Skip to main content

WEDDING STORIES 25 : hantaran terpantas

assalamualaikum semua,

ni malam 7 likur kan. omg, mesti korang sibuk pasang pelita kan. dulu kan, everytime balik terengganu rumah family abah aku, aku suka betul tengok pemandangan waktu malam sebab kebanyakan rumah pasang pelita. dahle rumah papan, rumah style kampung, dengan halaman luas dengan kereta pelbagai dan pelita menghiasi halaman. ya allah, serius sangat indah, macam dalam citer-citer kat tv tu.

tapi kalau kat kelantan, trend pasang pelita memang kureng. kalau kat kawasan umah aku, memamg xderlah. eh, aku out of topic jap, biasalah perempuan.

dah lama x buat review pasal kahwin kan. sebab aku rasa xder apa nak di reviewkan coz aku punya wedding simple gila kot, tapi still aku buat jugaklah yang mana terdaya:

sebenarnya nak cerita pasal hantaran. hantaran aku ialah hantaran paling simple dan terpantas di dunia, ok maybe di malaysia, ok maybe di pasir mas je. sebab auntie aku buat dalam masa sejam je kot. 7 siap dalam masa sejam or maybe less, aku pun lupa.

dia kerat-kerat bunga, tampal dan salotape kan sikit. tadaaa siap. aku pulak cuma beli bunga ros kuning ngan bunga-bunga kecik sikit. tempat letak hantaran aku beli dulang, aku lupa nak snap gambar dulang, tapi memang murah. cuma RM 7 satu.

aku memang malas nak habiskan duit untuk hantaran, nak beli bekas yang kompem x akan guna lepas tu. dulang tu aku boleh gantung di dinding buat hiasan. ngan bridal pulak, dia bgtau satu hantaran RM50 dah le bukan fresh flower. gila mahal, kalau 7 kan dah RM350. aku beli semua tu aku rasa, kurang dari RM100.

mine, simple gila kan

adik aku punya
kan dah save duit....haha *walhal bajet ketat*. hubby punya xder gambar lagi....huhu

barang hantaran aku                                          
1) dkny beg                                                      
2) guess vintage watch
3) body shop toiletteries
4) red velvet cuppies
5) sejadah
6) kain sembahyang
7) hantaran

hantaran adik aku lagi comel dari aku sebab dia auntie aku yang sorang lagi buat. siap ada ephyra kot (saper baca blog kak di and peej taulah)

Comments

Anonymous said…
salam kak shida....kedai kak shida kat bazaria pantai tu tak bukak ke..?aritu kak shida ada post kata suami kak shida berniaga di jalan tar....saya tak jumpa pun kat area mana..ingat nak borong baju raya ni....last minutes preparations;
pinky said…
simple pun cantik....=)
shida idris said…
anonymous - kedai x bukak time puasa. kedai betul-betul kat depan hotel star points, nama kedai sri tanjung. datangla

pinky - tq yang

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

siapa suka jam casio?

this is sticky post, new post please read below :) hi u olls siapa suka jam atau suka kumpul jam. aku suka, hubby aku lagii suka. aku nak jual jam casio dulu untuk permulaan dulu, lepas ni aku nak jual jam vintage. aku ada beli jam vintage guess (aku buat sebagai hantaran ye). nati kahwin, aku tunjuk.  so, untuk permulaan, aku nak jual jam casio. jenama ni kalau korang penggemar jam (yang harganya mampu milik) korang memang kena ada satu sebab ianya memang trendy dan in sekarang. korang boleh tengok yuna, lisa surihani, hazama dan ramai lagilah (bagi kategori artislah) bagi kategori famous blogger like shea rasol, ami , maria elena dan ramai lagilah yang memang pakai jam ini. pendek kata, kalau korang perasan jenis perempuan yang stylo mylo ni memang akan ada koleksi jam casio *jenama lain pun diorang ada* tapi casio wajib ada satu.  so, mari kita cuci mata nak. tapi jangan tanya aku model apa ye. yang aku tau model data bank dan original :) berkenan email m...

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...