Skip to main content

Posts

kerepek segar, sedap dan rangup. krap krup krap...prapppp

Assalamualaikum Aku doakan pembaca blog aku sentiasa dirahmati dan dilindungi olehNYA. Alhamdulillah, dengan segala nikmatnya. Memang banyak nikmatnya apatah lagi di bulan puasa ni memang banyak berita baik yang aku dapat. Alhamdulilah, alhamdulillah. Rezeki datang tak putus-putus, tak kisahlah duit ke, makanan ke. harini dapat 'cara berlauk'. kalau bulan puasa, almost hari-hari aku dapat makanan free. kelmarin, dapat akok dan kurma sebekas. Moga kita sentiasa dilimpahkan dan diberikan rezeki yang luar biasa, insyaAllah. harini aku nak bercerita pasal salah satu makanan favorite aku. favorite ni tahap kalau ko tengok mesti nak beli dan makan. walaupun sebenarnya dah kenyang tapi mesti nak jugak rasa skit. kalau musim perayaan ada dua makanan wajib aku beli. walau dah berlambah kuih raya tapi dua benda ni kena ada. satu biskut kacang (yang timbang tu...pergghh memang sodap) dan satu lagi kerepek ubi. kerepek ubi semua perasa pun sedap bagi aku, yang racik ke, yang...

WAN ARJUNA HADIF turns 2

Assalamualaikum, Aku doakan pembaca blog ni kaya dan berjaya dunia dan akhirat. Alhamdulillah, jumpa lagi kita dengan Ramadhan. dalam kta sibuk nak gandakan pahala, nak sembahyang terawih 20 rakaat, nak khatam Al-Quran, nak sembahyang dhuha dan tahajud setiap hari tapi jangan dilupa benda yang haram harus ditinggalkan. Kadang-kadang kita (akulah tu) suka buat benda yang sunat tapi benda yang wajib agak kurang dijaga manakala benda yang  haram masih dibuat. Sebabnya kebaikan tu bukanlah diukur semata-mata dengan banyaknya amalan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang tetapi ianya diukur dengan banyaknya dosa dan amalan jahiliyah yang ditinggalkan. Astagfirullah Tapi harini aku bukan nak jadi ustazah sebab aku pun banyak kekhilafannya cuma nak sama-sama berpesan ke arah kebaikan. Harini sebenarnya aku nak cerita pasal hadif. Alhamdulillah, harini dia 2 tahun.  ingat lagi time pregnantkan dia, time beranak sorang-sorang, doc pulak orang negro hitam. sakitnya hany...

cukai wajib

Assalamualaikum Aku doakan semua pembaca aku dirahmati olehNya. harini nak citer pasal cukai tapi bukan pasal GST ye. nak muntah aku baca pasal GST kat timeline fb. setau aku, yang dah beberapa kali pergi seminar GST ni GST ni ada 3 kategori iaitu , raw food atau barangan asas ialah zero rated  GST tapi tetap ada kenaikan harga. top up lagi best, mula-mula ada, lepas tu batal, lepas tu ada pulakk. apa-apalahh, kita hanya boleh redha jelah kan. selingan dari website GST 36. Adakah mana-mana negara yang melaksanakan GST berjaya mengurangkan jurang antara kaya-miskin? Tiada kajian sedemikian pernah dibuat. 37. Sila terangkan apakah manfaat GST pada jangka masa pendek untuk isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan. Penambahan amaun BRIM sebanyak RM300 memberi kesan yang besar kepada tanggungan isi rumah yang berpendapatan rendah. (-___-) ni aku nak cerita, cukai wajib dari anak aku. sekarang ni kalau keluar je mesti kena cukai. hamboiiih dia pan...

now, everyone must bekam

Assalamualaikum semua Aku doakan semua pembaca aku dirahmati oleh Allah SWT dan kita semua akan masuk syurga tanpa dihisab.  since aku terima banyak respon positif berkenaan bekam, meh aku cerita sikit pasal bekam. sebenarnya dah lama abah aku buat bekam ni tapi biasalah sebab aku tak berapa rapat dengan abah aku, so aku tengok jelah awal-awal. abah aku memang dah banyak kali suruh aku pergi kelas bekam. in fact abah aku pun dah beberapa kali pergi kursus bekam. boleh dikatakan kalau kursus bekam tu macam dip, degree, master and phd, abah aku ni tahap phd dah. bukan setakat bekam, abah aku boleh ajar orang untuk berbekam. jadinya, aku pernah cuba sekali dulu masa belum kahwin. aku try 4 cup di belakang. masa try nieh, darah yang keluar cair. so, maksudnya aku ni sihat. since hari tu sampailah yang aku buat terbaru iaitu beberapa hari lepas, aku dok ingat aku sihatlah sebab tak pernah sakit teruk, tak pernah demam cuma sakit lite-lite macam pening, batuk dan selesema. ...

tips berjaya di dunia dan akhirat

Assalamualaikum semua, Aku doakan semua pembaca blog aku kaya dan berjaya di dunia dan akhirat, insyaAllah. harini aku nak share tips yang aku rasa korang dah dengar, dah baca banyak kali tapi tak pernah nak buat. buat tapi tak semualah. tips ni kalau buat kompem korang terpaksa kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. kompem tips dia mudah je sebenarnya tapi tak ramai yang boleh buat. ni ada orang share kat fb, so aku copy paste jelah. Kelab 4 pagi 1 . Saya tidur sebelum jam 11.30 malam - start tahun ni mmg azam aku tidur sebelum pukul 11. kalau boleh sebelum pukul 10 (tapi ni masih tak berjaya). 2. Saya bangun awal pagi seawal 4.00 pagi - ni aku memang fail. dah kunci jam, setiap kali bunyi, aku tutup. aku sangat jeles dengan seorang kawan aku yg without fail mesti bangun 4.30 pagi setiap hari even hari cuti. doakan aku 3. Saya mandi sebelum Subuh - aku bangun pukul 6 setiap hari so dah lepas subuh (sebab sekarang dah awal). target aku nak bangun pukul 5 4....

nak comel, nak cantik, nak meletop atau nak sedondon...semua pun bolehhhh

Assalamualaikum semua, Aku doakan pembaca blog aku dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan yang terbaik. Walau aku dah bekerja tapi aku tetap nak berniaga, tak tau kenapa tapi berniaga berikan aku kepuasan dan aku rasa happy dapat earn side income. So, sekarang fokus aku pada kain soft cotton. kemain lama tunggu kain ni sampai sebab supplier out of stok je memanjang. Memang kain ni famous dan meletop-letop sekarang. aku sebenarnya beli untuk pakai sendiri saja tapi kawan aku tolong suruh jual. so, aku jual jelah sebab aku suka kain ni dan corak dia. nampak simple tapi stylooo gituu. corak ni memang tak ada di malaysia, ianya memang diimport dari indonesia. so, kalau korang tak grab sekarang tak tau bila pulak batch terbaru kain ni akan siap.serius, aku tak tipu. ni bukan ayat iklan suruh beli sekarang tapi aku pun agak fedup menunggu sebab lambat. banyak dah kaler yang sold out. baru sekarang aku nak bagitau kan (-__-). tapi jangan risau ada lagi, so korang kena be...

tips pekerja jutawan

Assalamualaikum u olls, Aku doakan semua pembaca blog aku diberikan rezeki yang melimpah-limpah ruah dan diberikan kesihatan yang terbaik. Kelmarin baru aku share tips beli stroller, ni aku nak share lagi tips menjadi pekerja jutawan. Hamboihhh...ayat. serious ni bukan ayat menjual. ni solely untuk orang yang makan gaji dan tak suka/minat/ciri-ciri menjadi business people. Haritu aku ada pergi seminar pelaburan di husm. Penceramah seorang yang sangat muda, baru 29 tahun tetapi dah ada 4 biji rumah. Bukan anak orang kaya dan bukan bergaji lumayan. Dia cuma seorang banker di Maybank sahaja. Dan paling best lagi, dia berjaya membeli rumah pertama pada umur 23 tahun, dan rumah ke-4 bernilai lebih 1 juta yang dibeli tahun lepas. Amazed enough. Ada lagi tau,  dia buat semua tu hanya dengan gaji dia. Maksudnya, dia tak ada buat side income ke, extra income ke like menjual kain, lokcing, kek (macam aku) atau join mlm ke, business netwrking ke. NO kat sini, aku nak share ...