Skip to main content

Posts

Showing posts with the label beingamommy

BIRTH STORY NAUFAL

Assalamualaikum, Harini ialah first day aku kerja setelah 3 bulan cuti. Wohooo, kemain lagi excited, malas, sedih dan macam-macamlah but life must go on right since cuti dah abis. Kemain aku enjoy my maternity leave, macam fully housewife. Since dah balik kerja and my boss tak ada, aku ada masa terluang sikit. Nak ceritalah pasal second pregnany eh second delivery. Biarlah adil ye dok? Aku beranakkan Naufal pada 27/8/2016. Tepat-tepat hari edd aku. HADIF     - EDD 27/6/2013 LAHIR 25/6/2013 NAUFAL - EDD 27/8/2016 LAHIR 27/8/2016 Lebih kurang kan dia punya cycle. Aku teruslah bekerja sehingga 40 minggu. Last hari Khamis, 25/8 tu memang aku niat dah tak akan datang opis dah walau tak beranak. Hari Jumaat sempat lagi berjalan ke AEON Mall dan makan-makan. ni masa hari jumaat 26/8, esoknya beranak Malamnya aku tak rasa sakit pun tapi aku perasan time kencing keluar darah. mula-mula kaler gelap, pagi tu kaler merah. Terus lepas Subuh, bagitau mama dan s...

second pregnancy

Assalamualaikum semua, Amboihh...mentang-mentang second pregnancy, aku langsung tak pernah cerita kan. Pregnancy kalini ok je cuma challenging part comes when 8 months and above. Memang challenging. 1) pinggang aku rasa macam nak patah. serius, kadang-kadang rasa macam nak bengkok je badan nieh. 2) peha dan kaki sakit. haritu siap tapak kaki sakit tapi lepas berurut hilang. tapi celah kengkang tetap rasa sakit. 3) nak bangun dari tidur (maksudnya dalam keadaan baring) adalah benda paling susah nak buat. 4) tak boleh bongkok dah. kalau nak ambik barang atas lantai, memang kena turun dengan badan. 5) loya datang kembali, tak tau kenapa tapi pagi-pagi memang rasa lain macam cuma tahan je. 6) pedih ulu hati kerap datang. layankan je 7) berjalan dah tak berapa normal dah sebab pressure kemain kuat. but whatever it is, aku still datang kerja. still pergi shopping. still kuat berjalan. aku tak nak duduk sahaja. nanti lagi susah nak beranak. t...

second pregnancy journey

Assalamualaikum semua, Aku doakan semua pembaca blog aku kaya dan berjaya dunia dan akhirat. Alhamdulillah, aku sihat je cuma batuk yang agak teruk sekarang ni. Kalau batuk je, asyik nak terkencing (-__-).  Kalau nak tau, aku belum lagi buat buku merah tau. Sindrom anak kedua memang macam tu kan, konon dah pro...kahkah. Kalau korang nak tau, aku dan adik aku berkahwin sama-sama pada tahun 2012. Tapi dia dulu preggy after 2 months married, aku pulak after 4 months. Aku memang target nak preggy awal-awal dan alhamdulillah diberi keizinan olehNya. Masa first pregnancy, tak banyak aku buat. Aku just check period aku je dan kira hari-hari subur. Selepas beranakkan Hadif, aku tak kisah pun kalau preggy lagi tahun depan. Tapi aku punya target 2015. Masa awal-awal 2015 dulu tak terasa sangat pressure since timeframe ada lagi tapi masa hujung tahun 2015, aku dah start cuak sebab aku memang betuk-betul nak preggy lagi. Tapi aku tak nak preggy hujung tahun sebab aku tak nak ber...

kisah stroller hadif

Assalamualaikum semua, Aku doakan pembaca blog aku dipermudahkan urusan dan masuk syurga tanpa dihisab. harini nak cerita pasal stroller. aku memang stroller tegar. serius, even pergi pasar malam pun aku bawak stroller (-__-). orang lain perati je kat aku...kahkah. aritu pergi tempat tertutup ktc pun aku bantai stroller walau tempat sempit dan sesak. serius, aku tak boleh dukung hadif lama-lama. aku tak pernah ajar dukung hadif lama-lama since dia baby sampai sekarang. memang kadang-kadang hadif bosan dok atas tu kan tapi sebab dia dah biasa, dia redha jelah asalkan stroller tu bergerak. dan hadif langsung tak ada masalah tidur dalam tu. setakat harini, aku dah beli 3 stroller untuk hadif. aku pernah tengok certain mommy beli 4,5 stroller semata-mata untuk keselesaan anak. ibu anak sorang macam tulah kan. cuba anak 6, mau pengsan aku. stroller pertama dari sweet cherry. aku suka stroller ni sebab dia boleh guna since newborn until toddlers (25kg). stroller ni jugak...