Skip to main content

WEDDING STORIES 12: bebelan b2b

assalamualaikum n hello

setiap kali bukak blog aku mesti akan tertengok daisy path sebelah kanan blog. mesti aku rasa menyampah yelah, kenapa setiap hari rasa makin cepat. sekarang x sampai sebulan pun. rasa nak bunuh diri je *exeggerate je*

banyak benda berlaku. nak cerita semua memang x larat dan ada yang too personal. so kita citer yang lite-lite sajalah.

pelamin
satunya, pasal pelamin. aku ambik 2 pelamin, mini pelamin dan pelamin. mini atas rumah, pelamin bawah (aku plan nak buat kat porch) but tiba-tiba abah aku x bagi buat pelamin bawah, jadi dua-dua kena buat atas. aku memang sakit kepala since atas rumah bukannya besar sangat tapi abah insist, so malas nak gaduh jadi dua-dua pelamin buat kat ats.

aku bukannya apa, kalau buat kat bawah, senang op nak shoot ambik gambar, angle yang bagus, nak shoot jauh pun xder masalah. kalau atas rumah, the place will be limited, so i have to find other alternative.

baju
mula-mula aku beli kain lycra untuk majlis bertandang, sekali tailor kata kalau buat baju x cantik, dia x nampak glemer. like jubah je. sudahhhh, aku x boleh orang kutuk kain pilihan aku especially kalau ianya tailor. so tadi, macam orang gila aku cari kain yang match dengan baju melayu. aku kena cari yang betul2 match sebab aku nak campur 2 color, so kalau cari yang x match like 3 color dah

cari punya cari, mula -mula pegi kedai kain murah dulu like kamdar dan nagoya. x ada, so pegila last choice gulatis. cari gulatis 6 tingkat pun x ada, so pegi gulatis satu lagi.at last jumpa but still not exactly, almost same like 80%. 
aku main beli je since hampir sama. tapi apabila diamati, alahai kaler dia memang x berapa nak lawa lagi-lagi my future hubby cakap kaler dia striking dan x berapa sama ngan baju melayu. bencinyaaaaaaaaaaaaaa. (lepas tu kena bebel sebab suka-suka nak tukar, kemain lagi mula-mula nak matching) lagi buat aku xder mood, tapi malas nak tunjuk depan dia.


banyak lagilah especially bab duit, lagi pening kepala. semua benda pun nak duit. majlis 3 hari je tapi peningnya berbulan-bulan. sabar shida, sabar lepas ni boleh tarik nafas lega panjang -panjang. x sabar nak habis kan semua ni n i really hope my wedding will be running smoothly and everyone will be enjoyed the moment :)


iklas
dari pengantin haru biru

Comments

ddjfr said…
haha.sabar.biasa la tu kalau tgh buat preparation,lagi plak utk kawen.memang rasa tak puas2..
shida idris said…
haha, kannn. ada je yang x kena. haih

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap