hello u olls,
owh, harini hujan sangat lebat dan federal highway banjir kot. benda paling benci kat kl nieh, hujan sikit je, banjir kilat, nyampah tau x? sebab tu aku x suka dok kl, aku suka dok pj, biarlah bayar sewa mahal sikit tapi x perlu nak takut kalau tiba-tiba hujan lebat.
ko bayangkan kat menara celcom kat parking tepi tuh dah beberapa kali banjir dan tenggelam semua kereta yang park. hayoooo scary. tapi kalau hujan apa ye yg paling scary, hoyeahhh jammm. jam yang x bergerak, yang ko rasa nak jerit je dalam kereta.
harini aku nak citer pasal mengundi, aku dah 3 kali mengundi tau, kantoiii dah tua....hahaha. satu tu pilihanraya kecil kat kawasan aku pengkalan pasir sebab wakil rakyat meninggal. macam-macam pengalaman aku dapat sepanjang mengundi dan aku juga pernah jaga tempat mengundi.
ada orang x pernah merasa mengundi sebab x pernah mendaftar (-___-). adakah anda salah seorang tersebut, pleaselah ye jangan dok cakap berdegar-degar macam ahli politik tapi haram mendaftar pun x. undi anda walau nampak terlalu kecil je, iaitu satu tapi BOLEH MERUBAH SEGALANYA. ammmboiii siap capital letter gittewww.
paling best pengalaman mengundi ialah masa pilihanraya kecil tu lah sebab semua wakil rakyat bertumpu kat kawasan umah aku. ko bayangkan umah aku depan dia adalah banglo 2 tingkat kepunyaan cikgu (husband and wife dua-dua cikgu) disewa oleh khairi jamaludin (kj). hari-hari aku boleh nampak kj, naik motor, pakai baju melayu, kain pelikat dan dok round satu pasir mas. memang sempoii abis. kj ni mmg gelap orangnya tapi manisss
umah auntie aku yang umah teres tu pun disewa oleh orang umno dengan bayaran yg memang setimpal ah.
masa tu ko mintak apa saja kompem ditunaikan oleh orang umno, hari-hari ada bbq, ada makan-makan dan banyaklah. ko mintak nak tar jalan, esok kompem dah buat.
tapi kalau pilihanraya besar ni diorang xboleh buat macam tu sebab nak fokus pada satu malaysia. pilihanraya ni aku x taulah yang mana menang dan kalah. tapi kadang-kadang aku kesian ngan umno, kenapalah susah payah sangat nak ambik kelantan, biarlah kelantan tetap dengan PAS. fokuslah pada negeri lain, kang x pasal negeri lain pun jatuhh ke tangan PR.
Orang kelantan apa-apa pun nak PAS jugak memerintah, korang cakaplah apa saja, memang x lut. aku memang nak balik tapi disebabkan pregnant serba salah plus tiket flite yg boleh tahan mahal, hampir RM600 pegi balik...pergghhh.
tapi sebab abah aku sanggup bayar, so aku baliklah....hahaha. so pesanan aku kepada semua (yang dah mendaftar dan kompem mengundi) pilihlah PARTI yang mana bleh bagi BANYAK BENEFIT pada kita rakyat marhaen yang berpendapatan rendah atau sederhana. peace yawww
gambar-gambar menarik sepanjang PRU 13
Comments