Skip to main content

repekan cinta

hai korang semua....


hammmbooiiihhh jeles aku bukak fb, tengok bersusun update status jem sana, jem sini masa otw nak balik kg. siap, camwhore bagai lagi. mak jugak kat kl mencari sesuap nasi tapii tetapp x kaya-kaya jugak...hahaha. kepada yang balik tu, semoga selamat sampai dan selamat kembali ye, untunglaaa korang.

ni bukan nak citer pasal balik kg tapi nak cerita pasal shila amzah. amboii, kemain meletup dia sekarang kan dengan video tangisan dan nyanyian ombak rindu. aku x sempat lagi tengok sebelum ni,so tadi baru tengok. tengok jap, terus tekan pangkah. bukan sebab sedih tapi x sanggup tengok shila, she is seriously sooo pathetic.

apa yang aku nak tulis ni pendapat aku je ye, sebab aku pernah mengalami benda yang sama. bukan aku x kesian pada shila, tapi cara dia handle this problem sooo childish and funny. 

dik, meh sini akak nak cerita. dalam dunia ni berlambak org yang mengalami percintaan terhalang antaranya akak dik. bukan sehari dua, bertahun-tahun. kalau aku cakap 10 tahun, mesti korang x percaya kan. tapi orang kata, kalau ko betul-betul nak kat lelaki tersebut, ko kena buatkan parents ko boleh terima dia (samada suka atau tidak).

aku seorang yang rasional bagi aku kalau ko dah besar (shila umur berapa ye, 25 tahun kot) rasanya dah boleh buat keputusan sendiri. kalau ko rasa ko xboleh hidup tanpa lelaki tersebut, then plan. lepas plan, cuba-cuba dan terus cuba sampai hati parents ko boleh terima.

yeee, aku tau parents dia x suka tapi mak bapak mana yang nak tengok anak dia menderita. aku x kata, kata-kata atau restu parents x penting tapi kat sini aku nak shila buat sesuatu, yang mana tidak memalukan parents dia tapi dalam masa yang sama tetap maintain sebagai kekasih sharnaaz.

pasal korang dok kutuk sharnaaz panas baran, kaki pukul itu aku malas komen sebab shila yang nak lelaki tersebut so baik buruk lelaki tersebut, dia sanggup terima so biarkan dia. kat sini aku nak shila bertenang, bincang elok-elok, kalau x cukup sekali 10 kali, x cukup 10 kali, 100 kali sampailah parents dia sanggup terima.

aku ada kawan yang bercinta dengan seorang lelaki sejak sek men sampailah umur 30 tahun baru kahwin. ko cuba bayangkan berapa lama mereka bercinta disebabkan mak/kakak kawan aku ni sangat-sangat membenci lelaki dan keluarga lelaki tersebut. padahal duduk sekampung dan rumah beza 2,3 bijik je. ko mampu. sehinggalah kawan aku terpaksa berhenti kerja, duduk rumah dan dikawal ketat oleh mak dia.

lelaki ni datang merisik, nak berbincang langsung x bagi. sehinggalah kawan aku ambik keputusan nekad nak lari dari rumah dan macam-macamlah jadi in between tu tapi akhirnya alhamdulillah mereka berkahwin juga. macam-macam syarat mak kawan aku letak sebelum nak kahwin tapi kalau dah jodoh x ke mana kan. mak kawan aku akhirnya beralah jugak.

ramailah kawan aku hadapi masalah yang sama yang mana sampai bertahun-tahun bercinta barulah boleh kahwin tapi x larat nak citer semua. kisah aku biarlah rahsia :)

apa yang aku nak cakap kat sini, kalau ko teguh dengan pendirian ko shila, prove it. jangan dok menyanyi kat youtube tapi dengan sharnaaz and ayah ko takut nak berbincang. bincang dengan sharnaaz macam mana nak lembutkan hati parents ko dan yang paling penting ko kena make sure sharnaaz jugak sanggup hadapi susah senang bersama ngan ko.

kalau dia ego x nak mintak maaf, ko kena cari jalan jugak sebab tanpa duduk berbincang dari hati ke hati masalah x kan selesai. yang penting, bawak bertenang, bawak bersabar, hidup macam biasa, menyanyi macam biasa dan buat pelan-pelan.

ni dok upload video menangis dan menyanyi lagu tu, lepas ni sapa nak ambik ko menyanyi, reputasi dah tercalar. hayooo shila, this is not the end of your life lagi. kalau x tau nak buat, meh jumpa aku, aku bagi nasihat sikit sambil ketuk kepala sikit...kehkeh

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot