Skip to main content

kuliah agama+shopping heaven+makan sedap = medan ilmu

Assalamualaikum everyone,

Aku doakan semua yang menziarahi blog ni sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Rindu nak menulis blog, harini ada masa terluang sebab '2 paper' dah siap so aku ambik skit masa. aku nak cerita pasal kuliah mingguan di medan ilmu kb.

kalau anda orang kelantan, mesti pernah datang sebab kuliah ni memang setiap hari jumaat. apa yang unik tentang kuliah ni, dia betul-betul di bandar kota bharu. yang paling best, dia bukan sekadar kuliah agama tapi jugak tempat orang mencari rezeki. 

apa benda yang tak ada dijual di kuliah ni. semua ada, korang cakap je. dari makanan like makanan kering seperti madu, kismis, buah-buahan, nasi berlauk, kuih muih yang pelbagai, dan banyak lagilah. barangan bundle like baju, kasut, cadar, beg atau pun barangan antik pun ada. ada juga barangan perkakas rumah dan barangan plastik.

selain itu, ada juga dijual novel underground, cd,vcd agama atau barang-barang rare pun ada. pendek kata, semua adalah dan paling best, ianya memang happening. happening sebab penjual yang ramai dan orang pun ramai.

ada yang datang nak dengar kuliah je, ada yang datang jalan-jalan je. macam aku, datang mesti nak membeli *nampak sangat tak fokus dengar kuliah (-__-)*. aku pun baru 2 kali je pergi tapi memang aku seronok sebab boleh tengok gelagat orang, boleh tengok barang dan boleh makan...hahaha.

tips: kalau nak menjual memang boleh tapi kena tengok target cust sebab yang datang kebanyakan dah berusia dan berkeluarga sebab barang yang dijual mestilah kena dengan target cust tu.

dulu zaman arwah Tok Guru masih ada, memang penuh kuliah ni. rinduuunyaa Ya Allah. rindu nak dengar kuliah Tok Guru, rindu nak tengok dia senyum.

rinduuu. Al-Fatihah untuk Tok Guru

masa Tok Guru ada bagi kuliah, memang sentiasa penuh

kenapa dipanggil medan ilmu sebab setiap minggu ada kuliah agama

nenek ni kalau tengok dari dekat sangat tua, aku rasa dah 90an tapi sangat gigih dan gagah

pakcik ni jual madu, tapi bukan madu yang siap tu, sarang dia. aku pun tak paham macam mana nak buat

haaa..ni novel underground, memang takder kat kedai buku biasa

makcik-makcik ni memang banyak kat sini

barangan bundle. cakap je nak apa, semua ada

budak sombong

pemilik blog dan anaknya




kalau hari jumaat, memang banyak pasar pagi. nanti aku share pasar pagi wakaf bharu pulak ye. till then, bye

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot