Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

happy 6 months wan arjuna hadif

selamat malam eh selamat pagi u olls,

aku tak boleh tido la, ni semua disebabkan kopi yang aku minum malam tadi. sebelum ni, aku tak der masalah untuk tido, siapa kenal aku taulah yang aku memang *pakar tido* telan la apa saja, duduk kat tempat asing, perut lapar tapi kalau aku mengantuk, memang aku boleh tido dengan senang tanpa masalah.
sebelum ni aku buat kopi pun sama, aku ingat sekali tu saja, ni kali kedualah aku terkelip-kelip tengok kipas. tapi kali pertama esok kerja, so aku paksa jugak diri tido, kali ni malas. aku pegi amik roti sapu susu pekat sambil apa lagi ber blog kejap.  
esok dahla aku ada wedding nak attend, kena bangun pagi...*pagi lah sangat*. aku nak cerita pasal anak malam yang tenang ni ye. kalau hadif ada, kang tersekat-sekat.

hadif sekarang sangat kelakar yee, sebab dia suka buat bunyi. bunyi macam menjerit melengking tu dan sangat kuat ye. malam-malam aku ngan dia compete each other sapa lagi kuat...hahaha. setiap kali dia buat bunyi mesti aku gelak sakan. 

vacay = therapy = happy

Assalamulaikum semua,

Jelesnya tengok orang pegi bercuti, taki kisah la dalam negara ke luar negara. rasa dah lama tak bercuti panjang, kalau bercuti pun balik kampung je. pun dikira bercuti kan tapi aku nak bercuti yang betul-betul bercuti macam pegi pulau ke, pegi resort ke, pegi lah mana-mana asalkan tempat yang cantik dan bersama suami dan anak.
kemain jeles tengok kak di bercuti di langkawi dan stay kat berjaya hotel, filla pegi gold coast, ceera pegi sarawak. takper shida, kumpul duit, tahun depan pegi okeh.
bukan setakat jeles tapi sebab aku rasa penat sangat, rasa macam nak bercuti lari dari kl dan duduk rehat dan santai bersama keluarga. tapi sebenarnya kalau bercuti lagi letih sebab hari-hari mesti nak berjalan...hahaha. kena prepare nak pakai baju apa (baju kenalah meletop sebab nak ambik gambar banyak-banyak) dan banyak barang kena bawak since dah ada anak sekarang katakan.
tapi tak kira tahun depan kena bercuti jugakkk.

small act but BIG means

happy weekend everyone,

cuti ialah masa untuk menggomol suami eh anak. cutilah time aku nak menggomol hadif puas-puas tapi kenkadang tak sempat gomol, dia nangis nak susu. bagi susu, kenyang dan dia tdo. mommy apa lagi, berfblah dan kalau ada masa berblog.
sekarang kan i is penat sangat-sangat, kalau balik kerja mesti rasa nak tidur terus, kadang tak makan dan mandi pun takper sebab rasa nak tidur terus. patutlah dulu aku selalu tengok mama aku balik je keje dia akan tidur kejap dan bangun sebelum pukul 7. ada anak sorang je, aku dah flat, macam mana plan nak tambah anak nieh...hahaha.
sebenarnya takder apa nak citer, harini nak membebel je.



korang baca apa yg aku share kat atas. berapa ramai dari korang terfikir benda kecik macam tu tapi kesannya amat besar pada certain orang. 
kawan aku, rohaiza  tp kitaorang panggil mc ja pun sama pernah bagitau. ada beberapa tahun lepas dia naik flight air asia dari kl balik ke kelantan. flight dia pulak last flight dan sekali delay almost 2 hours…

dilema ibu bekerjaya

Assalamualaikum semua..

teruk kan banjir di pahang, tak terkata aku sebab tahun ni nampak macam teruk bebeno especially di bandar kuantan. kalau terengganu pulak kemaman dan kelantan pulak area pasir mas.
alhamdulillah, aku memang bersyukur sebab kawasan rumah aku sedari aku lahir sampailah sekarang memang tak pernah banjir. cumanya aku ingat lagi masa aku sek rendah, banjir agak teruk jugak, tapi tetap tak masuk area rumah aku cumanya kat jalan besar menghala ke bandar pasir mas dan aku sanggup jalan berkilo meter semata-mata nak main air banjir. budak-budak katanya. seronok ye, mana fikir air kotor ke tak tapi sekali tu je seingat aku sebab lepas tu terus dah tak ada banjir.
fam aku memang banyak kat kuantan tapi nasib baik air masuk paras buku lali je kat rumah tapi tetap teruk jugaklah sebab siap masuk rumah. kawan-kawan fb pun banyak, aku doakan korang bertabah. aku tau mesti banyak barang rosak dan kotor kan, semoga mangsa banjir mendapat pembelaan sewajarnya.
harini aku cuma na…