Skip to main content

Posts

PRE PRDER LOKCING DIBUKA SEKARANG U OLSS ( 18/1/2015 - 23/1/2015)

Assalamualaikum u olls, Aku doakan semua yang membaca diberikan kesihatan yang terbaik dan dipermudahkan urusan. Masihkah ko ingat (lagu Kopratasa berkumandang). eceh, pagi-pagi dah jiwang. Ingat lagi tak aku pernah share pasal lokcing dan feveret food aku, kalau tak ingat tekan link bawah ye. feveret food aku    pernah makan lokcing Dalam tu aku dah cerita pasal lokcing ni. Tapi harini aku nak tambah lagi kenapa aku suka benauuu makan lokcing dan kenapa korang PERLU TAHU PASAL LOKCING. 1) tak muak - yeee, makan banyak-banyak dan hari-hari pun tak muak. cuba anda makan kepsi atau maggi hari-hari, muak tak. serius, tak leh telan. kalau anda boleh telan, anda memang power 2) dibuat dari ikan - semua benda benda dibuat dari ikan, aku memang suka. contoh mini karipap, karipap inti serunding ikan (ni jarang jumpa tau tapi kat Terengganu ada jual dan memang power. dia lagi power dari yang biasa like inti ubi, ayam, dll)  atau keropok. Pernah korang bo...

udah-udah la tu

Assalamualaikum semua, Aku doakan semua pembaca blog aku ni dikurniakan kesihatan yang terbaik, diberikan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan. insyaAllah, amin. dah lama kitteww tak bergossip, nak bergossip la harini. nak gosip kena mood manja-manja skit kan "lempang sedas baru tau". korang minat kpop tak, aku rasa ramai yang minat tapi lagi ramai yang benci. aku tengok cerita korea. serius tak tipu. in fact ramai kawan aku tengok cerita korea. masa aku kat opis lama dulu, kawan aku yg lelaki, tuan muka garang, kalau tengok muka memang tak akan percaya dia minat korea tau. tapi dialah supplier aku mintak citer korea baru. kat opis baru ni, ada seorang akak umur dah 50-an pun peminat tengok cerita korea. so, memang korea ramai peminat. kpop aku tak sure. kalau korang pernah minat personaliti tak kisahla berlakon, menyanyi atau ahli sukan, korang mesti rasa teruja kalau dapat berjumpa. apatah lagi luar negara. keterujaan tu memang akan a...

what is your favorite food?

Assalamualaikum semua, Aku doakan semua pembaca blog aku diberikan rezeki yang berlipat-lipat ganda dan melimpah limpah ruah. Aku tak nak lagi cerita pasal banjir di kelantan, sebab bagi aku ianya sangat menakutkan dan menginsafkan. cukuplah aku kata banjir 2014 bukan banjir tapi mini tsunami yang mana di kuala krai, pam station pun boleh tenggelam. cuba korang bayangkan betapa dalam tuh, ia ibarat lautan. tu belum campur dengan gua musang, rantau panjang, pasir mas, kota bharu. bayangkan jumlah penempatan banjir hampir 200,000.  aku sangat-sangat bersyukur rumah aku tak naik air, hanya di porch saja tupun sikit jah. AllahuAkbar, there is no word can describe the loss and pain they suffered. Apa yang aku mampu bagi hanyalah sikit bantuan tenaga dan duit. Harap ianya dapat membantu mangsa banjir sedikit sebanyak. Eh, aku bukan nak cerita pasal banjir tau tapi nak cerita pasal makanan kegemaran aku. eceh, macamkan orang nak tau dia punya feveret. alaaa, kita share lah ...

happy 1 year 6 months my baby

Assalamualaikum semua, Aku doakan semoga pembaca blog dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan diberi kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Satu lagi, jangan lupa bersyukur, bila bangun pagi, sebut alhamdulillah, bernyawa lagi harini, dan tengok orang sebelah pun masih lagi bernyawa. Tu nikmat paling besar, betul tak? harini aku nak cerita pasal hadif. takkan nak cerita pasal kek oren coklat je kan. Alhamdulillah, setiap hari memang ada orang beli. sekarang aku dalam proses nak luaskan pasaran ke kedai runcit, petrol station dan juga restoran. aku kena pilih-pilih jugak yang popular dnn dikunjungi ramai barulah cepat laku kan. once dah confirm, aku akan announce. 25 disember ni hadif akan setahun 6 bulan. tak percaya kan, betapa cepatnya masa berlalu. kadang-kadang apabila aku tengok hadif, rasa macam tak percaya dia dah besar. masih lagi tak boleh bercakap secara fasih, sekadar mama, daddy (daddy boleh pulak dia sebut tapi kalau suruh pan...

kalau oren dan coklat bergabung, tau tak apa jadi

Assalamualaikum semua, Aku doakan pembaca blog aku dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan yang berpanjangan. harini ada sedikit perkhabaran buruk yang aku terima di tempat kerja, yang membuatkan aku sedih. sebab khabar buruk ni terjadi akibat mempercayai cerita-cerita yang tak tau dari mana sumbernya dan akibatnya pergi menyampaikan berita tersebut kepada pihak luar. natijahnya, the whole organization affected and paling terasa tentulah orang atasan dan orang yang dituduh. apabila our CEO ceita di mana ada satu kes di Burma, 1000 orang mati dibunuh hanya disebabkan satu sms yang disebarkan berbunyik '2 orang perempuan Kristian dirogol oleh 2 pemuda Islam'. apabila diperiksa, sms tu adalah scam dan fake semata tapi kesannya 1000 orang meninggal. Nauzubillah. aku memang menangis masa CEO cerita tapi aku cuba tahan supaya tidak melampau sebab aku sedih sangat. so kawan-kawan yang dimuliakan sekalian. kalaulah berita ya...

KEK OREN COKLAT YANG MARVELOUS

Assalamualaikum semua Aku doakan pembaca blog ni sihat sejahtera dan dilimpah rezeki yang melimpah ruah. Tips dari aku, eh awal-awal lagi dah bagi tips, bagusnya blogger ni 'sharing is caring kan' kalau setiap kali berdoa, jangan mintak dimurahkan rezeki tapi minta rezeki yang melimpah ruah sebab Allah S.W.T hanya memberi mengikut sangkaan hambanya. Jadinya, mintak lebih-lebih dengan Allah S.W.T sebab Allah bukan macam manusia, lagi mintak lagi Allah suka. ok, selesai sesi tazkirah harini ye. harini aku nak share sesuatu sebab aku suka share benda yang bagus. korang suka tak makan kek. kek oren yang yang sangat best. ala, macam korang minum air peel fresh tu yang setiap kali tegukan ada sari buah tu, memang nikmatkan. ni korang makan kek oren...haaaa. kek oren yang RASA ORENNYA, IBARAT BERADA DI LADANG OREN LEPAS TU DITAMBAH PULA DENGAN LIMPAHAN COKLAT YANG MARVELOUS. perghhh...memang nikmat. kawan aku ni ada jual, apabila  dia up status kat fb, memang aku terasa nak...

idris's family

Assalamualaikum semua, Aku doakan pembaca blog aku kaya dan berjaya. Lama dah nak cerita, vacation ni memang best kan lebih-lebih lagi bersama family tersayang. Perghhh, dia punya excitement and happiness tu lain macam. Walau terpaksa berhimpit, tunggu queue nak masuk toilet, dengan bisingnya sebab masing-masing ada anak kecik tapi masih lagi tak dapat beat kegembiraan tersebut. Setiap tahun, kami pastikan ada jalan-jalan. sekitar Malaysia sahaja tapi yang penting kena berjalan-jalan especially adik aku yang sorang tu. kalau takder plan nak jalan-jalan memang bising. Cuma nak set date tu susah since adik aku Munira, dia cikgu so kalau nak jalan-jalan kompem kena tunggu cuti sekolah. Manakala adik aku Siti, dia dah hubby private comp so kalau nak jalan-jalan kena plan awal. Kalau jalan-jalan jauh, takder sapa nak drive pulak...haha. 1) Ni tahun lepas 2014 kat bawah ni takkan tak kenal kan, cameron highland, lama gila tak pergi tapi ada lagi best, adik aku langsung ...