Skip to main content

lawatan sambil belajar di aquaria & makan besar di pantai jeram

hello u ollsss,

ok, nak citer sikit la pasal hari tu, bila ye 2 hb hari tu aku ada pegi aquaria klcc ngan kawan-kawan kerja. so, sebab first time mak memang teruja tapi sayangnya x bawak camera since bateri kong and charger buat hal. sangat-sangat menyesal sbb xleh snap pics banyak-banyak.

aku dah la lama gila x pegi klcc, nama je dok pj, klcc pun susah nak pegi....kehkeh. so, masuk sana agak teruja sebab dah lama kan x jejak kaki. sampai pagi kot, dalam 10 lebih, tempat pertama pergi adalah roti boy sebab naik lrt kan. lamanya x makan roti boy.

sebab kan plan memang x makan lunch since nak makan besar kat pantai jeram (seafood for those who dont know), so kami makan berat pagi-pagi kat food court. aku ngan laki aku makan nasi ayanm, which is sangat tak best kat tekak aku. 

masuk kat aquaria...huwarghhhh teruja gila tengok semua binatang especially ikan. masuk-masuk je binatang pertama piranha, tapi gigi dia x tajam pun *mak tertipu selama ni*. lepas tu tengok belangkas, seriously sebelum ni aku x tau pun belangkas tu rupa macam mana, patutlah ada pribahasa sebab dia memang selalu berdua.  *macam belangkas*

binatang yang paling mengujakan of courselah pari yang besar dan ikan jerung. semua pakat wahhhh, hooooo masa dalam tunnel tu. tapi sedikit pening ye since aquarium, kaca dia kan tebal so kita dok bersungguh tengok, pandangan boleh jadi berpinar. tak taulah orang lain tapi aku memang pening.

tapi agak berbaloi la masuk cumanya kalau korang ada anak, make sure anak korang dah besar sebab kalau kecik sangat nanti kan die bukan tengok pun binatang-binatang tu sbb kawan aku bawak anak dia dalam stroller, dok membuta je kejenya....hahaha. nati anak aku dah besar, aku nak bawak...hehe.

dah lama x jumpa mek sebelah ni, dulu dia keje sekali ngan aku tapi dah berenti lama dah
tapi sekarang laki dia boss aku....x sangka kan. comel kan da

cantik kn

ikan ni sangat comel, nak bawak balikkk

ni kira kategori belut, hoiii asal awak comel sangat nieh...hehe

ni dah balik, nasib baik mak bawak coco crunch kalau x lapar dan poning

lepas tu kitaorang gi pantai jeram, makan ikan bakar. hayooo, sangat best sampaikan semua macam nak meletop perut sebab order banyak sangat. ko mampu makan sampai hampir RM500 untuk 10 orang makan.

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap