Assalamualaikum semua,
Hadif dah setahun 2 bulan baru nak ceita pasal nieh...hahaha. lantakle labu, asal ada cerita ye dop...hihi. biasalah mommy memang sibuk kan, walau anak sorang je macam jaga anak 6. macam manalah mama aku boleh jaga kami adik beradik 6 orang dulu.
hadif macam biasa tetap suka makan, apa saja yang disuap dan di atas lantai. alhamdulillah, lepas makan kompem berak, dan 'memang busuk' sebab semua benda dah makan kan macam orang tua.
cumanya minggu lepas hadif tak sihat. sakit kaki, tangan dan mulut. kemain risau aku, hari khamis malam (malam jumaat) badan dia dah panas. then, jumaat memang demam, family aku yang lain semua keluar tapi aku dan hadif je dok rumah.
masa tu dia dah cranky tapi aku menyusu banyak-banyak. hadif kalau demam, memang aku akan bagi susu lebih kerap. malam tu which is malam sabtu, dia menangis tak berhenti. tidur sejam, bangun nangis sampailah ke pagi. aku memang tidur tak lena sangat malam tu.
pagi tu, aku ajak husband g klinik. aku sebenarnya tak suka ke klinik dan bagi hadif ubat. sebelum ni, mmg aku tak bawak hadif ke klinik kalau dia demam sebab aku akan tengok dia punya reaction. so far, badan demam tapi dia still aktif, makan dan menyusu, so aku tak risau.
tapi yang ni, menyusu tak nak dan asyik menangis. so, aku bawak dia ke klinik perdana ( doc dia pakar kanak-kanak). tak terfikir nak masukkan dia ke ward. doc tu bgtau dia kena infection HMFD. dia tak boleh keluar jumpa org ramai dan tak boleh hantar nursery.
2 hari aku EL sebab hadif sebab nak jaga dia sendiri. aku tak harap pada daddy dia sebab dia cukup cranky, menangis je the whole time. semua tak kena sampai aku pun hampir nak menangis. tapi, hadif memang gagah sebab dia tetap nak makan ye walau ulser penuh kat bibir, lidah dan langit. bayangkan.
cuma dia tak kunyah, terus telan dan kena paksa dia minum air. dia memang tak nak minum air sampai aku paksa minum dengan shringe. mulut dia langsung tak bagi org sentuh tapi aku nampaklah ulser tu time dia menjerit.
sbb tu jugak, dia tak boleh breastfeed. bayangkan 3 hari hadif langsung tak breastfeed dan pump aku rosak. 3 hari tu aku pump secara manual which is sooo tiring and time consuming. nak nangis tahan sakit tapi tetap kena pump sebab aku tak nak susu drop.
sampai hari ketiga, kakak ipar aku bgtau anak kawan dia kena benda yg sama dan dia pergi bawak jumpa tok bidan. pegilah kami, tok bidan bagi daun suruh tumbuk dan sapu kat leher sebab tengkuk dan membengkak dan juga air untuk minum.
magically, malam tu hadif boleh tidur lena dan aku pun pergi kerja pada hari selasa. balik kerja, hadif dah boleh menyusu.
hampir seminggu jugak aku tak gosok gigi hadif dan 2 hari lepas, aku cuba nak gosok tapi gusi berdarah, aku dah cuba gosok seslow mungkin, tak taulah pasal HMFD atau benda lain. aku kena check balik.
so, tips untuk mommy yang ada anak 5 tahun ke bawah memang berpotensi besar dapat sakit ni sebab ianya sangat senang berjangkit:
1) kena paksa anak makan dan minum untuk elakkan dehydrate - buatkan bubur yang senang ditelan, yang tak payah kunyah dan bagi minum dengan shringe kalau dia tak nak minum dengan cawan.
2) kalau rasa insecure, masukkan dalam ward (aku tak terpikir pun nak masukkan dia dalam wad) so nurse boleh masukkan air dalam badan
3) kalau bahagian luar, doc akan bagi calamine lotion. tapi since hadif kena dalam mulut, iaitu bahagian langit, lidah dan leher tu yang susah dan sakit.
4) bahagian bawah dagu boleh campur daun. tapi daun apa aku pun tak sure since tok bidan bagi (cumanya dia suruh cari daun delima, cermai dan cekur manis) dan daun lain dia bagi siap2.
5) jauhkan dari kanak-kanak yang lain dan jangan pergi tempat ramai orang.
![]() |
dah sihat |
![]() |
ni masa pergi kenduri kawan |
![]() |
teman mommy sukan kononlah |
![]() |
the latest, masa otw balik dari cameron |
Comments