ni entry membebel. asal shida? ada orang marah ko ke atau ko x puas hati ngan sapa-sapa. yee aku memang tengah panas, x puas hati ngan kamu. ye kamu, kamu dan kamu. tolong jangan jeling kat orang lain. kenapa? apa yang die dah buat?
AKU X PUAS HATI NGAN ORANG YANG SUKA MENIPU DUIT DAN HARTA ORANG
korang baca metro x, ye aku tau metro bukan akhbar yang elok, asyik cerita pasal jenayah, gossip dan benda negatif je. tapi kamu kena jugak baca untuk tau apa dia perkembangan terkini tentang apa yang berlaku kat rakyat malasyia nih. sebab metro, akhbar paling banyak cerita pasl nieh.
ok, x paham, jom aku buat contoh
CONTOH SATU - kamu terima call dari haji ustaz alim bin warak (selalunya private number) mengatakan kamu menang dalam pertandingan satu company. contohnya power rooot. kamu pun teruja (yelah nak dapat benda free kan) dan kamu ikutla apa yang die suruh, contohnya kamu diberitahu akan dapat sebiji kereta myvi se limited edition tapi sebelum tu kena bank in kan dulu duit sebagai duit servis (kononla) RM5000 (contoh)
kamu pun dengan hati yang berbunga, bank in tanpa fikir panjang, tapi last-last nan hadoooo dapat. aku nak tanyala kalaupun ada company bagi free barang, die mesti buat contest n kalau kamu menang, dia akn suruh pegi ke company bukannya kena bayar dulu baru dapat duit. lepas tu kamu kena pk lagi, ehhhh power root pun aku x pernah beli, macam mana boleh menang contest?
so, kalau terima call macam ni jangan dok menggelupur. tarik nafas panjang-panjang and pk ngan rasional.
CONTOH DUA - anda menerima sms yang berbunyi "anda adalah pengguna celcom (sekiranya kamu pakai celcom) bertuah kami yang ke 100,000. anda memenangi RM10,000.sile call num ni". mata anda dah berkilau, hati dah berdegup kencang. anda terus call tanpa pk panjang dan ikut arahan diberikan
die pun suruhla pegi ke mesin ATM dan membuat beberapa transaksi dan duit telah berjaya disedut oleh geng tersebut (cara yang detail aku pun xtau). dengar cni wahai pembaca budiman, kalaupun celcom buat contest bg duit percuma, anda pernah x join sebarang contest?
contohnya pernah, celcom x akan sesekali sms sahaja, kalau melibatkan duit die akan call terus. dan call akan keluar number bukannya private number. ngerti?
CONTOH TIGA - anda dapat call dari seseorang mengatakan dari bank negara malaysia yang mengatakan credit card and disalahguna di luar negara. anda mintak menghubungi nombor sekian-sekian. anda ngan tangkas call dan apabila bercakap, mereka menyuruh anda membuat beberapa transaksi dan akhirnya duit bank anda berjaya disedut ngan jayanya,
aku x taula nak cakap, mana ada orang BNM akan call kita dan bagtau yang credit card kita disalahguna. apa kejadahnya orang BNM nak call sedangkan diorang punye job bukan call orang. pk jangan terus gelabah, ikut apa yang orang suruh buat. luar negara pun xpernah pegi macam mana orang boleh amik korang punye credit card
CONTOH EMPAT - anda menerima email mengatakan akaun maybank anda akan ditutup. anda pun whattt? terus click di link tersebut, click lagi dan click lagi dan akhirnya duit anda berjaya ditarik.
apkehenya bank nak anta email macam tu. kalau anda pengguna mana-mana bank kat malaysia, diorang xkan anta email macam tu. pls alert
banyak lagi sebenarnya, cumanya aku nak cakap, TOLONGLA FIKIR DULU, JANGAN NAK GELABAH X TENTU ARAH. orang senang cakap duit boleh dicari tapi tau betapa peritnya nak cari. korang kumpul duit tu bertahun-tahun tapi disebabkan x pk panjang, duit hilang. ingat senang ke nak kumpul balik?
korang kerja siang malam, pagi petang, 12 jam, untuk bayar itu ini tapi akhirnya korang kena kencing ngan *si jahanam* ni duit gaji korang sebulan melayang. aku tau susahnya cari duit, kalau senang, semua orang dah kaya kot.
aku pun pernah kena dulu (cakap orang kan diri sendiri pun pernah kena (-___-)) tapi x melibatkan duitla (alhamdulilllah), iaitu tahun lepas beberapa hari sebelum raya, email aku kena hacked. ye, memang masa tu aku x pk panjang, dengan kalut nak simpan barang nak balik kg, dengan nak bungkus tudung untuk last delivery, aku pun ikutla email tu cakap yang die nak aku punye username n password.
sekali esok x boeh buka, macam ********. dan semua orang yang aku pernah email dapat email yang mengatakan aku kat overseas n xder duit. kalau aku jadi korang, komfem aku gelak sakan baca email tu, mesti aku akan cakap shida ni nak buat lawak ke apa? serius, aku x expect ada orang percaya.
nak tau kenapa? sebab email tu bgtau aku kat spain ke kat mana, lupala tapi negara europe, apa kejadah esk nak raya nk g europe. kedua, aku ni bukan orang kaya dowh, tempat paling jauh pernah pegi bandung (-___-). ketiga, email tu dalam english yang superb, english aku ni kelas cukup makan je. jadi tolongla jangan simply percaya especially bab-bab duit
tapi ada jugak percaya, kawan aku die marah kat aku. masa tu aku tulis kat facebook status *home sweet home*. yelah, aku baru je landing kat umah, kelantan. aku gelak-gelak je dan bgtau kelakar la ko nieh. malas aku nak membebel panjang.
peringatan : kalau lepas ni korang dapat email ke sms ke phone call ke surat ke apa -apa sajalah tolong check dulu. kalau melibatkan phone, calli telco phone anda, kalau melibatkan credit card, call cust service credit card anda, kalau melibatkan online internet, call cust service bank anda. xkan x tau cust service number kot?
dapatkan confirmation dulu tapi pastikan dari pihak yang benar sebenar-benarnya. okeh
Comments
siyes,ade je org terkene..kadang2 xambek tau..bile dh kene baru nk meraung....