Skip to main content

mid valley food junction

selamat malam korang semua,

korang biasa pegi mid x? apa x kenal mid, mak pengsan. mid valley la u olls, yang besar tu, yang memang dari dulu sampai sekarang memang famous. kalau weekend, sebesar-besar  dan seluas parking pun penuh.s dalam x yah cakaplah especially basement bawah yang bahagian makanan, kompem penuh sampai kadang-kadang nak jalan pun berselisih ngan orang.

sebab tu aku x suka pegi mid time weekend, public holiday atau sale. ayoooo, malas nak berebut ngan orang. tapi kalau korang perasan level paling atas, yang tempat movie dan bowling tu kalau dulu ada food court. food court tu kalau korang naik escalator kat bahagian tengah atau belakang (ada 3 esc nak naik tingkat atas), korang boleh terus nampak food court.

food court ni kalau weekend atau cuti kompem penuh sampai xder seat. makanan pulak banyak bersepah atas meja. kat sini ramai suka makan sebab banyak pilihan kan. ada makanan melayu, thai, campur, western, jepun, korea, sizzling, india, steamboat n banyak lagilah.

tapi hari tu diorang buat renovation. since aku ni jenis yang selalu pegi mid, agak lama jugaklah diorang tutup dalam 3 bulan lebih. tak ingat aku tapi mmg lebih dari 3 bulan. aku selalu tanya bila la nak bukak since kalau aku pegi choice aku yang food court hanyalah food oasis yang kat bawah tu je.

then, haritu aku pegi dia dah bukak tapi tapi jadi kedai. alamak, mana food court. aku membebel ngan hubby bgtau buat apalah dia tutup food court since ianya adalah tumpuan ramai. tapi kalau korang pegi dekat dan jalan sikut rupanya food court ada  tapi dah jadi lain.

lain sangat-sangat. lebih eksklusif dan cozy gitewwww. orang yang menjual dulu kebanyakannya ada kat food court baru nih. siap ada nama lagi tau, food junction. then, kawasan situ banyak kedai baru bukak, like bugogi (makanan korea), daiso (yang semua barang RM5), nike, old town cafe dan banyak lagilah

kerusi baru u olls

kedai yang lebih eksklusif dan nampak lebih bersih 

ni kedai feveret aku n hubby

tempat letak tray pun baruu

ni feveret kitaorang, nasi ayam twin sharing. sangat berbaloi utk 2 orang



korang pegilah sendiri dan tengok....hehe

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot