Skip to main content

WAN ARJUNA HADIF turns 2

Assalamualaikum,

Aku doakan pembaca blog ni kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, jumpa lagi kita dengan Ramadhan. dalam kta sibuk nak gandakan pahala, nak sembahyang terawih 20 rakaat, nak khatam Al-Quran, nak sembahyang dhuha dan tahajud setiap hari tapi jangan dilupa benda yang haram harus ditinggalkan. Kadang-kadang kita (akulah tu) suka buat benda yang sunat tapi benda yang wajib agak kurang dijaga manakala benda yang  haram masih dibuat.

Sebabnya kebaikan tu bukanlah diukur semata-mata dengan banyaknya amalan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang tetapi ianya diukur dengan banyaknya dosa dan amalan jahiliyah yang ditinggalkan. Astagfirullah

Tapi harini aku bukan nak jadi ustazah sebab aku pun banyak kekhilafannya cuma nak sama-sama berpesan ke arah kebaikan. Harini sebenarnya aku nak cerita pasal hadif. Alhamdulillah, harini dia 2 tahun. 

ingat lagi time pregnantkan dia, time beranak sorang-sorang, doc pulak orang negro hitam. sakitnya hanya Allah yang tau. lepas tu hadif kena jaundice. duduk hospital berjalan ke sana ke masri habis semua jahitan tercabut. YEE, SEMUA TERCABUT. kena jahit semula semuanya. bila cerita kat orang, semua pakat seriauu. memang sakit nak buat macam mana dah aku tak berpantang.

hadif punya jaundice ialah prolonged jaundice sampai 2 bulan. dan hilang sendiri. tapi tapi di sebalik itu, hadif seorang anak yang senang dijaga, tak banyak meragam kecuali nak susu dan tidur. sampai sekarang aku consider masih fully bf hadif. yee, sebabkan hadif kureng susu tepung (aku gantikan dengan fresh milk and air masak) so setiap kali aku ada dengan dia, dia akan bf. langsung tak nak susu tepung. kalau dia sakit lagilah, melekat 24 jam.

hadif jenis lembek orangnya (badan) so walaupun dia dapat kaki masa umur 1 tahun sampai sekarang dia takut nak turung tangga. kena duduk dulu berbanding sepupu dia aufa yang umur 3 bulan pun badan dah keras. tapi dia ringan mulut. dah boleh bercakap, dah boleh paham cuma tak sepenuhnyalah.

hadif makan apa saja. dia tak memilih tapi mestilah favorite food is chicken. apa yang bagus pasal hadif, apa yang aku makan itulah yang dia makan. aku tak perlu nak fikir buat baby's food (alasan mommy pemalas...kehkeh). cuma kadang-kadang dia makan banyak, kadang-kadang langsung tak nak makan. 

Alhamdulillah kesihatan hadif okay cuma dia batuk sekarang, 2-3 hari lepas memang kuat batuk dia sampai tak boleh nak tidur. Dan dia tak pernah masuk hospital walau ada insurans walau pernah demam teruk, pernah kena penyakit kaki tangan dan mulut sebab aku memang tak suka biasakan dia dengan hospital. Kalau dia sakit, aku bawak dia pergi klinik, kalau doktor kata okay, aku akan jaga sendiri.

Cuma sekarang aku tak sabar nak bagi dia adik...kehkeh. Doakan mak preggy tahun ni ye.

fresh from oven

lepas keluar dari wad











Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap