Skip to main content

restoran mewah vs kedai murah

hi awek-awek yang suka makan dan lelaki-lelaki yang suka belanja awek,

dah nama restoran mestilah yang grand kan, yang dia punya hiasan macam-macam like ala-ala hotel ke, ala-ala resort ke, ala-ala garden ke. yang pasti apabila kita tengok mesti teruja nak masuk dan amik gambar, eleh macam aku x tau korang kalau tempat tu cantik lagila korang gila nak bercamwhore kan....eceh (jangan risau aku pun sama)

garden mid

mango juice n ice lemon tea

roti pita yang sangat dry dia punya daging, kuah dia pulak macam kuah rojak n acar....erkkk

spaghetti ni bolehla


aku nak cerita ni pasal makanan sebenarnya tapi aku masukkan sekali ngan tempat yang serve makanan tersebut. korang suka x pegi makan tempat mahal macam hotel, restoran mewah semua bagai tu. aku memang x suka pegi sangat. of coursela reason utama sebab duit tapi reason kedua sebab makanan.


aku ni dahle kureng bab-bab makanan mahal. serius korang hidangla aku makanan mahal dari negara barat sana yang paling best dan popular tapi kalau kat sebelah dia ada nasi panas sama itu ikan kembung goreng garing tambah ulam sama budu, kompem aku pilih makanan kedua.

bukan aku x makan langsung tapi kalau aku pegi restoran mahal like alexis aku tetap pilih hidangan yang berasaskan nasi....haha. gila punya noob. memang lidah dan tekak orang melayu tulen.
chawan bangsar
ice blended kopi kemaman n roti bakar

nasi kerabu ayam percik konon
kaler biru pewarna bukan yang kaler bunga macam orang kelantan buat tu, ayam pulak bukan percik tapi bakar
kuah langsung xrasa

camwhore itu harus

dan satu lagi aku makan dalam kuantiti yang amat sedikit, bukan sebab diet tapi sebab aku memang x mampu nak makan banyak so x yahla berangan nak ajak aku bufet bagai like bufet ramadhan sebab korang mesti sedih tengok duit korang hangus macam tu je (kalau korang belanja akula), sebab aku makan suku dari duit yang korang spend. gile x berbaloi sebab tu benda paling aku x suka bufet sebab aku rasa membazir.

aku kalau tengok orang makan banyak sangat boleh nak termuntah....kehkeh. sebab aku amalkan satu petua, aku berenti sebelum kenyang,so perut aku ni boleh terima kenyang je, terlampau kenyang x leh. aku dah train lama dah so dah terbiasa.

recently, aku try satu restorang yang dah lama juga aku usha nak masuk tapi selalu x jadi. restoran dia memang comel ah ibarat korang makan dalam taman. nama pun garden, banyak jugak cawangan dia tapi x best mana pun makanan dia. western bolehla tapi nasi kureng. satu lagi chawan kat bangsar pun sama sangatla kureng makanan dia. chawan ni nak lepak minum kopi sambil makan roti sambil borak 5 jam sangat disarankan. tapi kalau nak makan nasi aku sarankan jaangan. tapi kalau korang nak cuba juga x kisah sebab ni pendapat aku je kan. tekak kan lain-lain

last- last ko tau apa yang betul-betul aku suka sampai balik pun still teringat dan siap boleh hidu-hidu tangan aku dan x nak basuh sebab nak bagi bau dia kekal, gila punya teruja



jeng jeng


















 my favorite all time 

ikan singgang + budu + ulam + ayam goreng kunyit

bau dia melekat sampai malam u olls

Comments

Anonymous said…
oit kat maner kedai ikan singgang ni?? macam menarik jer...huhuh slurrppp
shidaidris said…
kat chow kit nur, kedai feveret aku tueh. meme sedap pun

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap