Skip to main content

WEDDING STORIES 9: kursus kahwin

selamat malam perempuan kesayangan semua

aku rasa kebanyakan yang baca blog aku mesti perempuan kan. ke ada lelaki? hi lelaki semua.....wahhh giteww, konon-konon bajet ramai baca..hikhik

aku dah ceritakan tentang kursus kahwin sebelum ni. so basically kursus kahwin ni dia cerita tentang kahwin lah kan.contohnya

1) perkahwinan dalam Islam/akidah
2) hubungan dalam keluarga/pengurusan konflik suami-isteri
3) pengurusan kesihatan/stress
4) ibadat/akhlak
5) prosedur perkahwinan/talak
6) komunikasi suami isteri/pengurusan keluarga

inilah topik yang dibincangkan selama dua hari tu. banyak tips yang aku perolehi dari penceramah atau kita panggil ustaz jelah. aku memang enjoyed dengar talk walau ada yang agak membosankan. 
maklumat-maklumat yang aku dapat dari 2 hari kursus

1) kenapa benda wajib kena niat ialah untuk membezakan ibadah dan adat
2) setiap kali bersuci kena gunakan air baru (x boleh gunakan air yang sedia ada). sebagai contoh air yang ditinggalkan di dalam baldi
3) abang kandung x boleh jadi wali walau ayah kandung sudah hilang bertahun-tahun
4) talak tetap jatuh walau tengah haid atau pregnant cumanya suami akan berdosa
5) kalau talak dibuat melalui sms tidak dikira, kerana talak kena dilafazkan (kalau x niat x jatuh talak)
6) akikah yang sebenarnya ialah rambut bayi dicukur habis - timbang berat rambut - bayi beli emas berdasarkan berat - sedekahkan )
7) kalau menyambut bayi kena azankan di telinga kanan even lelaki atau perempuan manakala qamat di telinga kiri

"correct me if im wrong sebab aku pun macam dah ingat-ingat lupa "

apa yang aku ceritakan ni kebanyakannya penceramah bagitau yang masyarakat melayu kita dah ubah. kita buat lain dari yang dituntut oleh agama. contoh mudah:
- mengazankan bayi yang baru lahir - kalau korang perasan dalam drama tv, diorang akan azankan bayi lelaki telinga kanan, bayi perempuan telinga kiri. salah tu, manakala kadang-kadang kalau perasan diorang azankan kat tengah-tengah bukan kanan atau kiri.

yang sebetulnya macam aku bagitau di atas. banyak lagi contoh like akikah, mandi wajib, talak dan sebagainya. jadi kalau korang x tau, was-was sila rujuk pakar agama ye bukan suka-suka buat keputusan sendiri lebih-lebh lagi pasal kahwin dan agama.


kursus kahwin day 1


Comments

Zila Zainal said…
Love your blog. Followed :)
http://eatclimbrun.blogspot.com/
shida idris said…
thanks yang, dah follow awk jugak :)

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap