Skip to main content

Posts

LAST POSTAGE ESOK YE DARLING SEMUA 29 JUN 2016

Assalamualaikum semua, Harini dah 23 Ramadhan. Harapnya kita mengambil kesempatan untuk melipatgandakan amalan ibadat. Aku jugak berdoa agar kita dapat bertemu lailatul qadar. Harini tak nak berceloteh panjang cuma nak share pasal testimoni cust untuk dokoh patch dan diamond patch. Alhamdulillah, permintaan memang tak putus-putus samada online atau offline. Sayangnya esok ialah last postage ye iait 29 Jun 2016. So, siapa nak sempat lagi buat bayaran harini dan item akan di pos esok harinya. Kalau tak, beraya dengan baju kosonglah korang *nangis bucu katil* Cepat whatsapp aku sekarang untuk tengok patch yang available. Diamond patch takder lagi orang share. Nanti ada, aku share pulak ye. 0139729066 0139729066 patch 8 gold antara patch paling famous sebab dia besar dan panjang (UPDATED : ada color silver  and black sahaja) patch 18 gold  mula-mula patch ni tak popular sangat tapi lepas tampal nampak macam cantik jugak. ada 2 pcs saja lagi patch 14 sil...

gosok-gosok dah cantik

Assalamualaikum semua, Aku doakan pembaca blog aku dikurniakan kesihatan yang terbaik. Ramadhan dah dekat kan, so sama-samalah kita jadikan Ramadhan tahun ni yang terbaik buat kita semua, insyaAllah. Aku tak nak berceloteh panjang cuma nak bagitau yang yang yang aku ada beli crystal diamond atau orang panggil iron on diamond patch. ni kalau korang tampal di baju raya atau baju yang nak pakai masa open house, kompem orang lain dok pakat jeling, silap-silap yang tengah makan sate boleh tercucuk lidi sate (exaggrate kemain). aku tak ambik banyak corak, aku amik corak yang sizenya sederhana dan besar. senang korang nak tampal kat baju boleh, jubah boleh, shawl pun boleh. ni antara corak-coraknya dan cirak-corak di bawah memang limited ye. bukan propaganda marketing semata ye. HAAA...ORANG KATA GOSOK-GOSOK DAH CANTIK. WHATSAPP TERUS YE 0139729066 0139729066 saja upload gambar hubby aku pergi borong stok hari sabtu baru nieh. h...

hotel-hotel di malaysia

Assalamualaikum semua, dah macam trademark pulak aku ye, satu bulan satu entry....kahkah. takperlah, janji update kan. harini aku nak cerita pasal hotel. sepanjang aku kerja tempat baru ni since 2014. banyak kali jugakla aku outstation disebabkan kursus, event dll tapi mostly sebab kursus lah. so, alang-alang aku dah pernah stay kat hotel tersebut, meh aku share kebaikan/keburukan hotel tersebut supaya boleh dijadikan panduan bagi korang kot-kotla korang terfikir nak book hotel tu. sapa tau kan, almaklumlah sharing is caring. aku bahagikan ikut negeri ye. 1) KL/SELANGOR HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA. best hotel ni sebab 5 minit je jalan kaki ke Alamanda. rate RM200 per night. tak taulah itu dah memang govt rate atau tidak. malam tu aku dinner kat restoran dia je. macam biasalah agak mahal, lebih kurang RM30++ per meal tapi sebabkan hujan dan masa tu Hadif kecik lagi, aku malas nak keluar. tapi aku tak bernasib baik sebab masa aku pergi tu, pool tengah under renovation. food selecti...

kisah kerepek ubi 2 juta tan

Assalamualaikum semua, Aku doakan pembaca blog aku sentiasa dalam limpahan rahmatNYA. Bulan April dah nak habis, sekejap je kan masa berlalu. lepas tu May dan June. Kalau masih tak sedar June dah puasa. awal bulan pulak tu iaitu 6 June. Dah ganti puasa belum? Aku pun belum ganti lagi sebab selalu terpk boleh ke tahan dengan panas terik dan mengandung. Nampak sangat iman lemah kan walhal bukan tak biasa puasa tapi nak start tu punyalah seksa. harini aku nak cerita pasal makanan favorite aku time raya. aku suka biskut especially biskut kacang timbang (tak semua biskut), tart nenas gebu, segala jenis kerepek especially kerepek ubi . sebab sebenarnya harini, aku nak cerita pasal kerepek ubi. ok, macam ni kerepek ubi yang aku jual ni sebenarnya dah pun aku jual tahun lepas. tapi masa tu baru nak try dan aku beli 50 packet je (pack setengah kilo). tapi tak sangka hanya beberapa hari dah sold out. tak sempat nak promote kat fb sebab yang beli kawan-kawan dan kawan opis. dan aku s...

BAJU RAYA 2016 : SERIKAN RAYAMU DENGAN DOKOH PATCH

Assalamualaikum semua, UPDATED : 4th dokoh patch is available today (17/4/2016). Corak yang panas dan terbaru. Aku doakan semua pembaca aku sentiasa dilimpahkan rahmat olehNYA. Alhamdulillah stok dokoh patch tersangatlah laju. banyak jugak request tak dapat aku fulfill sebab tak cukup pcs. ramai nak beli dalam kuantiti yang banyak. Semua pakat beli untuk raya nanti, kemain korang berdokoh-dokoh ye. paling best, banyak yang nak matchy-matchy dengan anak dara masing-masing. ada yang ada anak dara sorang, 2 orang dan paling ramai 3 orang. aku je ada anak teruna sorang....hihi. kat sini, aku nak bagi tips dan idea bagi penggunaan dokoh patch supaya lebih nampak comel dan menarik. dah macam pakar fashion pulak..hihi. pemakaian dokoh patch ni aku sarankan dipakai bersama dengan kain kosong (tak kisah material apa, satin ke, silk ke, chiffon ke atau apa saja material memang boleh tampal dokoh patch ni). cumanya macam entry aku sebelum ni, baju raya 2016  aku suggest buat kebar...