Assalamulaikum semua,
Jelesnya tengok orang pegi bercuti, taki kisah la dalam negara ke luar negara. rasa dah lama tak bercuti panjang, kalau bercuti pun balik kampung je. pun dikira bercuti kan tapi aku nak bercuti yang betul-betul bercuti macam pegi pulau ke, pegi resort ke, pegi lah mana-mana asalkan tempat yang cantik dan bersama suami dan anak.
kemain jeles tengok kak di bercuti di langkawi dan stay kat berjaya hotel, filla pegi gold coast, ceera pegi sarawak. takper shida, kumpul duit, tahun depan pegi okeh.
bukan setakat jeles tapi sebab aku rasa penat sangat, rasa macam nak bercuti lari dari kl dan duduk rehat dan santai bersama keluarga. tapi sebenarnya kalau bercuti lagi letih sebab hari-hari mesti nak berjalan...hahaha. kena prepare nak pakai baju apa (baju kenalah meletop sebab nak ambik gambar banyak-banyak) dan banyak barang kena bawak since dah ada anak sekarang katakan.
tapi tak kira tahun depan kena bercuti jugakkk.
last vacayy |
Comments