Skip to main content

malaysia vs arsenal

salam 4 ramadhan muslimin dan muslimat yang disayangi,

korang tengok x  friendly game between malaysia vs arsenal. serius, aku teruja tengok sebab malaysia jaringkan gol pertama pada first half. aku bertempik dah macam orang gila, mujur ditenangkan oleh my hubby sebab nanti orang ingat aku ngan hubby tengah gaduh...haha

mak memang hover kalau tengok bola kalau harimau malaya dan TRW main. kemain kan, so bila Azmi Muslim jaringkan gol, fuhhh bertempik lah. sebab yelah, malaysia kan mana lah orang sangka boleh jaringkan gol since kita ni compare dengan arsenal, alahaiii.

so, bila dah second half aku dah cuak sebab malaysia memang suka buat hal last minute. last time main ngan bahrain n singapore buat hal, so second half penentu segalanya. aku memang bangga dengan player harimau malaya cumanya aku expect kita menang. masa minit ke 85, aku dah macam tersenym lebar dan bgtau hubby, gila ah kalau malasyia menang.

tapi minit ke 87 dan 90, arsenal jaringkan 2 gol. terus frust gila, sebab hubby bgtau kita pernah menang dengan arsenal tapi cuuuukkkuuup lama, dalam tahun 40-an ke 60-an, lupa tapi kita menang 2-1. so, aku ingat kita boleh menang 1-0, or at least seri 1-1.

aku x suka tengok safee sali punya corak permainan sebab agak selfish. dia macam nak jugak gol walhal kalau dia passing bola kat orang lain, aku rasa kompem gol. benci mak!

tapi kan tapi kan, mak dah dapat pengganti apek tau. keeper ni memang terbaik, so lepas ni bolehla selang-seli ganti dia ngan apek *hugs dari jauh for farizal marlias*

apapun SELAMANYA HARIMAU MALAYA

Comments

Unknown said…
Tak sempat tengok sebab kene angkut barang :( Tapi ramai kawan kata game tu best gila.
shida idris said…
a'ah best cuma lepas subra ngan aidil keluar jadi kucar kacir. tu jadi 2 gol untuk arsenal

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap