bergaji lumayan. Dia cuma seorang banker di Maybank sahaja. Dan paling best lagi, dia berjaya membeli rumah pertama pada umur 23 tahun, dan rumah ke-4 bernilai lebih 1 juta yang dibeli tahun lepas. Amazed enough. Ada lagi tau,  dia buat semua tu hanya dengan gaji dia. Maksudnya, dia tak ada buat side income ke, extra income ke like menjual kain, lokcing, kek (macam aku) atau join mlm ke, business netwrking ke. NO kat sini, aku nak share ...

kisah stroller hadif

Assalamualaikum semua, Aku doakan pembaca blog aku dipermudahkan urusan dan masuk syurga tanpa dihisab. harini nak cerita pasal stroller. aku memang stroller tegar. serius, even pergi pasar malam pun aku bawak stroller (-__-). orang lain perati je kat aku...kahkah. aritu pergi tempat tertutup ktc pun aku bantai stroller walau tempat sempit dan sesak. serius, aku tak boleh dukung hadif lama-lama. aku tak pernah ajar dukung hadif lama-lama since dia baby sampai sekarang. memang kadang-kadang hadif bosan dok atas tu kan tapi sebab dia dah biasa, dia redha jelah asalkan stroller tu bergerak. dan hadif langsung tak ada masalah tidur dalam tu. setakat harini, aku dah beli 3 stroller untuk hadif. aku pernah tengok certain mommy beli 4,5 stroller semata-mata untuk keselesaan anak. ibu anak sorang macam tulah kan. cuba anak 6, mau pengsan aku. stroller pertama dari sweet cherry. aku suka stroller ni sebab dia boleh guna since newborn until toddlers (25kg). stroller ni jugak...

rojak itu sedap

Assalamualaikum semua Aku doakan semua yang baca blog ni kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.  Tahun ni aku sangat happy sebab aku nak keluarkan produk sendiri. Asyik jual produk orang je kan, nak jugak keluarkan produk sendiri. Produk sudah dalam pembikinan dan ianya memang produk mampu milik. Senang cerita, produk makanan. Dan makanan ni wajib ada dan dibeli oleh semua orang. tak sabar nak share dengan korang semua. Aku bukan nak cerita lanjut pasal produk ni sebab aku akan cerita next entry. sabar ye, aku akan buka pre order dan juga ejen. kalau jual ni, kompem-kompemlah senang laku dan meletop-letop orang nak beli. sekarang ni kalau keluar je mesti nak pakai warna maroon atau burgundy. tak tau kenapa, aku obses dengan kaler ni sekarang. siap dah beli kain plain untuk buat jubah. tak sabar nak pakai. satu lagi aku ingat nak buat cropped top kain linen warna burgundy jugak atau pun kain crepe. mesti comel kan....kihkih semalam pergi seminar berbayar dengan ad...

nak gembirakan tetamu datang bertandang? senang saja

Assalamualaikum semua Aku doakan semua pembaca blog ini dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang terbaik. Sibuknya sekarang sebelum bercuti panjang bulan 5 ni dan sebelum puasa. Banyak projek baru nak buat, kemain tak sabar nak announce tetapi kena hold dulu. Aku harap ianya terlaksana by this month jugak. Harini aku nak cerita sikit pasal lokcing. Alhamdulillah, permintaan sentiasa ada cuma selepas ni aku punya fokus pada orang kelantan saja atau sesiapa yang tinggal di kelantan sahaja. dan keutamaan aku kepada yang nak buat event. aku perhatikan setiap kali attend wedding sekarang, sekurang-kurangnya mesti ada hidangan sampingan sebagai pencuci mulut kan. haritu masa cny, orang sebelah rumah aku je, dia punya pencuci mulut memang mewah. ada sira labu, butir nangka, aiskrim, agar-agar dan paling best ayam yang berbentuk sosej. memang heaven la makan. sekarang memang kebanyakan tuan rumah akan bagi pilihan kepada tetamu selain nasi hidangan wajibla. sebab ke...