Skip to main content

kisah stroller hadif

Assalamualaikum semua,

Aku doakan pembaca blog aku dipermudahkan urusan dan masuk syurga tanpa dihisab.

harini nak cerita pasal stroller. aku memang stroller tegar. serius, even pergi pasar malam pun aku bawak stroller (-__-). orang lain perati je kat aku...kahkah. aritu pergi tempat tertutup ktc pun aku bantai stroller walau tempat sempit dan sesak.

serius, aku tak boleh dukung hadif lama-lama. aku tak pernah ajar dukung hadif lama-lama since dia baby sampai sekarang. memang kadang-kadang hadif bosan dok atas tu kan tapi sebab dia dah biasa, dia redha jelah asalkan stroller tu bergerak. dan hadif langsung tak ada masalah tidur dalam tu.

setakat harini, aku dah beli 3 stroller untuk hadif. aku pernah tengok certain mommy beli 4,5 stroller semata-mata untuk keselesaan anak. ibu anak sorang macam tulah kan. cuba anak 6, mau pengsan aku.

stroller pertama dari sweet cherry. aku suka stroller ni sebab dia boleh guna since newborn until toddlers (25kg). stroller ni jugak comfy for baby and spacious. aku beli masa hadif 2 bulan. harga 500++. sapa nak stroller ni bagitau aku. aku nak jual murah-murah tapi kelantan jelah.

tapi tapi stroller bulky and not portable. memang berat dan makan space kereta kecik aku. kereta aku tak ada bonet, kalau kereta yang bonet besar memang digalakkan. kalau korang tak ada bajet sangat tapi nak yang selesa, boleh consider brand ni.

see, memang spacious kan. hadif kemain syok tidur berjam-jam sampai semua kawan aku pelik budak ni pengsan ke apa

ni gambar baru jugak tahun lepas

dia ada palang, itu memang bagus.
palang ni macam-macam boleh guna tau, kalau pergi pasar, macam2 voleh sangkut..kehkeh



lepas tu hadif makin membesar. tapi since aku bertukar kerja, aku banyak outstation. apabila outstation aku memang angkut husband and hadif sekali. aritu ada kursus di putrajaya. hotel dia betul-betul depan alamanda.
so, aku pun apalagi pusing satu alamanda. tapi sebabkan tak biasa dukung hadif, aku n hubby decide nak beli stroller. ni memang tak fikir panjang. stroller ni bagus sebab boleh lipat dan ringan tapi tak kukuh.

tapi sekarang banyak je stroller yang ringan dan kukuh, so kalau anak korang dah besar like 1 year and above and korang nak bawak g shopping atau melancong, boleh consider stroller jenis macam ni.

ntah apa jenama dia. harga RM100++

ni kat alamanda, lepas beli stroller sambung shopping...haha

see, apa2 stroller pun bantai tidur




disebabkan tak puas hati dengan stroller kedua, aku pun decide beli stroller ni. dah lama mengidam sebab ramai guna. gigihla saving sebab nak beli. stroller ni memang best sebab ringan, portable dan paling best sebab senang nak lipat. aku nieh paling tak suka yang jenis nak lipat susah.

babyzen yoyo. dia siap ada handle dan ada rain coat. harga RM1k++


ni gambar terbaru bulan satu baru nieh, aku kena outstaion kl
kemain lagi boss tecik nieh

tak sah kalau tak ada gambar hadif tidur..kehkeh

so, para mommy yang tercari-cari stroller especially first time mommy, bolehla consider jenama di atas. sebenarnya banyakkkk lagi jenama stroller yang bagus, comfy, light. bab orang kata tepuk dada, tanya poket anda.




Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot