Skip to main content

kisahku diviral oleh beautiful nara dan siakap keli

Assalamualaikum semua,

Aku doakan pembaca blog aku dikurniakan kesihatan dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa di dalam rahmatNYA.

Yes, im still preggy, 39 weeks already. Tak ada tanda lagi baby nak kuar sebab aku belum lagi rasa sakit. Aku mintak sangat supaya minggu depan beranak. Tak maulah kena induce ke apa sebab sakitnya ya ampunn. walau tak pernah rasa, tapi baca dari pengalaman orang pun dah seriau.

Harini aku nak share pasal status aku hari Khamis di viral oleh Beautiful Nara (Amazing Nara), Siakap Keli dan satu lagi page (lupa nama sebab tak pernah baca). Famous kejap, kejap jelah. Perkongsian ringkas je tapi tak sangka ramai yang tak tau. Sebab tulah kalau boleh, biasakan diri untuk share tips atau apa saja maklumat supaya ianya boleh jadi ilmu baru kepada orang lain. Kadang-kadang kita rasa nothing je kan ilmu tu tapi bagi orang lain sangat berguna.

Korang dah baca belum, ni link ada di bawah:

1) Amazing Nara
http://amazingnara.com/wanita-ini-kongsi-tips-untuk-kenal-pasti-produk-kecantikan-yang-selamat/

2) Siakap Keli
http://www.siakapkeli.my/2016/08/wanita-ini-kongsi-tips-untuk-kenal.html

3) Kisah Benar

http://bacaviral.com/2016/08/wanita-ni-dedah-cara-mudah-nak-tau-produk-kecantikan-tu-bahaya-atau-tidak-jangan-terkejut/

Siapa yang tak baca lagi perkongsian ringkas aku tuh, boleh klik kat link tersebut okeh. Serius, tak sangka tips ringkas pun boleh diviral. Nasib baik viral benda yang baik kan. Alang-alang tu, meh aku share my pimple journey. Kemain lagi kan.

Ok, pada sesiapa yang tak tau, aku memang ada masalah jerawat teruk. Bukan aku saja, 4 daripada 6 adik beradik ku pun sama. Start je period, jerawat penuh naik kat muka. Self esteem tak yah cakaplah, memang kelaut sebab yelah perempuan tengah nak menggedik tapi muka penuh jerawat kecik dan besar. Sebab tulah time aku sekolah menengah takder orang nak mengorat (-__-).

Sampaikan ada sorang kawan aku pernah cerita (masa tu dia tak kawan lagi dengan aku) yang dia pernah termengumpat bagitau kawan dia yang lain, dia ni tuan kecik tapi jerawat besar. Time jerawat besar tu, pernah ada orang tegur 'besarnya jerawat dia'. Masa tu, aku rasa nak tumbuk je lelaki tuh dan diri sendiri.

Masa tu jugak, mana ada produk kosmetik macam sekarang. Aku pulak takder duit kan, harapkan duit mama n abah. Apa sangatla produk aku boleh beli. So, aku banyak mencuba petua orang tua-tua dari yang masuk akal kepada yang tak masuk akal. Ada sekali tu aku pernah tepek bawang putih, esoknya bangun muka aku macam kena bakar, ada tompok hitam di pipi, terus aku ke hospital sebab takut tengok muka sendiri...kahkah.

Setiap kali sembahyang, takder lain yang aku mintak, aku memang mintak jerawat hilang tapi jerawat makin banyak. Sebab tu, kalau korang tengok aku kat luar, boleh nampak betapa banyaknya lubang-lubang jerawat di muka aku.

Masalah jerawat tu berlarutanlah dari aku sekolah menengah hinggalah aku masuk uitm machang. haaa...kat sini dia lain sikit sebab masa tu aku dah ada duit (aku memang buat joli duit PTPTN..huhu)


NAK AKU SAMBUNG CERITA KE? MEH LAYAN GAMBAR CLOSE UP AKU DULU (minta maaf tak leh share gambar yang muka aku terbakar masa pakai one of the local product sebab tak menutup aurat).

ni gambar 2014

ni gambar closeup tapi ada tepek sikit bedak, tak berani nak tepek yang tanpa bedak takut jadi mimpi ngeri korang

boleh nampakkan muka yang ibarat kawah bulan



Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot