Skip to main content

majlis merisik

assalamualaikum  semua

seperti yang semua sedia maklum, mggu lepas ada akikah di rumah aku. tapi jangan ingat akikah saja ye sebab ada 3 majlis yang berlangsung. kalau korang baca aku punya previous post mesti dah dapat agak. so memang kesian pada mama dan abah aku sebab melayan tetamu yang x putus-putus.

yelah, mula-mula kena layan tetamu untuk akikah, lepas tu family lelaki adik aku dan jugak family lelaki belah aku. sangat sibuk dan x terlayan. makanan pulak hampir habis, sampai mama aku terpaksa tambah lauk dan sayur (pajeri nenas) takut-takut x cukup.

tentative (tentative katanya) majlis pada 11/2/2012 ialah:

8.00am -10.00am - akikah adam harith

10.00am -12.00am - majlis merisik adik aku (siti syakirah)

3.00pm - 5.00pm - majlis merisik aku (nur murshidah, mampu siap nama penuh lagi)

kenapa nak buat sekaligus. sebab alang-alang buat makan, so memang x larat nak buat makan 2,3 kali. buat sekaligus terus. senang dan jimat.

family belah lelaki adik aku, lepas makan terus bincang. bincang pun kat family room je, sempooiii
gambar blur konon

family belah lelaki aku
mama dan abah yang kepenatan
terima kasih mama dan abah, i lub u

majlis aku dan adik aku pun akan dilangsungkan sekali. akad  (selang sehari). bersanding sekali cuma beza masa sahaja untuk mengelakkan kekeliruan, kekecohan dan kebolotan (ayat ore kelate). so orang kata JIMAT MASA, JIMAT TENAGA DAN YANG PALING PENTING JIMAT DUIT (padahal xdop duit, kahkah)

majlis kahwin nanti shida update lepas ni, okeh. sabar ye :)

Comments

Unknown said…
tahniah shida... sape kah jejak bertuah itew... kawen nanti jgn x jemput plak...
Aja said…
best-best... :D
shida idris said…
iskerk - mesti ajak punyaaaaaa
aja - apa yang best. biasa2 je aja
Kayna said…
wahhh meriahnyaa...
shida idris said…
meriah sbb gabung 3 majlis sekaligus kann...hehe

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

siapa suka jam casio?

this is sticky post, new post please read below :) hi u olls siapa suka jam atau suka kumpul jam. aku suka, hubby aku lagii suka. aku nak jual jam casio dulu untuk permulaan dulu, lepas ni aku nak jual jam vintage. aku ada beli jam vintage guess (aku buat sebagai hantaran ye). nati kahwin, aku tunjuk.  so, untuk permulaan, aku nak jual jam casio. jenama ni kalau korang penggemar jam (yang harganya mampu milik) korang memang kena ada satu sebab ianya memang trendy dan in sekarang. korang boleh tengok yuna, lisa surihani, hazama dan ramai lagilah (bagi kategori artislah) bagi kategori famous blogger like shea rasol, ami , maria elena dan ramai lagilah yang memang pakai jam ini. pendek kata, kalau korang perasan jenis perempuan yang stylo mylo ni memang akan ada koleksi jam casio *jenama lain pun diorang ada* tapi casio wajib ada satu.  so, mari kita cuci mata nak. tapi jangan tanya aku model apa ye. yang aku tau model data bank dan original :) berkenan email m...

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...