Skip to main content

second pregnancy journey

Assalamualaikum semua,

Aku doakan semua pembaca blog aku kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, aku sihat je cuma batuk yang agak teruk sekarang ni. Kalau batuk je, asyik nak terkencing (-__-).  Kalau nak tau, aku belum lagi buat buku merah tau. Sindrom anak kedua memang macam tu kan, konon dah pro...kahkah.

Kalau korang nak tau, aku dan adik aku berkahwin sama-sama pada tahun 2012. Tapi dia dulu preggy after 2 months married, aku pulak after 4 months. Aku memang target nak preggy awal-awal dan alhamdulillah diberi keizinan olehNya. Masa first pregnancy, tak banyak aku buat. Aku just check period aku je dan kira hari-hari subur.

Selepas beranakkan Hadif, aku tak kisah pun kalau preggy lagi tahun depan. Tapi aku punya target 2015. Masa awal-awal 2015 dulu tak terasa sangat pressure since timeframe ada lagi tapi masa hujung tahun 2015, aku dah start cuak sebab aku memang betuk-betul nak preggy lagi. Tapi aku tak nak preggy hujung tahun sebab aku tak nak beranak di bulan puasa. Cukuplah Hadif sorang, aku kena ganti puasa sebulan...huhuhu.

Apa yang aku buat, aku pun install period tracker, submit banyak sikit application. Yee, kalau nak tau, aku dulu pakai hentam je submission, tak check date. Ala, macam korang nak submit resume lah, kena check la company tu sesuai tak dengan qualification korang kann. Jangan main hetam je. Lepas dah check, kenalah submit sokmo. Takkan la takder satu pun lekat. Tapi jangan stress.

Ada lagi tips tauu, kalau lepas bersama, jangan cepat-cepat nak ke tandas tauu. Tahan dulu sekejap dalam posisi bontot korang biar terangkat sikit. Sendal dengan bantal maksud aku. Ni aku dapat tips dari someone dan aku rasa boleh pakai (taktaulah samada korang dah tau ke belum tips ni).

Lepas tu, aku still tak preggy. Kalau nak tau selepas beranakkan Hadif, period aku stop dalam tempoh 1 tahun 4 bulan. Tapi selepas tu, period datang every months tetap, kalau beza pun sehari dua. So, aku memang senang nak track period. 

Masa tu, aku dah fikir kalau 2016 aku tak preggy lagi,aku nak bekam. Bekam itu sunnah ye dan memang sangat bagus, aku pernah cerita pasal aku bekam di kepala dan sampai sekarang aku tak pernah sakit kepala lagi. Salah satu mukjizat bekam ialah bagi pasangan yang belum dikurniakan anak walau dah lama kahwin, boleh try bekam. Itu suggestion akulah. Tapi aku tak sempat buat. 

Hujung tahun 2015, aku semakin terdesak nak preggy sebab kenapa umur dah tak muda (tak nak mengaku dah tua). So, aku ubah strategi, nak tau apa aku buat. Hujung tahun haritu ramai kawan-kawan dan rakan sekerjan aku pergi umrah, so aku dengan muka tak malunya kirim doa kepada mereka. Alhamdulilah, semuanya terima.

Tak kisahlah diorang baca atau tak sebab takkan la kita nak sibut-sibuk tanya kan tapi sekurangnya kita dah berusaha. Then, masa bulan 12 period aku tak datang. Aku dah boleh agak aku preggy since period aku tak pernah lewat dan simptom-simptom mengandung memang ada. Tapi aku malas nak bising since masih sangat baru.

Aku cuma beli pregnancy test kat farmasi dan Alhamdulillah ianya POSITIF. baru-baru ni aku pergi check kat doc dan scan. Tapi sampai harini tak buat lagi buku merah sebab rasa malasnya nak pergi. Dasarrr

Doakan kehamilan aku berjalan dengan smooth dan semoga aku dapat baby yang sempurna dan sihat ye

hadif fresh from oven

hadif a week later. sebab kena tahan nicu, jaundice teruk sangat

hadif 2014

hadif 2015



Comments

ddjfr said…
congrats shida.

teruk tak alahan kali ni? hehehehe.
nora razalli said…
happy 2nd prgnncy! :)
anak 2nd mmg slalu org p buat bku lambat.
mlas nk g kk byk kali katanya ...hihihi





JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html
shida idris said…
sory baru reply komen dd, tak perasan. awal-awal agak teruk tapi sekarang makin better cuma mual tu mmg sentiasa ada. bukan pagi je sampai malam. nak tahan diri dari makan asam tapi apakan daya ku tidak berdaya...huwaaa

kan...ada kawan cadangkan pergi nanti 5 bulan baru buat buku merah. ishhh, mau kena bebel oleh misi 3 hari 3 malam. semalam baru buat buku merah

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot