Skip to main content

pap smear dan kenduri kahwin

happy weekend u olls,

tadi kan mak pegi wedding bekas office mate, hamboihhh jalan kemain jam kat fed highway. nak nangis rasanya walhal nak ke kelana jaya je tapi amik masa sejam setengah. padahal dari umah aku pantai dalam ke kelana jaya bukan jauh pun.

lepas tu kitaorang berpandukan kad kahwin je kan, gaduh-gaduh aku ngan hubby since sesat tambah ngan lapar, jam memang terbaik ah. hubby aku dah ajak balik, aku pulak jenis kalau dah buat sesuatu orang kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal peha eh lengan. alang-alang dah jam, sesat aku kena sampai jugak walau majlis dah habis.

sampai umah pengantin pukul empat, orang pun dah balik, siap catering pun nak angkut dah makanan          (-__-) padahal buat kat rumah, kemain skema catering. kalau kat kelantan, pukul 7 pun ada orang lagi datang nak makan, sini pukul 4 nak angkut dah tapi nasib baik makanan still ada banyak lagi.

lin yg comel walau debab tapi die comel kan, aku suka tengok muka die

saya bukanlah sependek ini tapi sbb lin pakai high heels and saya pakai flat shoes sajoo *sila paham*

khaleef pun nak join

anak mommy

comel tak kitteww...siap ada lampu tau hidung tu



lepas tu kan nak bgtau minggu lepas masa aku pegi checkup hadif, nurse yang attend paksa aku buat pap smear. mula-mula aku tak nak sebab takut dan nak cepat tapi since dia bgtau tak sakit dan 5 minit je so aku pun redha je. memang tak sakit dan memang kejap je.

lepas tu die explain yang pap smear ni kena buat tiap-tiap tahun sampailah 3 tahun kalau result ok, barulah boleh tarik nafas lega sikit tapi still kena buat lagi cuma tak setiap tahunlah. aku harap aku punya oklah sebab dia bgtau kalau klinik call lepas 2 bulan tu maksudnya ada masalah.

lepas tu dia ajar cara nak check kalau-kalau ada breast cancer, memang berbaloi lah buat sebab aku dapat pengalaman dan pengetahuan baru.orang kata PREVENTION BETTER THAN CURE

apa kaitan ntah pap smear dan wedding...itu namanya entry rojak ye u olls. bye uolls

Comments

NinaAz said…
Aah. Comel lin tuuu. Hehehee
Btw. Sakit x pap smear tu. Wawawa

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

siapa suka jam casio?

this is sticky post, new post please read below :) hi u olls siapa suka jam atau suka kumpul jam. aku suka, hubby aku lagii suka. aku nak jual jam casio dulu untuk permulaan dulu, lepas ni aku nak jual jam vintage. aku ada beli jam vintage guess (aku buat sebagai hantaran ye). nati kahwin, aku tunjuk.  so, untuk permulaan, aku nak jual jam casio. jenama ni kalau korang penggemar jam (yang harganya mampu milik) korang memang kena ada satu sebab ianya memang trendy dan in sekarang. korang boleh tengok yuna, lisa surihani, hazama dan ramai lagilah (bagi kategori artislah) bagi kategori famous blogger like shea rasol, ami , maria elena dan ramai lagilah yang memang pakai jam ini. pendek kata, kalau korang perasan jenis perempuan yang stylo mylo ni memang akan ada koleksi jam casio *jenama lain pun diorang ada* tapi casio wajib ada satu.  so, mari kita cuci mata nak. tapi jangan tanya aku model apa ye. yang aku tau model data bank dan original :) berkenan email m...

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...