Skip to main content

Posts

Showing posts with the label things to shared

small act but BIG means

happy weekend everyone, cuti ialah masa untuk menggomol suami eh anak. cutilah time aku nak menggomol hadif puas-puas tapi kenkadang tak sempat gomol, dia nangis nak susu. bagi susu, kenyang dan dia tdo. mommy apa lagi, berfblah dan kalau ada masa berblog. sekarang kan i is penat sangat-sangat, kalau balik kerja mesti rasa nak tidur terus, kadang tak makan dan mandi pun takper sebab rasa nak tidur terus. patutlah dulu aku selalu tengok mama aku balik je keje dia akan tidur kejap dan bangun sebelum pukul 7. ada anak sorang je, aku dah flat, macam mana plan nak tambah anak nieh...hahaha. sebenarnya takder apa nak citer, harini nak membebel je. korang baca apa yg aku share kat atas. berapa ramai dari korang terfikir benda kecik macam tu tapi kesannya amat besar pada certain orang.  kawan aku, rohaiza  tp kitaorang panggil mc ja pun sama pernah bagitau. ada beberapa tahun lepas dia naik flight air asia dari kl balik ke kelantan. flight dia pulak last flight dan...

jam casio 1 gold - cepat dapatkannnnnn

dear all, aku ada berita baikkk punyeee, jam casio 1 gold dah ada stok tapi sayangnya stok sangat limited. huwaaaa, ada 5 bijik (betul ke bijik, ke utas, okay abaikan). tapi dah ada 3 dirembat. so, slot cuma ada 2 je. sapa bayar arini dan esok, aku boleh pos terus esk atau rabu. lepas ni x taulah bila ada balik stok, so kalau nak email aku cepat okeh. jarumbenang3@gmail.com ni jam ada dua ketul je, cepat dapatkan. hot seller yuna pun pakai lisa pun pakai

an unsatisfied customer towards Pos Laju

Dear all pos laju team, Im Nur Murshidah Idris and in end of the OCTOBER month, i did post to my customer 2 casio watch at the same date (im sorry, i cant remember the exact date), UNFORTUNATELY one of my watch went missing. After investigation, this is all POS LAJU fault and one of your team call me on 10/11/2012 En Shahrol Hazizie Shamsudin apologize for the incidents. Since En Shahrol promise to give rebate, i dont want to make this as big issue. En Shahrol said the timeframe for the rebate request is 1 month (the longest) but i need to submit the compensation form. I did submit the compensation form at one of your branch at KL Central in the NOV month also. I also asked for RM200 for the compensation amount since it same value with the watch and also the postage fees and En Shahrol said OKAY. After that, i received a call from one chinese lady who asked my account (i did give her maybank acc) in early DEC or end of NOV month. i thought after received call, i will receive t...

BEWARE : BITCHY PHOTOG

Namanya Syd Charice. Nama sebenar macha ni Siti Rahmah Bin Abdullah. Photographer penipu, dah banyak ambil duit orang. so, sapa-sapa yang nak ambik khidmat photog, please sebelum ambik tu korang google dulu nama OP korang especially for b2b, kalau x naya korang. menangis x berlagu nanti masa kahwin. sila baca entry ini, kalau nak lagi banyak maklumat google je nama perempuan ni. http://ladysyazza.blogspot.com/2011/12/beware-photographer-penipu.html ini http://its-you-and-me-4ever.blogspot.com/2011/12/siti-rahmah-binti-abdullah-aka-syd.html ini http://curv3r.blogspot.com/2011/11/indahkarya-production-suck.html sekian, pesanan khidmat masyarakat dari saya, puan shida

CASIO WATCH FOR SELL

NEW ENTRY, SILA BACA DI BAWAH casio watch for sell hi u olls siapa suka jam atau suka kumpul jam. aku suka, hubby aku lagii suka. aku suka jam yang unik dan stylo supaya nanti kalu pakai, orang dok jeling-jeling jam kita. apakah? so, untuk permulaan, aku nak jual jam casio dulu sbb casio ni mmg best, stylo, ringan, selesa dan paling penting affordable.  banyak aku survey kat luar, harga dia memang kelakar. ada yang jual jam casio calculator sampai 300++, ada yang jual 200++, casio basic yang adik aku pakai sofia (yg macam hazama pakai) pun ada yang jual dengan harga yang ridiculous so, aku nak bantu korang supaya boleh beli jam dengan harga yang sangaaatttt istimewa  sebab harga yang aku jual memang mampu milik,   jenama casio ni kalau korang penggemar jam (yang harganya mampu milik) korang memang kena ada satu sebab ianya memang trendy dan in sekarang. korang boleh tengok yuna, lisa surihani, hazama dan ramai lagilah (bagi kategori artislah) ...

EVERLYNN BEAUTY PRODUCT

Assalamualaikum semua perempuan cantik sekalian, perempuan kan tak kirala berapa umur dia. bangsa apa, tinggal kat mana, buat apa tapi aku rasa semuanya sama. jenis kadang-kadang moody x kena tempat, cerewet tak tentu pasal, boleh nangis hanya kerana lagu, novel atau cerita, jenis cepat kasihan atau sayang orang dan banyak lagilah. betul x? betul kan tapi yang paling aku pasti perempuan memang suka cantik, memang nak sentiasa cantik dan kadang-kadang ada yang obses dengan cantik. kalau x, x adalah sanggup tahan sakit buat operation, suntik sana-sini, tepek itu ini semata-mata nak cantik, tahan lapar dan macama-macam lagilah.  betul x nak cantik senang je, kena jaga betul-betul dan jangan malas. tapi yang paling penting, kena cari produk yang sesuai. so, kat sini aku cadangkan satu produk yang memang bagus. kalau x bagus, aku x akan cerita sebab aku pun cerewet orangnya. ok, ni nama produk dia: EVERLYNN SKINCARE membantu mempercepatkan pemulihan kulit melalui percam...

campaign : say NO to beggar

assalamualaikum semua penduduk malaysia eh semualah, korang kan mesti selalu mengalami situasi ni kan. kalau tengah lepak, gossip, makan ngan kawan-kawan kat kedai mesti akan datang orang jual barang, mintak sedekah, derma dan sebagainya kan. especially kalau korang dok kl dan lepak tempat popular like kg baru ke uptown ke. kalau lepak dalam 2-3 jam rasa adalah dalam setengah jam sekali diorang akan datang dan approch kan. sampai kadang-kadang agak rimas jugaklah. tapi sebagai orang kl tegar *eceh, mengaku orang kl* maksud aku yang dah lama dok kl mmg dah immune dengan golongan sebegini. cumanya dulu, setiap kali aku makan ngan hubby aku, dia x pernah x bagi derma kat golongan ni. walau sebenarnya kitaorang bukannya ada duit sangat tapi hubby cakap bagi je *rezeki masing-masing*. so, aku pun dah jadi habit akan ikut apa yang hubby buat. recenty, hubby aku tengok majalah 3 pasal isu beggar ni lah. korang tau, diorang buat macam mana. mazidul akmal ada suruh sorang menyama...

good news and not so bad news

assalam u olls, dah beberapa hari mak x update blog sebab blog buat hal. xleh nak sign in, ntah kenapa ntah. melalui bb boleh tapi yelah kecik semacam je kan so malas. ada macam-macam nak citer.  pertama: aku baru dapat berita gembira semalam, adik mak dah preggy u olls. mak macam terkejut gila kot masa dia bbm. rasa macam, waahhhhhhh hebat laki ko. masa dia bbm semalam,  mak cepat-cepat jeling laki mak dan bagitau dia yang dia x power macam roslan (laki adik). mak kena pegi berguru dengan adiklah lepas ni. serius, x sangka seawal tu since aritu mama ada bgtau saper preggy awal akan dapat hadiah istimewa. so, mak dah terlepas hadiah tu.....huhuhu kedua: hari tu masa aku nak g bangsar dari rumah aku. traffic light depan lrt universiti. so, masa lampu merah of coursela kita berenti kan. depan aku ada kete naza kuning dan depan naza kete waja. so, aku kete ke berapa? kete ketiga la kan. sebelah ialah bas dan lampu isyarat bertukar hijau, kita mestilah...

JUNKO FURUTA

48 Share Aku x tau pun pasal pembunuhan junko furuta. serius, aku kadang-kadang noob sikit, so apabila baca kisah dia kat blog cik epal. i was like blank, bukan apa sebab benda ni langsung tak terjangkau di minda sebab ianya terlalu kejam. banyak kali aku istighfar sebab x percaya ada kisah sebegini dalam kehidupan manusia dan yang peliknya penyiksa atau mereka yang terlibat hanya di hukum penjara beberapa tahun. so, bayangkan kisah ni pada 1988, yang menyeksa mesti dah bebas dari penjara.  hanya kerana  mengreject salah seorang penyiksa, junko furuta di seksa sebegini rupa. dan aku x tau jugak kenapa dia boleh tahan sehingga 44 hari, kalau aku 4 jam pun dah mati kot. Ini penyeksaan yang dia pernah dapat: HARI PERTAMA:  November 22, 1988: Diculik Diculik. Dirogol (lebih daripada 400 kali) Kebuluran dan kekurangan nutrisi Diberi lipas untuk makanan dan diberi air kencing sendiri untuk minuman Dipaksa onani Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya Dicuc...

meaningful words

assalamualaikum pekerja semua, alhamdulillah, aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. rasa bahagia sangat dan lega. yelah, dulu ke hulu ke hilir selalu berdua tetapi x kahwin lagi kan. bertahun-tahun berdua, so sekarang ni dah kahwin, rasa macam asal la x kahwin awal-awal kan...kehkeh dalam kerja pun, a week before married, i have been promoted. alhamdulillah, semua orang cakap rezeki kahwin. aku masih lagi belajar task baru harini aku belajar sesuatu yng baru iaitu kadang-kadang sesuatu yang baik itu kita boleh belajar dengan sesiapa saja walau pada luarannya kita nampak kita yang lagi bagus dari dia. i like her words today aku petik kata-kataya, dari segi pekerjaan memang dia lagi bagus dari aku. pangkat dia lagi tinggilah dia bgtau dalam hidup ni kita ada 4 masalah: 1) family problem 2) financial problem 3) personal problem 4) work problem so, dia bgtau antara empat masalah utama, dia dah ada 3 masalah dalam hidup dia. dia ada family problem, dia ad...

i love free things

asssalam u olls 1) persoalannya: ramai yang marah apabila ada pihak mintak pendidikan percuma tapi: tapi kenapa kita (kebanyakannya) selalu tengok youtube/wikipedia dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat percuma. kerana: ianya adalah idea yang dikeluarkan dari pembangkang 2) persoalannya: ramai yang marah apabila ada pihak mintak tol dilupuskan tapi setiap hari kita, akan seboleh-bolehnya mengelak jalan yang bertol. cuba bandingkan jalan bertol dan tidak bertol, mana paling banyak kereta? kerana: ianya adalah idea yang dikeluarkan dari pembangkang aku pelik, serius pelik. aku bukannya fanatik pembangkang tapi aku rakyat yang mahukan terbaik dari kerajaan. ye, aku x kaya sebab tu aku suka benda free (eleh, orang kaya pun suka benda free) sebab kenapa normal manusia memang suka benda free. jadi, kalau ada pihak yang mencadangkan sesuatu yang boleh bagi kita, anak kita, cucu kita dan semua orang kemudahan yang lebih baik dari sekarang, kenapa kita x sokong han...

hormati masa orang bekerja atau dengan bahasa mudah, tiada sense ka?

assalamualaikum semua dan semalamat malam u olls aku ni kadang-kadang malas betul nak update, bukan xder idea tapi malas nak tulis (macam kan ada orang baca sangat ye dop). okeh, harini aku nak citer pasal satu benda ni yang dah lama aku peratikan.  aku suka perati orang, serius kalau kat opis aku akan tau samada orang tu pakai baju/kasut/handbag baru atau x (eleh x nak mengaku yang dia tu kepoh padahal...haha) korang mesti x paham tajuk di atas kan. sebenarnya macam ni, kalau korang merayap kat shopping mall, aku bagi contoh shopping mall dulu sebab senang nak paham. shopping mall tutup pukul 10 kan, so katakan masa tu dalam 9.30pm, anda tiba-tiba berasa lapar dan pegila makan kat kenny rogers. anda rasa diorang amik x order anda?  ambil memang ambiillll tapi dalam hati menyumpah-nyumpah. yelah sebab diorang dahla penat, x sabar nak balik, lepas tu sebelum balik mesti nak kemaskan dapur dulu, bukan boleh terus balik je. sebab inilah berlakunya menyalut tepung d...

boleh x jangan jadi keyboard/keypad warrior?

hi perempuan yang perasan comel aau lelaki yang perasan hensem entry ni dah lama aku nak buat tapi x terbuat disebabkan asyik tertangguh je so malam ni aku nak tulis jugak. ni berkenaan orang yang suka sangat bagi nasihat walau x kena tempat dan orang x mintak pun. aku tengok dalam dunia blogging/internet ni ramai betul suka bagi ceramah percuma padahal entry atau tajuk xder kaitan maksudnya suka betul out of topik sebab nak tunjuk bagus padahal perasan bagus senang cerita baik aku terus terang: antara contohnya: hanis zalikha ada up entry  ( http://inibelogsaya.blogspot.com/2011/10/two-girls-in-jakarta-city.html  ) pasal percutian ke jakarta. cuba korang baca komen yang ditulis. banyak kan komen tentang hanis pakai short. yeeeeeeeeeeee, aku tau niat korang baik tapi perlu ke bagi ceramah agama macam tu. hanis memang x akan reply komen korang tu sebab yelah korang kan lagi bagus dari dia. boleh x jangan bagi nasihat tentang aurat/ agama dan sebagainya. da...

apa yang aku suka tentang jusco ialahhhhhhhh

salam ladies and gentleman korang panggil toilet apa ye? jamban, tandas, toilet,restroom atau tempat membuang. apa-apalahkan tapi benda ni memang sangat penting bagi semua orang. gila x penting sebab setiap hari kita pasti membuang x kira kecil atau besar (bagi orang normal macam akula). apa yang paling penting sekali pada sesuatu tandas ni ialah kebersihan ye dop? cantik macam mana pun tandas tu kalau berbau dan ada sisa-sisa kumbahan, terus rasa geli dan nak muntah. kalau korang perasan dekat malaysia ni memang susah nak cari tandas yang bersih dan selesa.  kedua ialah aku x suka tandas yang terlampau canggih. maksudnya tandas yang x ada pili air dan getah. yang kena pulas dan air memancut terus. tandas ni memang banyak kat hotel atau shopping mall like klcc, menyampah gila aku. kalau pancutan air tu jenis ok x perlah jugak, ni kadang-kadang terlampau perlahan atau terlampau laju. sakit jiwa dibuatnya lebih-lebih lagi kalau nak buang air besar. ketiga, tisu dan sab...

kenapa kita suka tanya soalan yang sama?

assalamualaikum semua pembaca tersayang...ecceh eh korang tau kan makna redundant, kalau x tau pegi blog maria elena, mesti korang paham sebab dia siap buat video lagi tentang perkataan ni. die sangat awesome ye.  jadinya, dalam hidup kita ni kita akan selalu tanya benda yang sama, korang x caya cuba korang perhatikan orang sekeliling anda. mesti adala, satu jawapan tu nak kepastian lebih dari sekali kadang-kadang dah terangkan 3 kali pun masih lagi tanya.  korang hangin tak kalau korang explain tapi orang masih lagi bertanya soalan yang sama walhal dia dah paham. contoh ye: 1) aku selalu experience benda ni pemanggil = , bil saya berapa bulan ni? aku  =  aku pun jawab RM30.90 (aku sebut macam ni tiga puluh ringgit sembilan puluh sen). pemanggil = berapa cik, aku mudahkan kot-kot dia x dengar (tiga kosong sembilan kosong). selalunya orang normal n cepat pikap akan kata ok, then next question atau itu saja yang dia nak tanya. tapi orang lambat p...

how u define friend?

salam peeps n friends korang ada kawan baik, atau bahasa moden sekarang kita panggil bff? ishh, apa tu orang panggil bestfriend forever (forever la sangat kan). so kawan baik korang ni ada berapa? sorang ke ramai? dan sejauh mana anda kenal kawan anda? cerita ni awesome daripada dulu, aku nak tau sangat macam mana orang boleh gelarkan orang lain sebagai kawan baik dia. apa maksudnya? bagi korang kawan baik tu ialah 1) seseorang yang korang boleh share semua, luar dalam korang dan baik buruk korang? 2) seseorang yang akan tolong korang time susah dan bergelak time senang? 3) seseorang yang korang kenal sejak kecil, sekolah rendah maybe 4) seseorang yang satu kepala, satu hobi dan satu perangai ngan korang? 5) seseorang yang korang rasa selesa? daripada 5 tu korang rasa mana yang sesuai untuk korang? terus terang aku x ada kawan baik malah kawan perempuan x ada. yes i am. x tipu punya, dah lama kot. dulu aku ada ramai kawan baik tapi sejak sorang demi sorang kahwin dan buat haluan sendir...

apa itu istidraj?

assalamualaikum dan selamat sejahtera perempuan cantik, lelaki hensem dan x lupa golongan ketiga yang semakin banyak di muka bumi ni...sila baca ni dan semoga ianya menjadi iktibar pada kita semua perempuan muslimah yang comel.....bilala aku nak jadi macam ni kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?...