Skip to main content

dilema ibu bekerjaya

Assalamualaikum semua..

teruk kan banjir di pahang, tak terkata aku sebab tahun ni nampak macam teruk bebeno especially di bandar kuantan. kalau terengganu pulak kemaman dan kelantan pulak area pasir mas.

alhamdulillah, aku memang bersyukur sebab kawasan rumah aku sedari aku lahir sampailah sekarang memang tak pernah banjir. cumanya aku ingat lagi masa aku sek rendah, banjir agak teruk jugak, tapi tetap tak masuk area rumah aku cumanya kat jalan besar menghala ke bandar pasir mas dan aku sanggup jalan berkilo meter semata-mata nak main air banjir. budak-budak katanya. seronok ye, mana fikir air kotor ke tak tapi sekali tu je seingat aku sebab lepas tu terus dah tak ada banjir.

fam aku memang banyak kat kuantan tapi nasib baik air masuk paras buku lali je kat rumah tapi tetap teruk jugaklah sebab siap masuk rumah. kawan-kawan fb pun banyak, aku doakan korang bertabah. aku tau mesti banyak barang rosak dan kotor kan, semoga mangsa banjir mendapat pembelaan sewajarnya.

harini aku cuma nak berkongsi cerita je pasal cabaran jadi ibu bekerjaya. aku sedih sebenarnya tengok kat paper bukan main banyak lagi kes dera. baby sitter lambung anak, anak meninggal, anak lebam-lebam, anak koma dan banyak lagilah. 

dan ianya turut berlaku pada kawan aku dan staff aku. one of my staff pun sama, baby sitter tu suka marah dan pukul anak dia tapi dia terpaksa redha since dia nak tggu hujung bulan sampai gaji since husband kerja  security guard je. sekali lebam ok lagi, 2 kali rasa macam tak selesa tapi kalau sampai 3 kali memang boleh amukan. tapi dia tak der choice since suami tak berpendapatan tinggi.

dan terbaru, kawan aku sendiri...haih sakit hati aku dengar. anak dia umur 6 bulan patah tangan, bayangkanlah 6 bulan bukannya boleh gerak mana sangat, patah kat bahagian bahu samada tersentak, terpijak tak taulah. kawan aku ni baik orangnya, dia tak sampai hati nak report police tapi sekarang dia terpaksa ambik unpaid leave sebab anak dia kena jagaan rapi untuk tempoh yang lama.

ibu-ibu ni sebenarnya nak je berhenti kerja tapi kalau suami dok harap gaji isteri malah boleh dikatakan isteri penyumbang terbesar perbelanjaan family, macam mana nak hidup. bukannya nak mewah sangat pun tapi para suami tetap tak nak isteri berhenti kerja., bukan tak nak tapi tak yakin mampu tanggung family...huhu

nak hantar kat nursery/babysitter kena cari yg betul-betul elok, kalau anak lebih dari 2 seeloknya maid. maid pun kena cari yang elok dan sah, kang dapat yang gila naya je anak. kalau ada sedara yang dekat  dengan rumah  like mil, auntie, atau relatives takperlah. haih, dilemma betul

so kepada Dato Sri Najib, kalau betullah anda ingin menjaga kebajikan rakyat, dengarlah luahan hati para ibu bekerjaya dan buatlah solution agar para ibu boleh bekerja dengan hati yg lapang 



my everything, my heart, my soul


Comments

ddjfr said…
dd pernah tulis kat blog pasal ni.anak dd no.3 tu dulu duduk dengan pengasuh lain.

series sakit jantung tiap kali balik mesti ada cerita baru.last dd igt dia bgtau anak dd makan abu rokok.memang lepas tu terus cari pengasuh lain.pengasuh lama puas kata takde org dh nak jaga budak..iye.dia sangat perlukan duit tapi dalam masa yang sama jaga lah anak orang seamanah yang boleh.memang dd tak bagi muka la dengan pengasuh lama tu.dia byk kali hantar msg nak jumpa hasya.mintak mahap laaa...
shida idris said…
macam mana dd tau hasya makan abu rokok....gile ah baby sitter sekarang, dengar cerita pun dah rasa seriau.

die contact dd sebab rindu hasya ke nak jaga hasya balik. so, saper jaga anak dd sekarang?

haih, dunia sekarang orang makin kejam dan gila

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot