Skip to main content

Posts

Showing posts with the label politic

perasaan berbaur :(

Assalamualaikum kepada semua penyokong dan pembangkang BN dan PR  macam mana, masih lagi x puas hati dengan keputusan PRU13 semalam ke? dah-dah le tu apa lagi nak dibuat, keputusan x akan ditarik balik. terima je dengan redha. aku suka dengan sepatah kata dari mat lufti " Kalau kita kalah, "Tuhan tangguhkan kemenangan". Kalau depa kalah, "Tuhan nak tunjuk kebongkakkan depa". Kalau kita bersuara, "kita cenderung dengan pendapat bla bla". Kalau depa bersuara, "depa TERPENGARUH dengan pendapat bla bla." kann...semua penyokong pun akan ada biasnya masing-masing. tapi sentiasa ingat Allah sebaik-sebaik perancang. aku betul-betul harap DS Najib dapat memerintah Malaysia dengan aman dan makin membangun. please jangan naikkan harga minyak, tol, dan juga barang-barang lain. ok skip pasal PRU 13, aku nak cerita pasal TGNA (Tuan Guru Nik Aziz). kalau korang orang kelantan, korang akan tau betapa org kelantan ni sangat hor...

official result...rasanyalah

KEPUTUSAN RASMI DI SEMUA NEGERI BAGI KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI : debaran dah abis. 1)Johor (56 KERUSI )     BN,32 PR,13 BEBAS,0 2) Kedah (36 KERUSI)     BN,21 PR,15 BEBAS,0 3) Kelantan (45 KERUSI) BN,12 PR,33 BEBAS,0 4) Melaka (28 KERUSI)    BN,21 PR,7 BEBAS,0 5) N.9 (36 KERUSI)         BN,22 PR,14 BEBAS,0 6) Pahang (42 KERUSI)   BN,30 PR,11 BEBAS,0 7) Penang (40 KERUSI)   BN,10 PR,30 BEBAS,0 8) Perak (59 KERUSI)     BN,30 PR,29 BEBAS,0 (beza 1 dun saja, haih) 9) Perlis (15 KERUSI)      BN,13 PR,2 BEBAS,0 10)Sabah (60 KERUSI)      BN,42 PR,10 BEBAS,0 11)Selangor (56 KERUSI)  BN,18 PR,38 BEBAS,0 12)Ganu (32 KERUSI)        BN,17 PR,15 BEBAS,0 PERAK, KEDAH, PERLIS DAN TERENGGANU TEWAS SELEPAS KIRAAN SEMULA DENGAN PENINGKATAN JUMLAH KERUSI YANG DIMENANGI KEPADA BN SETELAH KIRAAN AWAL PAKATAN MENANG DI KERUSI TERSEBUT ! Keputusan Terkini Parlimen PRU ...

hari yang ditunggu telah tiba

assalamualaikum kepada pengundi semua.... warrgghhh, hari yang ditunggu dah tiba. kemain dari dulu dok berdebar bilala pilihanraya ni, tunggu punya tunggu barulah PM kita bagi satu tarikh iaitu 5 MEI 2013.  sejak haritu semua pun dok excited nak menunggu 5 mei. nak mengharungi 5 mei tu macam-macam cerita keluar dari tv, paper, magazine, internet dan banyak lagi. yelah, semua parti dok sibuk berkempen x kiralah kerajaan atau pembangkang, masing-masing nak tunjuk dioranglah paling bagus. budaya berkempen kita ni banyak kepada mengutuk parti lawan bukannya pakat bertanding nak tunjukkan siapa bagus. adalah tunjuk tapi paling banyak mengata, mengeji dan menghina. tapi aku paling suka ada satu article kat fb yang aku baca, dia bgtau " dont sell features, sell benefit". so, kalau compare benefit memang banyak kat PR lah walau semua masih ragu-ragu samada PR boleh buat ke x? itu belakang cerita sebab bagi aku kalau betul kemenangan berpihak di pihak mereka (insyaAlla...

election fever. still

Assalamualaikum pada semua penyokong BN dan PR dan x lupa juga pada yang atas pagar. Isu politik dah semakin menggila kat fb,sana - sini orang share gambarla, videola, tweeetla, bla n bla. sampaikan aku yg mula-mula x nak campur, jadi nak campur sebab lucu sangat. ada yang memang aku x tahan sampaikan aku kena share ke wall sendiri. aku xkisah orang politik nak bercakap pum pang pum pang pasal politik sebab itu memang kerja dia. nak ambik hati rakyat katakan. die nak bercerita pasal 1001 kebaikan dan planning yang akan dibuat pun aku x kisah sebab dia memang kena cerita, kalau x sapa nak mengundi kan. tapi politik yang membuatkan dia lebih best, happening dan menceriakan sebab akan ada benda-benda lawak yang kadang-kadang korang rasa x masuk dek akal. ko penyokong je tapi bersungguh benar ko bergaduh, keluar statement itu ini, buat video semata-mata parti ko. mungking ko ada kepentingan yang orang lain x tau sekiranya parti yang ko pangkah tu menang tapi orang kata, a...

PRU 13 yaww

hello u olls, owh, harini hujan sangat lebat dan federal highway banjir kot. benda paling benci kat kl nieh, hujan sikit je, banjir kilat, nyampah tau x? sebab tu aku x suka dok kl, aku suka dok pj, biarlah bayar sewa mahal sikit tapi x perlu nak takut kalau tiba-tiba hujan lebat. ko bayangkan kat menara celcom kat parking tepi tuh dah beberapa kali banjir dan tenggelam semua kereta yang park. hayoooo scary. tapi kalau hujan apa ye yg paling scary, hoyeahhh jammm. jam yang x bergerak, yang ko rasa nak jerit je dalam kereta. harini aku nak citer pasal mengundi, aku dah 3 kali mengundi tau, kantoiii dah tua....hahaha. satu tu pilihanraya kecil kat kawasan aku pengkalan pasir sebab wakil rakyat meninggal. macam-macam pengalaman aku dapat sepanjang mengundi dan aku juga pernah jaga tempat mengundi. ada orang x pernah merasa mengundi sebab x pernah mendaftar (-___-). adakah anda salah seorang tersebut, pleaselah ye jangan dok cakap berdegar-degar macam ahli politik tapi haram...