Skip to main content

pregnancy story : first check up

Assalamualaikum semua kesayangan,

aku baru perasan yang aku x review lagi pasal tudung dan baju nikah untuk reception and second reception. aku cuma review pasal akad je....hohoho. korang nak dengar lagi ke sebab aku rasa macam dah basi         (-_____-)

tadi, buat pertama kali aku pergi buat buku merah (sambil nyanyi buku merah jangan lupa bawa, moga-moga x tamat tempoh). aku x tau bila waktu terbaik untuk aku buat buku merah. kawan opis aku bgtau kena buat masa 3 bulan ke atas. adik aku pulak suruh buat terus once tau dah preggy. masa mula-mula aku check preggy, kandungan aku 6 mggu, then aku rasa too early. 

tapi lepas aku baca blog rina (dia bgtau waktu terbaik 9 mnggu), then masa 9 minggu baru aku call klinik (sebab aku asyik tangguh je call).....kekeke. so, last week call, dia suruh datang isnin. mula-mula macam x tau sangat nak pegi klinik mana sebab kita kena pilih yang paling dekat.

mula-mula ingat bangsar, tapi lepas call, bangsar bgtau ada kat pantai dalam. memang dekat gila kot ngan umah aku, so aku mmg happy. aku bangun kul 8 dan 9 tepat ada kat klinik. ingatkan jenis kena tggu, bolehlah aku lepak warung pekena roti canai dulu sekali terus kena panggil.

aku sekarang xleh lapar, kalau lapar je terus pegi kat otak dan aku akan mula rasa pening dan moody. mula-mula dia suruh pegi kencing, lepas kencing selamba je aku bawak air kencing ke depan....kahkah. then, dia timbang berat badan dan ukur ketinggian. last sekali, check high blood.

masa nurse check darah, nurse tu bgtau kalau darah rendah dari 11 kena cucuk 11 kali dan kena datang 2 minggu sekali. aku mmg dah cuak masa tu dan alhamdulillah aku punya hb ok. tapi kann ada satu perempuan ni datang sekali ngan aku, masa nurse nak ambik darah dia, darah dia x keluar, aku tengok muka dia pucat je. nurse suruh dia duduk and relax dulu bg panaskan badan

lepas tu, nurse panggil aku masuk bilik. nama nurse yang akan attend aku punya pregnancy journey suhaida, comel  dan lemah lembut orangnya. banyak die bg nasihat, petua dsb tapi x berapa nak masuk sebab perut dah berbunyik....kehkeh.

nurse suhaida ajar aku macam-macam, dari pemakanan, pakaian, ubat, cara nak check breast cancer n bla bla bla. yang aku pernah dengar dan tidak. khamis ni aku ada app lagi, check darah/ dan dental. another next week,12/12 aku kena jumpa doc. huh, nasib baik 12/12  sebab 13/12 aku balik kg.

dalam sejam je kot aku kat dalam , then dalam 10lebih dah keluar. cepat-cepat pegi makan roti canai *indahnyaaa dan enaknya roti canai yang orang melayu buat*. then, hubby bgtau perempuan yang ambik darah ngan aku tapi x jadi sebab darah x keluar, bila nurse check, hb dia 9 lebih which is low blood. seramnyaaa

lama dah x camwhore

10weeks

Comments

ddjfr said…
nice tummy.tak nampak pn lagi.:)

hb low problem.minum air gula sangkut problem.check darah kena diabetis pn problem.

dd suka sangat pregnant time tapi tension sangat bila kena pergi klinik.takut perkara di atas tu la.
Zila Zainal said…
alalalaaaa comelnya perut dia :)
shida idris said…
dd - ooohh, takutnya...huhu

zila - mana nampak lagi...tu lelemak je...hehe

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap