Skip to main content

udah-udah la tu

Assalamualaikum semua,

Aku doakan semua pembaca blog aku ni dikurniakan kesihatan yang terbaik, diberikan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan. insyaAllah, amin.

dah lama kitteww tak bergossip, nak bergossip la harini. nak gosip kena mood manja-manja skit kan "lempang sedas baru tau".

korang minat kpop tak, aku rasa ramai yang minat tapi lagi ramai yang benci. aku tengok cerita korea. serius tak tipu. in fact ramai kawan aku tengok cerita korea. masa aku kat opis lama dulu, kawan aku yg lelaki, tuan muka garang, kalau tengok muka memang tak akan percaya dia minat korea tau. tapi dialah supplier aku mintak citer korea baru.

kat opis baru ni, ada seorang akak umur dah 50-an pun peminat tengok cerita korea. so, memang korea ramai peminat. kpop aku tak sure.

kalau korang pernah minat personaliti tak kisahla berlakon, menyanyi atau ahli sukan, korang mesti rasa teruja kalau dapat berjumpa. apatah lagi luar negara. keterujaan tu memang akan ada lebih-lebih lagi perempuan dia akan ada satu perasaan gedik apabila berjumpa pujaan hati.

so, reaksi yang tengok pada adik-adik kita yang di konsert kpop tu tidak memeranjatkan aku. walau terang ianya tidak patut tapi aku paham. ehh, aku pun pernah muda dulu (nampak nau dah tua). zaman aku dulu, zaman 911, BSB, NSYNC. kalau aku boleh jumpa Justin Timberlake tu depan-depan dulu, aku pun tak tau apa yang aku buat. kompem aku peluk jugak...kahkah

maafkanla adik-adik tu semua, janganla dok mencaci sangat. sepatutnya kalau nak tegur, consert tu at the first place tak patut ada. alaa, usahkan kata adik-adik, abang anuar zain setiap kali buat konsert pun orang dok peluk dan cium lagi sampai dia tak nak turun stage.

satu lagi, minta maaaf sangat pasal kelewatan lokching tu sebab adik dan nenek aku masuk ward. sampai sekarang, adik aku tak discharge lagi. tapi aku janji aku akan announce this weekend and bagi TAWARAN HARGA MELELEH...hihi

nak cakap, dia ni sorang je aku tau nama..haha

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot