Skip to main content

kalau aku ada anak perempuan

salam perempuan semua terutama yang dah bergelar ibu

aku x taula korang tapi bagi aku, aku punya pendapat sendiri tentang anak perempuan. kenapa? sebab aku perempuan, so aku tau macam mana rapuhnya perempuan. rapuh dari segi tekanan, perasaan, kekuatan fizikal dan banyak lagi. perempuan ni dijadikan dari tulang rusuk lelaki, so ianya memang sangat rapuh lebih-lebih lagi sekiranya x kuat iman.

anda rasa macam mana? jangan malu sebab kita semua dah besar. aku selalu baca blog kereta mayat (tapi perangai x berubah jugak, haih). article dia banyak merubah pandangan aku tentang perempuan. 

aku kalau nanti kahwin (sooon) ada anak perempuan, aku mungkin (tengok keadaan) :

adik perempuan, mama perempuan


adik perempuan, perempuan cantik. eh
  1. kahwinkan anak aku cepat-cepat. kalau dia dah masih lagi belajar kat uni tapi dah gatal nak kahwin   dan kalau dia yakin lelaki tu boleh jaga dia. aku kahwin terus tanpa banyak cakap
  2. x payah buat wedding grand sangat, sekadar yang lelaki itu termampu
  3. kalau sekalipun aku x suka lelaki itu atas sebab-sebab tertentu, tapi still anak aku beria nak kat lelaki tu, aku akan pertimbangkan.
  4. aku akan sentiasa buat spot check kalau dia tinggal jauh dari aku
  5. aku akan ajar dia dari kecik lagi tentang pendidikan seks


- TAPI yang paling penting, dia kena dididik dengan ilmu agama yang tinggi, sekurang-kurangnya kalaupun aku x mampu nak tengok tapi harap-harap dia boleh praktikkan.

aku bercakap ni berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang. banyak kisah yang kadang-kadang kita x sangkan tapi berlaku di sekeliling kita. semuanya pasal kita jarang/x pernah cerita pasal seks/nafsu. kita semua ada kemaluan dan nafsu, tapi sebab sikap melayulah yang jadi kita malu-malu nak share benda tu.

sedangkan benda tu memang penting kan, kalau x, xkanla berlaku masalah sosial macam sekarang. seks bebas, pengguguran,buang anak, rogol, tengok klip lucah dan banyak lagilah. x terkira banyaknya, kalau nak tau baca je paper metro, hari-hari ada.

so, anak perempuan akan share samada dengan kawan perempuan dia yang sama gatal tau dengan bf. so korang fikirlah apa akan jadi. aku bukan nak kata baik, aku memang x baik pun tapi aku tak nak anak aku jadi macam aku dan macam kawan-kawan aku (yang negatif la)

Comments

Popular posts from this blog

siapa suka jam casio?

this is sticky post, new post please read below :) hi u olls siapa suka jam atau suka kumpul jam. aku suka, hubby aku lagii suka. aku nak jual jam casio dulu untuk permulaan dulu, lepas ni aku nak jual jam vintage. aku ada beli jam vintage guess (aku buat sebagai hantaran ye). nati kahwin, aku tunjuk.  so, untuk permulaan, aku nak jual jam casio. jenama ni kalau korang penggemar jam (yang harganya mampu milik) korang memang kena ada satu sebab ianya memang trendy dan in sekarang. korang boleh tengok yuna, lisa surihani, hazama dan ramai lagilah (bagi kategori artislah) bagi kategori famous blogger like shea rasol, ami , maria elena dan ramai lagilah yang memang pakai jam ini. pendek kata, kalau korang perasan jenis perempuan yang stylo mylo ni memang akan ada koleksi jam casio *jenama lain pun diorang ada* tapi casio wajib ada satu.  so, mari kita cuci mata nak. tapi jangan tanya aku model apa ye. yang aku tau model data bank dan original :) berkenan email m...

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha