Skip to main content

DO N DONT'S : TUDUNG ETIQUE


ni bukan nak berceramah pasal agama yep. sebab aku ni bukannya baik sangat. tapi aku nak tanya korang semua la yang pakai tudung, purpose korang pakai. mesti mula2 sebab nak tutup rambut, aurat dan sebab WAJIB dalam agama ISLAM. ok, apa yang aku nak bagitau ni mungkin ada yang tersinggung tapi ini adalah pendapat aku saja.


image google

1) pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek amat - kenapa aku letak amat sebab kadang2 lengannya pendek sampai nak nampak ketiak. selalu dipakai oleh remaja perempuan yang baru nak belajar seksi tapi sebab rambut x rebonding lagi, terpaksalah pakai tudung....

atau oleh wanita yang pakai tshirt/blouse tapi yang berlengan pendek (aku boleh terima yang pakai tshirt besar labuh gedoboh lepastu pakai tudung) tapi x, yang ni blouse/ kemeja yang memang cantik tapi lengannya pendek dan dipakai oleh perempuan bertudung

sayangnya, tudung dah cantik tapi macam x kena kan....

image google


2) pakai tudung tapi nampak dada = haih, ko pun nampak dada shida, nak kepoh asal. bukan dada yang ditutupi baju....x bukan yang tu. dada yang memang nampak skin color anda, kalau anda putih, nampakla dada putih, kalau coklat anda memang orang melayu sejati (^__^)

ini gaya tudung yang betul ikat bawah tekak yang sampai nak bernafas pun x boleh. selalunya dipakai oleh makcik2 cleaner ataupun dipakai oleh orang yang nak pakai tudung tapi masih lagi x tau bahawa begitu banyak cara lilitan tudung terkini yang senang dan cantik.

cara pakai baju aku x nak tegur, aku nak tegur etika bertudung je. maksud aku kalau kita xleh tutup aurat properly, sekurang2nya biarlah kita tutup rambut proprely kan...

Dato'CT yg dabommm

3) pakai tudung tapi tetap nampak rambut= ok, semua macam pandang aku dan kata mesti nak kutuk Dato' CT kan. no no no, kenapa mesti tengok dia saja padahal ramai gle kat luar yang buat. okesh, aku pun pernah buat. bile dan kenapa?

alaaa, dulu kan mana ada shawl, pashmina, tudung sarung bagai ni. semua dulu pakai tudung bawal. tapi korang perasan satu x yang kainnya adalah jarang. serius jarang n boleh nampak korang punya rambut terang lagi bersuluh unless u wear anak tudung. so, dulu masa belajar aku pun pakai bawal tapi x pakai anak tudung n ramai kawan2 aku yang macam tu. unless betul2 alim barula pakai anak tudung sebab kalau pakai rasa x cool ('________')

cumenya kita jadi marah pada Dato' ct yang pakai tudng macam x nak pakai padahal kita pun macam tu. ramai lagi aku tengok sekarang perempuan yang pakai bawal tapi xpakai anak tudung. baikla pakai tudung sarungkan macam ekin ke syria sebab lagi senang dan x transparent


nak merepek lagi : teringat kata seorang kat opis aku (dia indian female), dia tanya kawan aku (what purpose of wearing tudng since i can see ur hair clearly and not only that i also can see rite now u are wearing blue earing) masa tu kawan aku pakai tudung bawal kaler krim, n die hanya senyap je.

rasa-rasa korang apa nak jawab?

Comments

ddjfr said…
yeah.dd suka entry ni..
sebab ada betul jugak.selalu rasa nak marah kalau nmpk awek pakai tudung baju ala2 sleeveless.

caya lahh!
shidaidris said…
thanks dd.....

kann...memang x sesuai kannn!!

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

WEDDING STORIES 21 : solemnization dress review

hello u olls sekarang tengah kemas rumah. sapu sampah dan debu, mop lantai dan dapur, basuh baju yang bertimbun, lipat baju yang menggunung sebelum kahwin lagi, tambah baju hubby lagi, makeover barang-barang, susun atur barang-barang supaya nampak luas rumah aku yg sempit ni, beli barang-barang wajib n bla bla bla. banyak x keje aku, tapi dalam banyak-banyak keje pun facebook sentiasa update kannn.  nak cerita pasal baju aku. aku rasa panjang sangat. so aku start ngan baju akad dululah ye. dari A-Z untuk kedua-dua belah pihak.  1)   bride material   - kain cotton lace beli di jakel (harga jangan tanya sebab dia satu package dengan baju melayu, lagipun jakel harga sentiasa berubah asalkan korang pandai tawar-menawar bolehnya murah. kain dia pulak chiffon silk (pun dalam package plus lining). so, aku dapat cotton lace 2 meter, chiffon silk 3 meter, satin lining 4 meter dan baju melayu 5 meter. groom material - kain valentro, berapa semeter aku pun l...

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap