Skip to main content

second pregnancy journey

Assalamualaikum semua,

Aku doakan semua pembaca blog aku kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, aku sihat je cuma batuk yang agak teruk sekarang ni. Kalau batuk je, asyik nak terkencing (-__-).  Kalau nak tau, aku belum lagi buat buku merah tau. Sindrom anak kedua memang macam tu kan, konon dah pro...kahkah.

Kalau korang nak tau, aku dan adik aku berkahwin sama-sama pada tahun 2012. Tapi dia dulu preggy after 2 months married, aku pulak after 4 months. Aku memang target nak preggy awal-awal dan alhamdulillah diberi keizinan olehNya. Masa first pregnancy, tak banyak aku buat. Aku just check period aku je dan kira hari-hari subur.

Selepas beranakkan Hadif, aku tak kisah pun kalau preggy lagi tahun depan. Tapi aku punya target 2015. Masa awal-awal 2015 dulu tak terasa sangat pressure since timeframe ada lagi tapi masa hujung tahun 2015, aku dah start cuak sebab aku memang betuk-betul nak preggy lagi. Tapi aku tak nak preggy hujung tahun sebab aku tak nak beranak di bulan puasa. Cukuplah Hadif sorang, aku kena ganti puasa sebulan...huhuhu.

Apa yang aku buat, aku pun install period tracker, submit banyak sikit application. Yee, kalau nak tau, aku dulu pakai hentam je submission, tak check date. Ala, macam korang nak submit resume lah, kena check la company tu sesuai tak dengan qualification korang kann. Jangan main hetam je. Lepas dah check, kenalah submit sokmo. Takkan la takder satu pun lekat. Tapi jangan stress.

Ada lagi tips tauu, kalau lepas bersama, jangan cepat-cepat nak ke tandas tauu. Tahan dulu sekejap dalam posisi bontot korang biar terangkat sikit. Sendal dengan bantal maksud aku. Ni aku dapat tips dari someone dan aku rasa boleh pakai (taktaulah samada korang dah tau ke belum tips ni).

Lepas tu, aku still tak preggy. Kalau nak tau selepas beranakkan Hadif, period aku stop dalam tempoh 1 tahun 4 bulan. Tapi selepas tu, period datang every months tetap, kalau beza pun sehari dua. So, aku memang senang nak track period. 

Masa tu, aku dah fikir kalau 2016 aku tak preggy lagi,aku nak bekam. Bekam itu sunnah ye dan memang sangat bagus, aku pernah cerita pasal aku bekam di kepala dan sampai sekarang aku tak pernah sakit kepala lagi. Salah satu mukjizat bekam ialah bagi pasangan yang belum dikurniakan anak walau dah lama kahwin, boleh try bekam. Itu suggestion akulah. Tapi aku tak sempat buat. 

Hujung tahun 2015, aku semakin terdesak nak preggy sebab kenapa umur dah tak muda (tak nak mengaku dah tua). So, aku ubah strategi, nak tau apa aku buat. Hujung tahun haritu ramai kawan-kawan dan rakan sekerjan aku pergi umrah, so aku dengan muka tak malunya kirim doa kepada mereka. Alhamdulilah, semuanya terima.

Tak kisahlah diorang baca atau tak sebab takkan la kita nak sibut-sibuk tanya kan tapi sekurangnya kita dah berusaha. Then, masa bulan 12 period aku tak datang. Aku dah boleh agak aku preggy since period aku tak pernah lewat dan simptom-simptom mengandung memang ada. Tapi aku malas nak bising since masih sangat baru.

Aku cuma beli pregnancy test kat farmasi dan Alhamdulillah ianya POSITIF. baru-baru ni aku pergi check kat doc dan scan. Tapi sampai harini tak buat lagi buku merah sebab rasa malasnya nak pergi. Dasarrr

Doakan kehamilan aku berjalan dengan smooth dan semoga aku dapat baby yang sempurna dan sihat ye

hadif fresh from oven

hadif a week later. sebab kena tahan nicu, jaundice teruk sangat

hadif 2014

hadif 2015



Comments

ddjfr said…
congrats shida.

teruk tak alahan kali ni? hehehehe.
nora razalli said…
happy 2nd prgnncy! :)
anak 2nd mmg slalu org p buat bku lambat.
mlas nk g kk byk kali katanya ...hihihi





JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html
shida idris said…
sory baru reply komen dd, tak perasan. awal-awal agak teruk tapi sekarang makin better cuma mual tu mmg sentiasa ada. bukan pagi je sampai malam. nak tahan diri dari makan asam tapi apakan daya ku tidak berdaya...huwaaa

kan...ada kawan cadangkan pergi nanti 5 bulan baru buat buku merah. ishhh, mau kena bebel oleh misi 3 hari 3 malam. semalam baru buat buku merah

Popular posts from this blog

macam mana nak jadikan baju anda yang kosong dan kusam MENJADI CANTIK, MENARIK DAN BERSERI-SERI

Assalamualaikum semua, WHATSAPP 0139729066 WHATSAPP 0139729066 Korang tahu kan, raya kita pada tahun ni ialah pada 6 Julai 2016. Ni dah nak masuk bulan 2, so maksudnya kalau korang masih tak pilih lagi baju raya atau masih pening nak buat baju style macam mana, aku ada sedikit idea sebagaimana di bawah: http://shidalife.blogspot.my/2015/12/baju-raya-2016.html Siapa yang kat sini  dah buat baju raya? tak kisahlah dah siap atau masih di tailor. Pilihan aku dan family setiap tahun memang plain. sebab apa, banyak kelebihan kain kosong ni. senang nak matchy satu family, senang nak jahit hiasan yang korang berkenan dan lebih nampak happening dan ceria gittewww. haritu aku ada cerita pasal hiasan kan. ni aku nak sambung lagi untuk memudahkan kerja korang. tak kisahlah korang buat jubah ke, kebaya ke, kurung moden ke atau kimono sekalipun, korang boleh tampal dokoh patch ni di baju atau tudung korang. kompem meletop baju raya korang. Percayalah. tak tau apa itu dokoh patch, tengok g

PART 3: POSTPAID CELCOM

okay, kita kembali lagi dengan topik hangat iaitu celcom. macam yang aku bagitau sebelum ni dekat entry ni . ok, macam yang kita tau kat malaysia ni ada dua jenis je iaitu postpaid n prepaid. hari ni aku nak terangkan dengan lebih lanjut pasal postpaid. biar semua orang paham dan jelas. x paham jugak, boleh tanya aku I WILL FOCUSED ON THE IMPORTANT CRITERIA: 1) billing cycle - what on earth is billing cycle. ok i will make u clear, billing cycle means when ur bill been closed every month. usually the date is 3, 7,13,23 n so on. u have to know the billling cycle coz its important to avoid ur call been barr. so, pls check ur bill. and make sure u paid ur bill before the next bill come out :) 2) barring/barred/barr - barr means u cannot make outgoing call n send sms. so, for postpaid customer they are been very particular and annoy if their phone been barr. they will easily been high tempered or sad or disppointed. please ya, ur acc will not been barr just like that. for sure, there is s

BENGKUNG MAKAN HATI U OLLS

Salam semua, Amboiihh kemain lama Kak Vidah tak update blog. Sorry sangat, cuma Kak Vidah nak share berita baik untuk kaum perempuan, para ibu, anak dara dan bukan dara. Kak Vidah nak tanyalah korang ni pernah pakai bengkung atau girdle tak? Amboi kemain straight to the point. Pernah dengar nama sajat? Ala yang popular tu sebab dia lelaki nak jadi perempuan. Mesti pernah dengar kan, kalau google nama dia, berlambak keluar. Kalau pernah dengar bagus, sebab salah satu produk dia memang bagus iaitu bengkung gold dan girdle. Kak Vidah namakan bengkung makan hati. sebab bila orang tengok, terus makan hati..kahkah adik ni review bengkung dalam blog dia latest bengkung size girdle makan hati tak tengok body Marion Counter. P REORDER DIBUKA SEKARANG BENGKUNG SIZE S DAN M AVAILABLE WHATSAP 0139729066 WHATSAP 0139729066