Skip to main content

air gula enak diminum

selamat menyambut maulidur rasul untuk semua umat Islam. betapa bertuahnya kita dilahirkan dari keturunan Islam dan sejak dari rahim lagi dah beragama Islam. kadang-kadang kita lupa pada kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW tapi sekurang-kurangnya dengan menyambut malulidur rasul, kita terasa keberkatannya kann.

semalam, aku ada app denga doc for the second time. aku kena ambik darah, minum air gula dan scan. nilah first time aku minum air gula, dari hari tu lagi, aku rasa berdebar, takut tak terminum air gula tu. semua dok bgtau x leh telan sebab manis gila. aku memang takut ah, takut termuntah.

then, nurse bgtau haritu kena puasa, pukul 10 malam ke atas  xleh makan dan minum walau secuit. even air masak pun x boleh. aku dah takut sebab aku ni jenis selalu lapar. then, malam tu kul 10.30 malam aku berenti makan dan minum (nak jugakk lebih setengah jam kannn).

esok bangun pagi-pagi pegi klinik. nurse ambik darah (masa ambik darah ni, nurse x bgtau pulak kena datang semula ambik darah cuma dia bgtau kena letak buku merah kat bilik scan) then suruh minum air gula. 
aku mula-mula nak minum sikit-sikit air gula tapi akak kat sebelah bgtau aku, lagi elok minum sekaligus. masa ambik air gula tu aku try la sikit nak tau rasa dia, not bad. xderlah teruk sangat sampai x leh minum.

tapi nak menghabiskan tu memang agak nak termuntah jugaklah aku. tapi aku berjaya habiskan. habis air gula, aku pun pergi la kat bilik scan sbb memang ada app ngan doc untuk scan baby. doc scan baby aku dan dia bgtau baby xder masalah, lega aku dengar.

keluar je dari klinik, aku muntah kat longkang (sebenarnya masa menunggu nak masuk bilik scan, aku dah nak termuntah tapi aku tahan). berlari aku masuk ke toilet, nak masuk toilet tapi ada orang pulak. aku memang xleh tahan terus termuntah dekat sink. semua air gula aku minum tadi aku muntahkan.

lepas tu, aku g makan nasik pagi, balik umah aku still rasa nak muntah dan yeee aku muntah semua nasik tadi.

tapi tapi tiba tiba aku rasa pelik, buat apa aku minum air gula. sepatutnya, ambik darah lepas minum kan, sebab dia nak check kencing manis kan. aku tanya orang lain, sepatutnya memang buat macam tu, kalau aku tau memang aku x akan minum air gula tu. sia-sia je kan, aku manalah tau sbb ni first time preggy dan first time minum. lepas balik baru terpk (-__-)

panjangkan cup dia


Comments

TecerWidad said…
Baru ada peluang mai baca blog orang lain. Hari lain bizi kalah PM. PM takpa la, ada pekerja. Hehe

Tahniah. Jaga kandungan baik2. Semoga mendapat zuriat yang soleh/solehah.

Tips nak dapat zuriat yang rajin sembahyang, amalkan Surah Ibrahim ayat 40. Amal dari sekarang :)

"Rabbi-Ajal'ni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal duaa"

[14:40] O my Lord! make me one who establishes regular Prayer, and also (raise such) among my offspring O our Lord! and accept Thou my Prayer.
ddjfr said…
uihh.tingginya cup.kt sini dalam cawan yang cukup comey.konon nak tarik perhatian leteww..

dd tiap kali pregnant memang kena minum.sebab first pregnancy aritu dh ada kencing manis.memang muntah la kalau minum tu.wahahaha..
shida idris said…
dd - yeke, ada kawan shida anak dah 3 tapi x pernah kena minum air gula. adik pun x minum2 lagi.

tecer widad - auwww, malula tecer datang melawat kawasan....hehe. thanks for the advise, nati mak follow

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap