Skip to main content

mommy = hati kaca, raya = family, bola = TRW selamanya

Assalamualaikum u olls,

how's ur raya haji? mine was sooo hectic but enjoyable. aku baru balik dari kg ni, tak sempat langsung nak update apa-apa masa kat kg, sibuk bebenauuu katanyaa.

malam ni aku sangat happy, salah satunya ialah kelantan menang ngan ATM tadi 2-1. jaringan yang tak banyak tapi TRW dah ada bekalan 2 gol. banyak juga percubaan tapi semuanya dapat ditangkis oleh keeper, farizal. tapi indra agak gopoh jugak walau ada lorongan yang cantik dari dickson. dickson mmg sangat licik, bersahaja je menggelecek bola. habis kucar-kacir defend ATM.

hopefully kat KB lagi bagus dan menang untuk ke final Piala Malaysia. aku target 3-1 tapi 2-1. okla walau sedikit kecewa sbb TRW main bagus masa second half. lambat panas betul, kemain komen macam pandai kan...kahkah.

ok, lupakan pasal bola sebab still tak sure lagi die punya result. bola tu bulat, anything can happen in football, bukannya tak pernah TRW menang besar ngan TRG (3 gol) tapi TRG bubuh 4 gol, terus senyap. kemain confident kannn. 

my ultimate happiness tonight was anak aku dah pandai cakap. omg...omg, rasa macam tak percaya. mula-mula semalam dia sebut nama dia masa tu aku, hubby n hadif dalam bilik kat kg, masa hubby agah-agah die ngan nama, dia pun  sebut adif, adif. aku yg masa tu tgh browse internet (as usual baca blog dan survey online shop) terus pegi dekat.

tapi memang jelas dan aku rasa macam tak percaya. then, ajar dia sebut daddy (die sebut ady), bila ajar sebut mommy dia gelak je, nok even sebut mi ke apa ke.... (-___-). then tadi, aku dok main-main ngan dia,
die merengek, aku pun cakap nak susu ke, then die sebut usu, usu. aku terus tergamam dan amik die peluk dia dan nangis. 

terkejut dia..hahaha. sambil nangis cakap 'mommy, so proud with u hadif, nah mommy bagi hadiah unlimited milk'...haha. jadi mommy nieh anything about baby cepat sangat nangis. dulu kan, kalau aku jumpa baby tak kira la comel macam mana sekalipun, aku cuma tengok dan senyum-senyum je.

sekarang tak, sibuk dok tanya mak dia berapa bulan, nama apa...hahaha. lepas tu kalau jumpa yg comel lagila sengih-sengih tak berenti. kalau baca berita tak elok pasal baby, yg org post kat fb lagila, tak pasal-pasal baca sambil nangis. haihlaa...tengok cerita karate kids pun nangis (-___-)

ni masa br sampai pasir mas, dia dok atas betis mak

ni kat trg, seberang takir. raya sana

ni kat tok aman bali

mommy sayang hadif ketat-ketat-ketat sangat

mommy, daddy n hadif


Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot