Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

BAJU RAYA 2016 - PART 1

Assalamualaikum semua

Aku harap semua pembaca aku di bawah rahmat Allah sentiasa. InsyaAllah, kat opis aku ramai tengah bercuti panjang, ada yang pergi umrah, pergi London, balik kampung atau cuti-cuti Malaysia. Aku hanya mampu tengok sambil telan liur, jelesnyaa. Bulan 11 haritu je, aku sempat ke kl tapi tupun tak puas hati dan ada benda agak buruk terjadi. Malas lah nak fikir dan ingat balik.
sekarang ni aku bukan nak cerita pasal cuti tau tapi aku nak cerita pasal raya punya outfit. jangan tak tau, kejap je lagi tahun baru tau, dah boleh beli kain dan tempah. dan fikir nak design macam mana, nak letak apa. meh sini aku bagi cadangan since aku ni suka benauuu scroll ig yang jual pakaian so aku dapatlah ilham sedikit sebanyak.
kalau aku jual baju-baju macam ni agak-agak korang nak beli tak? so, ni cadangan bagi aku, kalau korang nak follow, dipersilakan. aku punya cadangan ialah seperti di bawah:
1) kain plain - u will never go wrong with plain sebab korang boleh pilih nak letak apa …

nasi kerabu, nasi sup, western food dan nasi ulam yang sedak di kelate. SENGOTI SEDAK

Assalamualaikum semua,

Semoga pembaca bolg aku ni dipermudahkan segala urusan dan kaya berjaya di dunia dan akhirat.

Harini aku nak cerita topik yang best iaitu pasal makanan. atau lebih tepat lagi tempat makanan menarik di kelantan. ini adalah pandangan pribadi aku ye based on rasa, harga, servis dan tempat. aku seorang yang tak fussy bab makanan, bagi aku rasa tak perlu terlalu gempak asal servis cepat dan tempat sesuai untuk family, mmg akan jadi favorite aku.

since banyak sangat makanan menarik dan sedap di kelate nieh, aku bahagi ikut jenis-jenis makanan. haaa...rajin tak mak since ada orang request.


1) NASI KERABU

i) nasi kerabu azma

yang ni memang best dan favorite ramai. tapi azma punya nasi kerabu golok sebab tak ada tumis. kedai kat pasir pekan sebelah stesen minyak esso. aku dah baaaaaanyak kali makan since hari-hari memang lalu kat kedai tu dari office ke rumah. sampai dah muak...hahaha.

kedai dia sentiasa penuh orang, salah satu penyebab kenapa aku malas nak berhenti keda…

dont give any excuse derr, mommy i support u

Assalamualaikum semua,


Aku doakan pembaca blog aku kaya, berjaya dan bertaqwa dunia akhirat.
Lately, ada a few article yang aku perasan fb list suka share pasal comparison perempuan sebelum kahwin dan selepas kahwin. pasal appearance (makeup, body, clothing and bla bla).
dalam article tu tunjuk yang sebelum kahwin dan ada anak kemain vogue (badan slim, muka sentiasa bermekap, baju up to date dan kemas) pendek kata presentable.
lepas kahwin dan ada anak (badan kembang, muka pucat, baju kedut, tudung tak iron atau tudung instant). pendek kata, langsung tak menarik.
semua dok komplen, tak ada masa, sibuk, banyak kerja and the list goes on.
well, let me tell u a story:
mama aku anak 6. bekerja 8.00-5.00. tak pernah sekalipun aku nampak dia selekeh sampai sekarang.
dulu masa kitaorg kecik lagilah, sebab abah aku ialah conventional men (yang tak pernah tolong bab jaga anak, memasak, urus rumah). semua mama aku buat sendiri with no maid (adala orang datang tolong kejap-kejap) tapi still mama aku bua…

TIPS AND TRICKS SHOPPING DI BANDUNG

Assalamualaikum wbt

Aku doakan pembaca blog aku diberikan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa di bawah rahmat Ilahi.

Alhamdulillah, last week aku berpeluang sekali lagi ke Bandung. last time aku pergi tahun 2010 dan sekarang 2015. sejak kali pertama pergi, memang aku dah tanam impian untuk ke Bandung sekali lagi since aku memang suka shopping di Bandung.
Bayangkan masa 2010 aku pergi sana untuk 3 hari dan tiga2 hari aku ke Pasar Bharu borong kain hinggakan hari ketiga aku tak larat (sakit perut), aku balik ke hotel dengan menaiki beca (sakit perut yang serius). nasib baiklah hotel yang aku duduk tu memang dekat dengan Pasar Bharu. Last time aku duduk, Hotel Nova.
Tapi masa pergi 2010,aku tak berduit sangat so tak boleh shopping sakan. Masa tu pulak masih single. Kalini aku pergi dengan preparation yang cukup. aku dah tau nak beli apa dan pergi kat mana. aku cuma ada 2 hari untuk shopping dan aku tak akan buang masa.
Cuma sebab kalini pergi anjuran opis dan ramai orang, kesemua dala…

kuliah agama+shopping heaven+makan sedap = medan ilmu

Assalamualaikum everyone,

Aku doakan semua yang menziarahi blog ni sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Rindu nak menulis blog, harini ada masa terluang sebab '2 paper' dah siap so aku ambik skit masa. aku nak cerita pasal kuliah mingguan di medan ilmu kb.
kalau anda orang kelantan, mesti pernah datang sebab kuliah ni memang setiap hari jumaat. apa yang unik tentang kuliah ni, dia betul-betul di bandar kota bharu. yang paling best, dia bukan sekadar kuliah agama tapi jugak tempat orang mencari rezeki. 
apa benda yang tak ada dijual di kuliah ni. semua ada, korang cakap je. dari makanan like makanan kering seperti madu, kismis, buah-buahan, nasi berlauk, kuih muih yang pelbagai, dan banyak lagilah. barangan bundle like baju, kasut, cadar, beg atau pun barangan antik pun ada. ada juga barangan perkakas rumah dan barangan plastik.
selain itu, ada juga dijual novel underground, cd,vcd agama atau barang-barang rare pun ada. pendek kata, semua adalah dan paling be…