Skip to main content

Posts

Showing posts with the label wan arjuna hadif

WAN ARJUNA HADIF turns 2

Assalamualaikum, Aku doakan pembaca blog ni kaya dan berjaya dunia dan akhirat. Alhamdulillah, jumpa lagi kita dengan Ramadhan. dalam kta sibuk nak gandakan pahala, nak sembahyang terawih 20 rakaat, nak khatam Al-Quran, nak sembahyang dhuha dan tahajud setiap hari tapi jangan dilupa benda yang haram harus ditinggalkan. Kadang-kadang kita (akulah tu) suka buat benda yang sunat tapi benda yang wajib agak kurang dijaga manakala benda yang  haram masih dibuat. Sebabnya kebaikan tu bukanlah diukur semata-mata dengan banyaknya amalan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang tetapi ianya diukur dengan banyaknya dosa dan amalan jahiliyah yang ditinggalkan. Astagfirullah Tapi harini aku bukan nak jadi ustazah sebab aku pun banyak kekhilafannya cuma nak sama-sama berpesan ke arah kebaikan. Harini sebenarnya aku nak cerita pasal hadif. Alhamdulillah, harini dia 2 tahun.  ingat lagi time pregnantkan dia, time beranak sorang-sorang, doc pulak orang negro hitam. sakitnya hany...

cukai wajib

Assalamualaikum Aku doakan semua pembaca aku dirahmati olehNya. harini nak citer pasal cukai tapi bukan pasal GST ye. nak muntah aku baca pasal GST kat timeline fb. setau aku, yang dah beberapa kali pergi seminar GST ni GST ni ada 3 kategori iaitu , raw food atau barangan asas ialah zero rated  GST tapi tetap ada kenaikan harga. top up lagi best, mula-mula ada, lepas tu batal, lepas tu ada pulakk. apa-apalahh, kita hanya boleh redha jelah kan. selingan dari website GST 36. Adakah mana-mana negara yang melaksanakan GST berjaya mengurangkan jurang antara kaya-miskin? Tiada kajian sedemikian pernah dibuat. 37. Sila terangkan apakah manfaat GST pada jangka masa pendek untuk isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan. Penambahan amaun BRIM sebanyak RM300 memberi kesan yang besar kepada tanggungan isi rumah yang berpendapatan rendah. (-___-) ni aku nak cerita, cukai wajib dari anak aku. sekarang ni kalau keluar je mesti kena cukai. hamboiiih dia pan...

kisah stroller hadif

Assalamualaikum semua, Aku doakan pembaca blog aku dipermudahkan urusan dan masuk syurga tanpa dihisab. harini nak cerita pasal stroller. aku memang stroller tegar. serius, even pergi pasar malam pun aku bawak stroller (-__-). orang lain perati je kat aku...kahkah. aritu pergi tempat tertutup ktc pun aku bantai stroller walau tempat sempit dan sesak. serius, aku tak boleh dukung hadif lama-lama. aku tak pernah ajar dukung hadif lama-lama since dia baby sampai sekarang. memang kadang-kadang hadif bosan dok atas tu kan tapi sebab dia dah biasa, dia redha jelah asalkan stroller tu bergerak. dan hadif langsung tak ada masalah tidur dalam tu. setakat harini, aku dah beli 3 stroller untuk hadif. aku pernah tengok certain mommy beli 4,5 stroller semata-mata untuk keselesaan anak. ibu anak sorang macam tulah kan. cuba anak 6, mau pengsan aku. stroller pertama dari sweet cherry. aku suka stroller ni sebab dia boleh guna since newborn until toddlers (25kg). stroller ni jugak...

happy 1 year 6 months my baby

Assalamualaikum semua, Aku doakan semoga pembaca blog dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan diberi kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Satu lagi, jangan lupa bersyukur, bila bangun pagi, sebut alhamdulillah, bernyawa lagi harini, dan tengok orang sebelah pun masih lagi bernyawa. Tu nikmat paling besar, betul tak? harini aku nak cerita pasal hadif. takkan nak cerita pasal kek oren coklat je kan. Alhamdulillah, setiap hari memang ada orang beli. sekarang aku dalam proses nak luaskan pasaran ke kedai runcit, petrol station dan juga restoran. aku kena pilih-pilih jugak yang popular dnn dikunjungi ramai barulah cepat laku kan. once dah confirm, aku akan announce. 25 disember ni hadif akan setahun 6 bulan. tak percaya kan, betapa cepatnya masa berlalu. kadang-kadang apabila aku tengok hadif, rasa macam tak percaya dia dah besar. masih lagi tak boleh bercakap secara fasih, sekadar mama, daddy (daddy boleh pulak dia sebut tapi kalau suruh pan...

hadif turns 1

Assalamualaikum semua, Hadif dah setahun 2 bulan baru nak ceita pasal nieh...hahaha. lantakle labu, asal ada cerita ye dop...hihi. biasalah mommy memang sibuk kan, walau anak sorang je macam jaga anak 6. macam manalah mama aku boleh jaga kami adik beradik 6 orang dulu. hadif macam biasa tetap suka makan, apa saja yang disuap dan di atas lantai. alhamdulillah, lepas makan kompem berak, dan 'memang busuk' sebab semua benda dah makan kan macam orang tua. cumanya minggu lepas hadif tak sihat. sakit kaki, tangan dan mulut. kemain risau aku, hari khamis malam (malam jumaat) badan dia dah panas. then, jumaat memang demam, family aku yang lain semua keluar tapi aku dan hadif je dok rumah. masa tu dia dah cranky tapi aku menyusu banyak-banyak. hadif kalau demam, memang aku akan bagi susu lebih kerap. malam tu which is malam sabtu, dia menangis tak berhenti. tidur sejam, bangun nangis sampailah ke pagi. aku memang tidur tak lena sangat malam tu. pagi tu, aku ajak husba...

YUHUUUU.........IM BACK

Assalamualaikum u olls, Semalam dapat computer baru, alhamdulillah. Lepas ni akan mula aktif berblogging, insyaAllah. Ko jangan cakap saja shida, buatnya tak, baiklah. Mula-mula nak cerita pasal hadif, kesian dia sejak demam haritu, dia agak cranky. tak tau kenapa, tapi asyik merengek dan menangis. bagi makan pun nangis, mandi pun nangis, dukung pun nangis, main pun nangis. which is not his attitude. Hadif anak yang amat menyenangkan sejak lahir sampailah sekarang, Alhamdulillah. dari berpantang sampai sekarang memang senang nak jaga dia, bawak dia keluar, bagi makan. sebab hadif hanya akan menangis kalau dia nak tidur dan tak sihat. selain itu, dia boleh main sendiri atau main dengan abang adam (sepupunya). kalau suap makan, memang dia akan buat muka cheeky sambil mulut berdecit-decit bunyi, memang kelakar gila cuma lately dia tetap makan tapi nangis. sampai kena marah dengan tokki (abah aku) sebab asyik merengek. masa demam tu oklah sebab dia tak sedap badan, tapi ni d...

hadif 10 months,cepatnyaaa masa berlalu

Assalamualaikum u olls, Baru je update pasal hadif 9 months, minggu ni hadif dah 10 months. nampak nauu kemalasan update blog aku begitu terserlah. Harini ada masa sikit, jom aku update pasal hadif.  aku happy sekarang kat kelantan, dok ngan parents, mauuu tak happy . oh, btw adik aku munira yang mengajar di sabah dah boleh trf ke kelantan. start sekolah baru semalam. semua terkejut kenapa adik aku cepat sgt dapat balik kelantan, walhal tak sampai 2 tahun dia mengajar di sana. ntahle, rezeki dan of course adalah guna orang dalam...hahaha setiap minggu pasti aku akan jalan-jalan ngan hubby and hadif. kalau tak jalan-jalan, hubby aku akan mengamuk (-__-). last week, aku pegi di taman tengku anis. first time pegi, yes im such a noob. taman tengku anis tu taman permainan. memang besar dan happening. ada kereta kuda, ada kereta/motor mainan bergerak, ada haiwan, boleh main air ( tak besar pun tapi cukup buat kanak-kanak happy). kalau ada anak-anak yang 1 tahun ke atas ata...

hadif 9 months

Assalamualaikum u olls Dari sehari ke sehari semangat nak update blog kian berkurang. bukan tak ada masa tapi pemalas...hahaha. tapi aku akan gagahkan diri jugak nak update since nak update pasal anak kesayangan. hadif makin aktif lepas sembuh demam last week. hadif ni jenis budak baik (puji anak sendriri boleh kan, kalau bukan mak dia yang puji, saper lagi), dia jarang meragam like menangis sesuka hati. mamatok panggil dia * budok tok bunyi soro * (budak tak ada suara) sebab suara dia jarang berbunyi. dia gelak ke, dia joget ke tapi mulut tak berbunyi...hahaha sebenarnya dia berbunyi jugak tapi mostly depan daddy n mommy dia je. tak kisahlah kan. dia still tak gagah lagi nak berjalan, kalau berjalan sambil pegang-pegang boleh tupun tak lama. hadif kuat makan, kuat minum susu tapi badan still kurus. cukup suka suapkan dia makan sebab dia telan je apa saja.  mula-mula suap breakfast, lepas tu bagi bubur, lepas tu bagi minum petang ( benda lembik like akok, pulut, apa ...

gambar hadif

ni random pics hadif since 8 months until latest one yesterday piccas tesco kb meriah hari jumaat masa shopping di jakel for baju raya hunting cuddling time with daddy ni baru bangun, time for brekkie

anakku 9 bulan dahhh

Assalamualaikum semua, Minggu ni macam minggu berkabung untuk rakyat Malaysia dan muslim. Aku malas nak ulas panjang cuma aku nak semua orang sedekahkan AL-Fatihah kepada semua penumpang dan petugas #MH370, penyokong Morsi #IM529 dan yang terbaru pagi tadi one of the favorite blogger amischaheera. AllahuAkbar, darinya kita datang, darinya jugak kita kembali :( Aku tak sanggup nak ulas panjang sebab hati akan sebak. Hidup perlu diteruskan cumanya harap kita mengambil iktibar supaya diri kita lebih dekat kepadaNYA. Amin Hadif dah 9 bulan kelmarin, oh how time flies. Tapi dia dapat hadiah tak best iaitu chicken pox, awal kan. Mula-mula hari Jumaat haritu, die demam, memang panas demamnya. tapi aku dah tak nak jadi mak yg kalut, demam je pegi jumpa doc. dulu masa dia first time demam (aku macam orang gila nangis-nangis sampai kena marah ngan husband...hahaha) sebab kalau jumpa doc pun dia tak bagi ubat sebab baby tak elok makan ubat. so, aku banyakkan bagi susu, setiap sej...

phone update yawww

Hi u olls Ni update guna phone, gigil la jugak but since lappy aku memang dah rosak so nak tak nak aku kena update guna phone. Harini pendek je, hikhik. Gila banyak nak cerita Kita mulakan dengan gambar hadif dulu okeh. Hadif dah 7 bulan tau Ni semalam punya cerita, nak beli baju renang utk hadif.

happy 6 months wan arjuna hadif

haha...kita bukak cerita dengan gambar dulu yee selamat malam eh selamat pagi u olls, aku tak boleh tido la, ni semua disebabkan kopi yang aku minum malam tadi. sebelum ni, aku tak der masalah untuk tido, siapa kenal aku taulah yang aku memang *pakar tido* telan la apa saja, duduk kat tempat asing, perut lapar tapi kalau aku mengantuk, memang aku boleh tido dengan senang tanpa masalah. sebelum ni aku buat kopi pun sama, aku ingat sekali tu saja, ni kali kedualah aku terkelip-kelip tengok kipas. tapi kali pertama esok kerja, so aku paksa jugak diri tido, kali ni malas. aku pegi amik roti sapu susu pekat sambil apa lagi ber blog kejap.   esok dahla aku ada wedding nak attend, kena bangun pagi...*pagi lah sangat*. aku nak cerita pasal anak malam yang tenang ni ye. kalau hadif ada, kang tersekat-sekat. hadif sekarang sangat kelakar yee, sebab dia suka buat bunyi. bunyi macam menjerit melengking tu dan sangat kuat ye. malam-malam aku ngan dia compete each other sapa ...