Skip to main content

cerita berpantang aku

Assalamualaikum dan selamat berterawikh pada semua,

hamboiih, kemain laju masa berjalan kan....harini dah 10 hari kita berpuasa. aku masih lagi dok telain air liur setiap kali berbuka. semalam lagilah, mama aku beli kuih seri muka dan seri kaya (dahlah kuih tu antara kuih favorite aku) so masa berbukak aku telan airr liur gulp...gulp...banyak kali....hahaha. saiko betul .

apa yang mama aku bgtau xleh makan, kompem aku x makan even secuit. memang menurut perintah betul aku. mama aku cukup strict, malah dia nak aku n adik aku pantang 100 hari bukan 44 hari. semalam jugak, adik aku kena marah, dia post gambar berbukak dia kat whatsapp family, dia masak pucuk paku masak lemak, lepas tu terus kena marah ngan mama aku sbb benda (pucuk paku) tu sejuk.

adik aku pun pelik sbb dia dah abis pantang, dah 2 bulan lebih asal pulak xleh makan? mama aku suruh pantang 100 hari. ada sesetengah makanan mama aku nak aku pantang setahun like ais, labu, nangka n bla bla...... aku mampu dengar dan telan air liur je. aku cakap matila x minum ais setahun, mama aku bgtau mama x mati-mati pun T_____T.

ada makanan aku kena pantang 44 hari, ada makanan aku kena pantang 100 hari, ada makanan aku kena pantang 6 bulan dan last sekali setahun. hoihhh...banyaknya pantang larang. jalan kena selalu kepit, slow, xleh duduk bersila kena selalu berlunjur, langkah kena sempit, naik tangga atau turun tangga ada caranya tersendiri. semua di monitor oleh mama aku. dan biasalah being me, yang memang selalu jalan laju (sebab kat opis aku mmg jalan laju, opis aku jenis sentiasa havoc dan busy all the time) so aku mmg dah biasa jalan laju.
akibatnya, mmg asyik kena marah ngan mama aku.

mama aku x benarkan aku bertungku dan berurut sebab dia kata jahitan akan terbakar. aku pun pelik, kenapa orang dulu x dijahit bawah dia eh, mama aku anak 6 orang, semuanya x dijahit. orang sekarang macam wajib jahit. so, aku hanya pakai bengkung je, tupun celup-celup, time ingat pakai. orang pakai sebelum makan, aku pakai sebelum tdo sebab asyikkk terlupa jee (-___-).

consequences, berat dah turun tapi perut masih lagi menggeleber. aku mmg kena bersenam nieh. nanti pakai baju, perut tersentil-sentil, malu i. 

lepas tu, aku pun pernah mandi ngan daun-daun (xtau daun apa, tapi memang banyak jenis daun). mandi ngan air rebusan daun dan bilas sambil duduk atas daun. apa fungsi, aku pun xtau, aku ikut jeee.

aku xder masalah ngan berpantang cuma bab makan jelah, banyak sangat benda xleh makan. ini sejuk, ini gatal, ini bisa (bahasa baku, aku x tau), ini sakit urat....

berat aku (masa preggy kat buku merah) :
first time : 36. 3kg (3/12/12) - sangat ringan kann, mmg berat normal aku 36,37
last time : 48kg (aku lupa tarikh sebenar tapi aku rasa sehari dua sebelum deliver)

sekarang : 40,41 kg. target aku ialah 37, 38 sebab aku mmg betul-betul nak hilangkan lelemak kat perut nieh, dah macam orang mengandung 3 bulan.




Comments

Rina Hamid said…
shida suka kuih seri kaya eh..asben baru buat sabtu lepas..oke jugak sedap..1st time makan..
bila baca kisah pantang ni rasa ngeri plak..lg ngeri dari nak beranak..haha
ddjfr said…
mandi serung la shida kalau mandi dengan daun daun tu.hahaha..

dd after pantang anak pertama,dd minum ais bila baby dh masuk 7 bulan.pastu tak makan telur,makanan ada limau nipis pun tak berani usik macam tomyam.air kelapa pun minum setahun selepas pantang.bukan anak setahun tau!lagi yang kena pantang setahun selepas pantang macam air tebu,rebung,nenas,paku..heh.emamng bersabar la adanya.pernah curik minum air coke dalam pantang,dia punya sengal ya Allah.sakitnya badan..

shida idris said…
rina - sukaa, kalau yg pandai buat like yg top die mmg manis dan pulut lembut, sedapp.

tulah, masa preggy, apa nak telan, telanla sbb lps tu byk kena pantang especially food.

dd - kita ikut mama jew..
ayooo dd, matilah, shida bab2 telur x leh pantang sbb kuih semua telur kan. air kelapa setahun...boleh kot. tapi ais tu, ais...huwargghh

die mmg terus effect eh, takutnya.
ddjfr said…
effect.masa anak ke3 pulak dd makan nasik lemak dalam pantang.sebab dah tak berjahit bawah tu,maka berani gila makan telur rebus.mak pun cakap okay je.

petang tu,nipples gatal gila sampai tahap nangis depan laki.nak mandikan anak pun takbleh.nipples jadi gitu sebab kebetulan luka sebab hasya menyusu sangat2.hadoiii..hazab.kena jugak pantang macam anak pertama dulu.bezanya,anak ketiga,abis pantang cukup baby 3 bulan dah minum ais.tehehehehe...
shida idris said…
oh my...so mmg xleh buat main-main kan. time makan tak beringat, dah sakit nanti...huhu.

ok, akan berhati2 especially lps dah masuk kerja
ddjfr said…
lain orang lain ketahanan.hahah..okay,selamat berpantang.pasni mesti mommy shida slim melim :) jelesss

Popular posts from this blog

PART 3: POSTPAID CELCOM

okay, kita kembali lagi dengan topik hangat iaitu celcom. macam yang aku bagitau sebelum ni dekat entry ni . ok, macam yang kita tau kat malaysia ni ada dua jenis je iaitu postpaid n prepaid. hari ni aku nak terangkan dengan lebih lanjut pasal postpaid. biar semua orang paham dan jelas. x paham jugak, boleh tanya aku I WILL FOCUSED ON THE IMPORTANT CRITERIA: 1) billing cycle - what on earth is billing cycle. ok i will make u clear, billing cycle means when ur bill been closed every month. usually the date is 3, 7,13,23 n so on. u have to know the billling cycle coz its important to avoid ur call been barr. so, pls check ur bill. and make sure u paid ur bill before the next bill come out :) 2) barring/barred/barr - barr means u cannot make outgoing call n send sms. so, for postpaid customer they are been very particular and annoy if their phone been barr. they will easily been high tempered or sad or disppointed. please ya, ur acc will not been barr just like that. for sure, there is s...

HUGE DISCOUNT FOR CASIO WATCH

Selamat malam perempuan comel dan lelaki hensem, Malam ni sebab aku bermurah hati (cheewaahh) dan sebab raya haji dan sebab aku nak semua orang yang sebelum ni x dapat beli sebab kekurangan modal *aku paham*, harini aku nak bagi DISCOUNT BESAR-BESARAN untuk sesiapa yang berminat membeli jam casio. casio 5 Model DB-380G casio 6 Model A168WG-1 Casio 1 Model DB-360 Casio 2  Model AQ230A dannn paling best aku akan bagi discount hebat pada jam silver untuk gambar di bawah.  TAPI untuk jam 4 jenis kaler silver yang di bawah saja. kalau untuk gold yang 3 di atas, okeh harga yang aku offer sangat istimewa ye 1)  Casio DBC-610-1A | 2) Casio A178W | 3) Casio A168W | 4) Casio AL180 5) Casio F91W | 6) Casio A178WG | 7) Casio A168WG-1 contoh ye: casio 9  ( A178WG) silver  seperti gambar di atas yang num 2, aku bagi special promo price RM100 with postage....haaaaaaa, terkejut kan. memang murah tapi stok limit...

macam mana nak jadikan baju anda yang kosong dan kusam MENJADI CANTIK, MENARIK DAN BERSERI-SERI

Assalamualaikum semua, WHATSAPP 0139729066 WHATSAPP 0139729066 Korang tahu kan, raya kita pada tahun ni ialah pada 6 Julai 2016. Ni dah nak masuk bulan 2, so maksudnya kalau korang masih tak pilih lagi baju raya atau masih pening nak buat baju style macam mana, aku ada sedikit idea sebagaimana di bawah: http://shidalife.blogspot.my/2015/12/baju-raya-2016.html Siapa yang kat sini  dah buat baju raya? tak kisahlah dah siap atau masih di tailor. Pilihan aku dan family setiap tahun memang plain. sebab apa, banyak kelebihan kain kosong ni. senang nak matchy satu family, senang nak jahit hiasan yang korang berkenan dan lebih nampak happening dan ceria gittewww. haritu aku ada cerita pasal hiasan kan. ni aku nak sambung lagi untuk memudahkan kerja korang. tak kisahlah korang buat jubah ke, kebaya ke, kurung moden ke atau kimono sekalipun, korang boleh tampal dokoh patch ni di baju atau tudung korang. kompem meletop baju raya korang. Percayalah. tak tau apa itu dokoh patch, teng...