Assalamualaikum u olls,
Aku doakan semua pembaca blog aku diberikan rezeki yang melimpah-limpah ruah dan diberikan kesihatan yang terbaik.
Kelmarin baru aku share tips beli stroller, ni aku nak share lagi tips menjadi pekerja jutawan. Hamboihhh...ayat. serious ni bukan ayat menjual. ni solely untuk orang yang makan gaji dan tak suka/minat/ciri-ciri menjadi business people.
Haritu aku ada pergi seminar pelaburan di husm. Penceramah seorang yang sangat muda, baru 29 tahun tetapi dah ada 4 biji rumah. Bukan anak orang kaya dan bukan bergaji lumayan. Dia cuma seorang banker di Maybank sahaja. Dan paling best lagi, dia berjaya membeli rumah pertama pada umur 23 tahun, dan rumah ke-4 bernilai lebih 1 juta yang dibeli tahun lepas.
Amazed enough. Ada lagi tau, dia buat semua tu hanya dengan gaji dia. Maksudnya, dia tak ada buat side income ke, extra income ke like menjual kain, lokcing, kek (macam aku) atau join mlm ke, business netwrking ke. NO
kat sini, aku nak share tips yang aku rasa sangat terkesan. strategi macam mana nak jadi pekerja jutawan macam dia, kalau korang nak tau, boleh je tanya aku. kalau dia bagi kebenaran, insyaAllah, aku sanggup share.
1) lifestyle and spending kita cenderung mengikut gaji kita.
contoh: kereta. kalau gaji 1000++ kita beli viva
kalau gaji 2000++ kita beli myvi
kalau gaji 3000++ kita beli kereta import tak kiralah Toyota ke Honda ke
dia cadangkan kita hidup di bawah gaji kita. untuk first time kerja, fresh graduate, dia sarankan beli je kereta second yang masih elok. kenapa nak menanggung hutang. sebolehnya, jangan buat loan. beli kereta secara cash.
kalau gaji kita RM3000, dia suruh simpan RM1500 setiap bulan. apabila dia bgtau macam kita pada orang lain, semua akan bagi alasan, matilah saya hidup dengan gaji 1500 saja. dia bagitau begitu ramai orang yang gaji kurang dari 1500 malah 1000 masih je hidup sampai sekarang *ni aku terasa*. kenapa mereka tak mati pun. dia suruh ubah cara hidup macam orang gaji 1500. boleh ke korang?
2) delay gratification
paham ke tak paham. maksudnya, kalau nak membeli dan nak spend duit, tangguh. kalau benda tu bukan keperluan, tak payah. contoh melancong. kenapa nak melancong berkali-kali setahun. dia bgtau selama dia hidup, ni kali kedua dia nak flight. kali pertama masa sek rendah. dan kali kedua masa dia datang kelantan bagi ceramah ni lah.
dia memang tak pergi melancong sebelum ni disebabkan ada matlamat yang belum selesai. tapi insyaAllah tahun ni dia akan travel ke Europe with his family.
korang mampu. yang ni, aku rasa memang macam kena lempang. aku hari-hari stalk ig orang menjual, kalau tengok kain atau benda yang aku suka, siap termimpi-mimpi....kahkah. korang boleh buat tak.
itu jelah yang mampu aku share, banyak lagi sebenarnya. best tak tips nieh. kalau best, cuba like skit
dia punya nota, sangat sempoi |
Comments