Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

im three months now

Hi u olls, Korang semua macam mana, sihat tak? jaga kesihatan yee, jangan  jadi macam aku. kalau time beli makanan tak sedar diri masih lagi berpantang, sian anak aku kena tempias. tadi terbeli tempe, kena marah ngan sorang colleague sebab dia kata nanti anak akan berangin, dia paksa aku buang atau bagi orang. mak ikut jeee...huhu anak aku dah 3 bulan, haritu pegi third jab dan check up. macam biasa, dia nangis kejap masa cucuk, lepas tu okay. jumpa doc for the first time, alhamdulillah, doc check hadif okay. check bird hadif pun ok. doc tanya samada aku nak merancang. aku bgtau aku nak fully breastfeed, so confirm tak preggy, doc bgtau tak semestinyaaa. ayaaaa, aku ingat selama ni kalau fully breastfeed, kompem tak preggy...kehkeh. dia suruh aku bgtau nurse nak merancang, nanti diorang cucuk, malas aku. serius, aku memang tak nak merancang, buat apa merancang, aku bukan muda. umur 35 aku nak berhenti beranak. so sebelum 35, aku nak redha je...hehe alhamdulillah, aku still

tips for hot mommy : perut kempis dan susu banyak

Selamat malam semua aku ada baca kat fb pasal tips untuk perut kempis dan aku dah cabar diri aku untuk start harini untuk tips tu, kalau korang rasa nak follow, boleh je, kita tunjuk sebelum dan selepas okeh...haha..kemain excited, sekali 5 hari dah minum ais. aku target sebulan je iaitu hingga hujung bulan 10. 1) minum air masak banyak-banyak. minimum 2 liter, kalau boleh 3 liter ke atas. lagi banyak, lagi bagus. air color atau manis tak dikira ye - yang ni bagi aku tak susah sangat nak follow, aku kat opis pastikan habis 2 liter air, cuma kat umah belum ada lagi botol air so aku tak boleh nak bajet. 2) minum air masak selepas makan makanan berat macam nasi, mee, steak dll selepas 30min atau paling elok 3 jam - ni agak susah, tadi aku cuba hampir nak tercekik jugaklah since aku makan dalam keadaan cepat *lapar sebenarnya sbb aku breakfast lewat*. tapi aku cuba minum seteguk je, lepas tu minum lagi 30min. kalau 3 jam memang surrender 3) kurangkan minum minuman berais

jalan-jalan, shopping, sending adik bongsu n etc

Assalamualaikum u olls, happy weekend for those who work offie hours minggu ni aku amik cuti since mama aku datang kl nak anta adik aku ke KLIA sbb dia punya cuti dah abis. 3 bulan lebih adik aku kat kg, kerja dia makan, tdo, keluar jarang-jarang dan sambung makan, tdo balik. grand kan adik mak....hahaha (-___-). then, macam biasalah kalau mama aku datang aktiviti aku bawak mama aku jalan-jalan dan shopping. supposedly abang aku, kakak ipar dan anaknya pun datang tapi adam pulak demam dan masih lagi tak elok demamnya. so, 3 tiket burn, abang aku suruh mama aku ganti....banyak cantik muka dia kan...memang taklerr mama aku nak ganti. DAY 1 food junction, mid sorang japanese, sorang korean DAY 2 ni kat paradigm mall impak kahwin sekali, anak puk lebih kurang sebaya, beza almost 2 moths je malis, lama x pekena kueytew n nasi lemak sebelah hadif siap tdo lena DAY 3 semua melaram ngan baju H&M kenapa adik aku kangkang lebar, aku puny

mommy and hadif

Assalamualaikum semua, Sedih betul kalau baca kisah yg melibatkan tragedi kanak-kanak nieh. kanak-kanak didera, dipukul sampai mati, terlanggar oleh ayahnya, ada penyakit pelik-pelik. kalaulah aku ada kuasa ajaib, aku nak kuasa di mana tak akan ada kanak-kanak yg mengalami tragedi yg menyayat hati. Sejak ada anak nieh, baca pasal kisah sedih siap boleh nangis teresak-esak..:( harini nak cerita pasal anak. hadif is getting bigger. yes, dia makin panjang, makin gemuk dan makin cerdik akal. kalau agah, tersengih gelak. kalau dia kenyang, dok senyap jeee dia. lepas tu kalau kita sibuk tak pedulikan dia, dia mengeluh. dahle kuat dan panjang....kelakar betul. tapi yang tak best, dia suka hisap tangan, bukan jari ye tangan. siap bunyik-bunyik..cop...cop. lepas tu kalau aku tegur dan marah,' hadif how many times mommy told u cannot eat your hand'. dia tengok aku, sambil sengih-sengih dan buat bunyi. hoi, mommy marah nieh...hailaaa anak. selain tu, mmg senang nak jaga dia,

breast pump pilihan hati

Assalamualaikum mommy, Semalam kecoh RON 95 naik 20 sen, harini RON 97 naik 15 sen, hamboiihh, tak sampai 24 jam. kerlasss PM kita. tapi rakyat tak boleh buat apalah kan sebab election lambat lagi, tunggu lah 5 tahun lagi, kompem rakyat dah lupa. masa tu mesti dah berkali-kali naik dah minyak. harini nak cerita pasal breastpump, so memang ditujukan untuk para mommy dan bakal mommy jelah. sebelum beli breastpump ni banyak jugalah aku survey nak beli brand apa. hajat di hati nak beli medela freestyle, tapi sebab harga dia,  telan liur mak...huhu. tapi medela memang brand yang bagus sebab kalau survey, mostly doc guna medela. satu lagi brand yang bagus, ameda. kalau beli package dalam 800++, so macam takperlah. then, adik aku beli rumble tuff kat enjoybreastfeed. masa tu dia beli harga package hanyalah RM404, saja memang murah. aku menyesal gila tak beli time tu, kononlah malas beli lagi sekali dah sold out. kalau korang tengok breastpump package nieh kat mana-mana website

im a proud breastfeeding mommy

Selamat malam u olls, Hamboih kemain kecoh minyak naik 20 sen kan. 20 sen je kot, kata sesetengah orang tapi dengan 20 sen tulah peniaga lain naikkan harga barang/makanan lain. Korang bayangkan teh o ais kat midvalley dari harga RM1.20 sekarang 1.90 kat oasis foodcourt. tuuu sebelum minyak naik harga yee sebab tu kalau beli air, aku ngan hubby beli satu je. bapak mahal lupakan pasal minyak, kecoh kemain pun harga tetap naik. tak dernya PM kita akan umumkan harga turun esok disebabkan luahan hati rakyat, kalau ada nanti nak dekat election, so tunggulah 5 tahun lagi yee.  arini aku nak cerita tentang breastfeed. yes, im a proudly breastfeeding mommy, aku nak bagi anak aku exclusive breastfeed kalau boleh sampailah umur dia 2 tahun. sebab terlalu banyak kebaikan susu ibu nieh kalau nak listkan satu persatu. malah dalam Quran pun ada bgtau sunnah menyusukan anak sampai umur 2 tahun. malah paling best kalau menyusu anak, kita tak payah makan pil perancang sebab kita memang ta