Skip to main content

SALAM AIDILADHA 2010

ok dah, salam aidiladha semua
hehe....candid


raya di terengganu, x sah x jalan-jalan tepi pantai


candid le sgt kan
gambar poyo mama n adikku
gayaku di pagi raya
pakai baju kurung cotton n syria lycra je:)

ramai kenalan yang aku jumpa yang bukan orang kelantan bagitau, hanya orang kelantan yang sambut raya aidiladha dengan meriah, lagi meriah dari raya aidilfitri. sebenarnya tanggapan itu silap, aku pun x paham dari mana datangnya tanggapan sebegitu cume bagi aku orang kelantan sambut kedua2 raya tersebut (dan of coursela raya aidilfitri lagi meriah ) cumenya kami orang kelantan akan buat ibadah korban (macam kewajipan pulkak kalau family aku).

macam family aku wajib akan ambil part dalam ibadah korban 1 bahagian malah kadang-kadang mama n abah aku amik 2 bahagian untuk dibahagikan kepada saudara dan jiran-jiran atau orang-orang yang memerlukan. kami masih lagi buat baju baru tapi kunjung-mengunjung tu x la ( x taulah family orang lain).

apa yang best tentang raya ni sebab aku dan keluarga akan sibuk di dapur sepanjang hari memasak pelbagai lauk daripada daging lembu. hidangan wajib, sup, singgang, goreng, bakar dan rebus perut dengan pencicah....glurrppp sedap.

cumenya tahun ni aku x dapat menikmati kemeriahan tersebut sebab balik umah kakak abah aku di terengganu :( dan juga buat pertama kali family aku x dapat ambil bahagian disebabkan owner lembu-lembu tersilap membuat pengiraan :(

Comments

Aja said…
comellah baju raya shida...
shidaidris said…
hehe...bj cotton biasa je aja

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap