Skip to main content

MOVIE TIME : dredd


Assalamualaikum u olls,


Lama kan aku x buat review movie. sebenarnya banyak kot movie yang dah aku tengok, almaklumlah mak kan die hard fan movie. 

antara latest movie yang aku tengok ialah the cold light of day (lakonan bruce willis) tapi sebenarnya bruce willis berlakon kejap gila je kot. lepas tu terus je watak dia mati sebab kena tembak (ayarkk mak dah terlepas cerita). tapi cerita tu best jugakla sebab saspen dari awal hingga akhir.

tapi sekarang aku nak cerita pasal cerita dredd yang baru je aku tengok petang tadi. alang-alang harini cuti dan dapat movie murah, lagila semangat nak tengok kan. tapi selalunya aku tengok x tgk hari pun.kalau hari khamis, lagi semangat sebab cerita baru just release (-___-).

cerita die masa preview aku dah semangat nak tengok sebab aku memang suka cerita yang menentang kezaliman nieh. like batman, spiderman, battleship and banyak lagilah. kadang-kadang tengok citer macam ni, aku boleh nangis sebab excited sangat macam tengok citer battleship (-__-)

so, citer dredd ni tentang kehidupan zaman akan datang di mana rakyat memang hidup berpecah belah. kadar pengangguran sangat tggi dan menyebabkan kadar jenayah memang sangat tinggi. so, apa yang diperlukan ialah judges (dia macam polis tapi lagi talented dan boleh buat keputusan macam hakim).

judges ni mmg sangat penting sebab dia akan control jenayah kat negeri tu di mana dia akan tangkap dan report apa yang dibuat pada pusat kawalan. jadinya ada satu judges ni nama dredd (dia memang terkenal, of coursela hero katanya).

so, satu hari dia ditugaskan bersama satu judges yang baru (perempuan which is i dont know her name). dia kena buat penilaian terhadap judges baru ni. misi mereka ialah menyelesaikan 3 lelaki yang baru saja dibunuh iaitu mereka dibuang dari tingkat 200.

sebenarnya tempat 3 lelaki tu dibunuh dinamakan peach trees (bangunan 200 tingkat) yang mana penduduk seramai (lupa lak berapa ramai) tapi mmg ramai. sampai je kat tempat tu, ada seorang informer bgtau yg tempat tu diconquer oleh ketua jahat bernama Mama (nama mama ialah magdelia m_____ tapi singkatan jadi mama)

mama tu mmg jahat gila, so si judges baru ni seorang mutan (dia boleh baca fikiran orang). masa mereka serbu tempat si jahat berkumpul, judges ni telah menangkap seorang dari orang kanan mama. disebabkan mutan tu boleh baca fikiran, dia boleh tau yg si jahat tu adalah org yang membunuh 3 lelaki yang dihumban itu.

so, mereka nak keluar dari bangunan tu tapi bangunan tu telah ditutup oleh mama. mama telah memerintahkan supaya judges 2 orang tu dibunuh, kalau tidak tempat tu x akan dibuka semula. n the story begins


karl urban as judges dredd
sangat cool, mak dah jatuh cinta

judges dredd n the new judges

mama 


nasi tambah: omg, omg i cant wait for taken 2. liam neeson, wait for me

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot