Skip to main content

WEDDING STORIES 1 : solemnization dress

selamat berhujung minggu uolls especially for b2b

finally i can reveal my wedding stories. bukannya sebelum ni nak sorok ke apa, tapi selagi x confirm date, macam x manis nak bercerita. alahai, bajet retis kan aku...kehkeh.

terlalu banyak nak cerita, 1001 cerita ada. tapi kita cerita satu2 je dulu okeh. since aku punya wedding sangat simple, coz i love minimalist (atau dalam bahasa tersirat, budget x cukup....kahkah). aku banyak baca blog b2b yang lain, alahaiii rasa kecik je baca sebab orang lain punya rasa macam gah and sangat outstanding, aku punya pulak biasa2 saja.

tapi yelah, ikut kemampuan masing-masing. orang kata tanya purse anda, cukup tebalkah? so, jangan nak berangan sangat shida. baiklah. mula-mula kita bincang pasal baju dulu. teruja x? part ni aku paalllingg cerewet since aku memang particular bab baju.

oh, sebelum tu, aku bersanding sekali ngan adik aku. refer this entry . jadinya bayangkanlah aku kena buat 5 pasang baju. hayooihhh.

1) akad aku
2) akad adik aku (tetap nak baju baru sebab ada tema)
3) bersanding
4) sambut menantu aku
5) sambut menantu adik aku (pun tetap nak baju baru since buat kat dewan, nak glemer la sikit...kahkah)

semua orang akan kata, apsal x sewa? maaf, bukan nak berlagak tapi kalau korang lahir dalam family aku yang mana apa-apa baju mesti beli kain dulu, lepas tu tempah. masa kahwin pun korang x akan terpk nak sewa atau beli siap. ditambah pula dengan saiz badan aku sangatttttt halusss, jadinya untuk mengelakkan alteration yang maha hebat, aku memang pilih nak tempah.

tempah baju yang paling pening ialah TAILOR. kain aku x risau sebab aku boleh beli kat gulatis atau jakel, berlambak pilih je. aku sekarang dah terpilih tailor yang harga taraf designer so cukuplah aku rasa untuk sehelai, untuk berhelai-helai lagi,aku nak pilih orang lain. mak tak mampu noks

panjang pulak aku membebel, sebenarnya design dah ada, kain pun dah ada. cuma nak hantar je. oklah, ini design untuk akad nikah, inspirasi dari puan kelly tapi idea aku ambil dari blog rina hamid. aku suka idea dia sebab taste dia lebih kurang aku. selalu aku cilok idea dia. orangnya pun baik dan friendly

sebab aku suke sangat so aku ambil ilham dari ni


comel kan. ni french lace. RM600++ semeter. sila telan liur sekarang

butang itu pun aku suka


DIPERSEMBAHKAN

jeng jeng



my version, tungguuu dah siap aku update okeh....kehkeh.  aku beli kain di jakel, kl. beli cotton lace je pun. beli package sekali dengan baju melayu. package dia baju melayu satin tapi aku tukar. semua tukar sebab biasalah package bagi kain yang x best. baju melayu kain satin pakai kahwin bolehla lepas tu nak pakai pegi mana lagi. so membazir kan. so aku tukar kain yang berkualiti supaya boleh pakai hari biasa. 


fitting
masa try ni akak tu berapa kali cakap kat aku, keciknya adik ni. dok ulang-ulang ayat yang sama. ye kak saya tau. semua orang saya jumpa cakap benda yang sama (-____-)
hoho, perasan x beg aku pun lace sebab aku gile lace sekarang
banyak pilihan tapi kaler putih atau off white corak dia limited
sekian laporan dari pengantin paling comel *sila muntah*

Comments

Kayna said…
semoga semuanya selamat... InsyaALLAH
Kayna said…
semoga semuanya selamat... InsyaALLAH
shida idris said…
cik yaya - cotton lace tu x taulah berapa the exact price coz it comes with package.

tapi rasanya 200++ kot semeter, rasalah

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot