Skip to main content

good news and not so bad news

assalam u olls,


dah beberapa hari mak x update blog sebab blog buat hal. xleh nak sign in, ntah kenapa ntah. melalui bb boleh tapi yelah kecik semacam je kan so malas.

ada macam-macam nak citer. 
pertama: aku baru dapat berita gembira semalam, adik mak dah preggy u olls. mak macam terkejut gila kot masa dia bbm. rasa macam, waahhhhhhh hebat laki ko. masa dia bbm semalam, 

mak cepat-cepat jeling laki mak dan bagitau dia yang dia x power macam roslan (laki adik). mak kena pegi berguru dengan adiklah lepas ni. serius, x sangka seawal tu since aritu mama ada bgtau saper preggy awal akan dapat hadiah istimewa. so, mak dah terlepas hadiah tu.....huhuhu




kedua: hari tu masa aku nak g bangsar dari rumah aku. traffic light depan lrt universiti. so, masa lampu merah of coursela kita berenti kan. depan aku ada kete naza kuning dan depan naza kete waja. so, aku kete ke berapa? kete ketiga la kan. sebelah ialah bas

dan lampu isyarat bertukar hijau, kita mestilah terus tekan minyak kan. so kete waja tu dah meluncur laju manakala bas kat sebelah agak lambat bergerak. kete naza depan aku pun pecut dan dia pun berenti mengejut. aku kat belakang, nasib baik kerana memang habit aku everytime drive jarak aku ngan kereta depan mmg jauh, so aku dapat brek tanpa berlanggar ngan kete depan.

ko tau apa yang lalu. sebuah bas rapid kl, macam haram kan. patutla bas sebelah tiba-tiba berenti tapi sebab kitaorang x nampak sebab dia datang bukan dari depan tapi dari tepi dan lalu depan kitaorang (kalau korang tau tempat tu, mesti korang tau).

memang terkejut gila kot nasib baik dengan hubby, dia suruh aku berenti sebab kete depan berenti mengejut. menyumpah seranah jugakla aku ngan hubby, rasa nak gi tumbuk je driver bas tu. driver kete naza depan aku tu bukan main menyumpah sebab aku tengok mulut dia kumat-kamit.

so, korang kalau drive sila jarakkan kereta anda. janganla follow dekat sangat sebab malang memang x berbau. kita dah cukup berhati-hati tapi orang lainnnn? 


Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

siapa suka jam casio?

this is sticky post, new post please read below :) hi u olls siapa suka jam atau suka kumpul jam. aku suka, hubby aku lagii suka. aku nak jual jam casio dulu untuk permulaan dulu, lepas ni aku nak jual jam vintage. aku ada beli jam vintage guess (aku buat sebagai hantaran ye). nati kahwin, aku tunjuk.  so, untuk permulaan, aku nak jual jam casio. jenama ni kalau korang penggemar jam (yang harganya mampu milik) korang memang kena ada satu sebab ianya memang trendy dan in sekarang. korang boleh tengok yuna, lisa surihani, hazama dan ramai lagilah (bagi kategori artislah) bagi kategori famous blogger like shea rasol, ami , maria elena dan ramai lagilah yang memang pakai jam ini. pendek kata, kalau korang perasan jenis perempuan yang stylo mylo ni memang akan ada koleksi jam casio *jenama lain pun diorang ada* tapi casio wajib ada satu.  so, mari kita cuci mata nak. tapi jangan tanya aku model apa ye. yang aku tau model data bank dan original :) berkenan email m...

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...